Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, March 9, 2015

Trip To Brunei Darussalam| Galeri Diraja aka Royal Regalia Building Brunei

Naik kereta pergi Brunei, ada sesiapa yang pernah terfikir nak buat macam tu tapi tak berapa nak confident n berani? Atau mungkin jugak sebenarnya ialah malas nak drive..Apa pun yang anda sedang fikirkan, di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman ke Brunei dari Miri dengan menaiki kereta. Semoga anda mendapat sedikit gambaran dan maklumat mengenai negara yang kaya dengan hasil minyak itu.

Sedikit makluman untuk korang yer, jika berminat untuk melawat Brunei dengan kenderaan sendiri samada menyewa di Malaysia..Pastikan korang isikan minyak penuh di Sarawak yer. Sebabnya kenderaan luar tidak dibenarkan mengisi minyak di Brunei..al-maklum lar, harga minyak di Brunei memang murah walaupun setelah di tukar ke matawang Ringgit Malaysia..

Kami bertolak dari Miri seawal jam 7 pagi kerana perjalanan dari Bandar Miri mengambil masa lebih kurang 2 jam. Disebabkan kami berhasrat untuk tidak bermalam di Brunei (day trip), maka perjalanan yang pendek ini harus dirancang sebaik mungkin untuk memaksimumkan jumlah tempat yang dapat kami lawati kelak di Negara Brunei. Malah kalau korang nak tau, pintu sempadan Malaysia-Brunei di beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam je...bukan lah 24jam beroperasi. Jika terlewat selepas jam 10malam, maka kena la bermalam di Brunei ni.

Kami melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudah dan dikehendaki untuk mengisi Borang Masuk Sementara Bagi Kenderaan Persendirian dan Perniagaan kerana memandu kereta. Sepanjang perjalanan di pintu masuk sempadan Sungai Tujoh menuju ke persimpangan Kuala Belait, Brunei memang membosankan sebab kelilingnya adalah hutan paya.

Harga minyak di Brunei yang dapat kitaorang snap...Murahkan...
walaupun setelah ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, ianya tetap murah...huhuhu

Sepanjang perjalanan kami ke Brunei, terdapat banyak papan tanda bertulisan jawi



Sehari kami berada ni Brunei, apa yang menarikya di sini Brunei ni adalah penggunaan tulisan jawinya. Boleh dikatakan setiap papan-papan tanda iklan dan premis perniagaan di Brunei menggunakan tulisan jawi. Malah turut digunakan di premis perniagaan antarabangsa. Betapa seronoknya melihat ciri-ciri kesesenian islam masih kekal di sini.

Sekitar Bandar Seri Begawan


Untuk pengetahuan semua, kami ke sini menaiki kereta Proton Pesona yang disewa dengan harga RM 70 sehari ketika sampai di Lapangan Terbang Miri. Disebabkan agak susah untuk meletakkan kenderaan di Bandar Seri Begawan ini (almaklumlah tak familiar dengan tempat kat sini), maka kami lebih senang untuk meletakkan kereta di kawasan lapang tempat letak kereta yang disediakan dan kemudiannya berjalan kaki untuk ke destinasi pertama pilihan kami iaitu Galeri Diraja atau lebih dikenali sebagai Royal Regalia Building, Brunei.

Bergambar di kawasan lapang tempat letak kereta berhadapan dengan Galeri Diraja

Galeri Diraja aka Royal Regalia Building


Kami perlu menyeberang jalan untuk ke Galeri Diraja yang terletak berhadapan dengan kawasan letak kereta tadi


Di sekitar kawasan luar Galeri Diraja

Bagi kemudahan pengunjung lain, waktu lawatan adalah seperti berikut:

Ahad - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 ptg

Jumaat: 9:00 pagi - 11:30 pagi
         2:30 ptg - 5:00 ptg

Sabtu: 9:45 pagi - 5:00 ptg



Apa yang menarik di Galeri Diraja ni? Kalau nak tau, Galeri Diraja or Royal Regalia Brunei ni dibuka pada 30/09/1992 dan dijadikan tempat untuk mempamerkan alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja yang diwarisi sejak turun temurun sebagai tanda kebesaran kerajaan Brunei Darussalam.

Nampak tak gambar alat kebesaran diraja yang beroda tu? Yang tu namanya Usongan Diraja.

Terima kasih untuk blog Radzi yang mempamerkan gambar penerangan mengenai usongan diraja


Untuk pengetahuan semua, Galeri Diraja atau Royal Regalia Building ini tidak membenarkan pengunjung untuk merakamkan sebarang gambar melainkan hanya di lobi. Kamera dan hand phone juga segala jenis beg tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa ke dalam dewan pameran. Kesemua peralatan digital  mestilah diletakkan di dalam loker berkunci yang telah disediakan.

Sesungguhnya memang tidak rugi kunjungan ke sini. Namun disebabkan saya membawa anak kecil yang masih belum tahu membaca maka mereka akan cepat merasa bosan ke tempat sebegini. Tetapi bagi yang ingin mengenali negara Brunei dengan lebih dekat, memang banyak maklumat dan pengetahuan mengenai kebesaran diraja Brunei yang dapat dilihat dan diketahui melalui kunjungan ke Galeri Diraja atau Royal Regalia Building, Brunei ini.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno