Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, March 5, 2015

Tempat Makan Best|Ikan Celup Tepung (ICT) di Pantai Rhu, Penarik Terengganu

Satu lagi tempat makan yang menarik semasa kitaorang pergi Terengganu tempoh hari ialah gerai menjual  Ikan Celup Tepung yang terletak di Pantai Rhu, Penarik. Kalau tak silap saya, gerai ni memang takde signboard, so untuk senang nak bercerita saya panggil gerai ni Gerai Ikan Celup Tepung jelah ye..

 Ramai betul pengunjung di gerai ni sampai nak pilih makanan pun kena beratur!

Lokasi gerai ni betul-betul terletak di tepi jalan besar Pantai Rhu. Tak susah nak cari sebab korang akan perasan banyak kereta bersusun kat tepi jalan n ramai orang beratur untuk membeli. Malah kebayakkan di sepanjang jalan ni terdapat banyak gerai-gerai menjual menu yang utama yang sama iaitu makan laut celup tepung.
Makanan yang disajikan bukan sahaja ikan, malah sotong, dan udang juga ada. Boleh dikatakan semuanya makanan laut. Kesemuanya berkonsepkan celup tepung dan goreng. Selain tu ada juga keropok lekor dan kuih yang sesuai untuk minum petang sambil menikmati angin laut...almaklum lar kedai ni memang terletak di tepi laut..

 Suasana kedai yang dipenuhi dengan pelanggan

Nampak tak betapa banyaknya hidangan kat sini? Semuanya adalah bergorang dengan celup tepung..

Ikan yang digunakan untuk masakan goreng celup tepung ni ialah ikan kembung/mabung yang bersaiz besar

Sempat pulak Cik Lan menjengah kuali gerai ni. Nampak tak sotong sepanjang lengan tu dicelup dengan tepung? Wow!

Selepas digoreng, sotong yang panjang tu tadi akan digunting kecik-kecik supaya senang nak makan

Menunggu hidangan celup tepung
 ~ Ikan kembung/mabung celup tepung ~

 ~ Sotong goreng celup tepung ~

~ Udang goreng celup tepung ~

Sepanjang berada di gerai tu, takde pulak saya perasan orang order nasi. Kebanyakannya macam kami, meratah lauk je. Cubit ikan then cicah dengan sos. Itu je. Takde nasi, takde sayur..

Disebabkan terlalu kenyang, maka saya tak larat nak menghabiskan air kelapa sebiji tu. So bawa balik dengan kelapanya sekali pastu minum dalam kereta.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, gerai ikan, sotong dan udang celup tepung ni ada banyak, bukannya 1 gerai je. Saya agak ada dalam 3 or 4 buah gerai lain yang turut menjual makanan laut berasaskan goreng celup tepung. So kena pandai pilih la ye. Tapi kitaorang pilih gerai yang sebelahnya ada kawasan lapang. So senang nak letak kereta.

Jika anda sekarang berada di Terengganu, saya cadangkan anda untuk ke Pantai Rhu, Penarik ni sebab bagi saya makanan laut celup goreng tepung kat sini jauh lebih murah, besar dan sedap berbanding di Pantai Airport yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno