Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, March 10, 2015

Trip To Brunei Darussalam| Kampong Ayer Brunei

Selepas lawatan ke Royal Regalia Building, kami meneruskan perjalanan ke Kampong Ayer, Brunei Darussalam. Actually saya n Damia first time sampai Brunei, tapi Cik Lan masuk kali ni dah 3 kali ke Brunei. So senang sikitlah sebab dia agak familiar dengan jalan kat sini. Sebelum sampai sini Cik Lan selalu cerita tentang Kampong Ayer. Menurut Cik Lan, kesemua bangunan di Kampung Ayer ni memang dibina di atas air menjadikan Kampong Ayer ni sangat unik. Boleh dikatakan ala-ala Venice gitu...hehehe...Kampong Ayer, Brunei ni terletak di Sungai Brunei dan berhadapan dengan Bandar Seri Begawan, Brunei.



Untuk sampai ke Kampong Ayer, pengunjung dan penduduk setempat perlu merentas Sungai Brunei menggunakan perkhidmatan bot laju yang disediakan di Jeti berhadapan dengan Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan.      


Mula-mula seram jugak naik bot ni, yela dengan takde jaket keselamatan. Huahua..Takut..Tapi Damia selamba je suka-suka. So mama jadi rileks sikit. Haha

Kalau korang sampai sini kena hati-hati sebab pengemudi bot laju tu ada yang pandai ambil kesempatan, mentang-mentang kitaorang ni pelancong dia nak hentak harga mahal-mahal. Mula-mula tu kitaorang tanya sorang pak cik ni, dia beriya-iya suruh kitaorang naik bot laju yang ada bumbung. Dia bawa kitaorang ke site yang agak jauh dari bot-bot lain pastu letak harga B$80 (Dolar Brunei) untuk kitaorang bertiga dengan satu bot. Mahal giler, pastu kitaorang minta bot yang takde bumbung, dan macam-macam alasan dia bagi, nanti panaslah, hujanlah..Cik Lan geram terus je blah tinggalkan dia. Cik Lan kan pernah pergi sini sebelum ni tapi harga bot laju tu takdelah semahal yang pakcik tu offer...

At last kitaorang tunggu je kat tepi jeti yang ada banyak bot laju ulang alik turunkan penduduk setempat. Kat situ pakcik tu cuma kenakan bayaran B$20 (Dolar Brunei) untuk sewa satu bot. Ok la sikit dari tadi. Kira berbaloi jugak lar tu sebab pak cik tu bawa kitaorang pusing-pusing sekitar kawasan Kampung Ayer nie...abih setiap ceruk dan pelusuk Kampung Ayer ni dibawanya...Tapi korang jangan pulak convert ke RM yer...kalu convert memang sah sah lar mahal...



So kitaorang pun naik la bot laju dengan pak cik yang kedua tu. Pakcik ni agak ramah so macam-macam ceritalah yang kami dapat tahu pasal Kampong Ayer ni. Cuba korang tengok gambar kat atas, rumah, kedai, sekolah, balai polis, masjid, semuanya terletak atas air. Even stesen minyak pun atas air! Tapi sekarang pak cik tu kata stesen minyak dah tutup atas sebab keselamatan.


Stesen minyak Shell yang dahulunya beroperasi. Gambar credit to Blog ni


Deretan sekolah atas air


Best jugak pusing-pusing sekitar Kampong Ayer ni dengan menaiki bot. Berangin!
 
Wajah pengemudi bot laju kami..


Memang mama pegang Damia kuat-kuat masa ni. Agak beralun jugak Sungai Brunei ni, terhentak kuat setiap kali bot laju cuba nak potong arus tu..



Tengah elok-elok jalan tiba-tiba pak cik ni matikan enjin bot pulak di tengah-tengah sungai..Rupa-rupanya dia singgah beli ikan daa..Gambar kat atas yang ada tong merah tu ialah bot si penjual ikan. Sekali lagi saya ngeri dan kaku. Pergerakan bot sekarang betul-betul mengikut arus sungai. Huhu..Kalau terbalik macam mana? terdetik dalam hati..Apsal la ko ni cuak sangat ngan air Nisa?Aduhhh,..Tak boleh blah, cakap sorang-sorang dalam hati..haha..Tapi kalau korang nak tau perkara biasa beli ikan di atas bot ni...huhu
 
 Nasi Katok di Restoran Hjh Faridah & Keluarga di Kampung Ayer, Brunei Darussalam

Disebabkan kitaorang belum makan tengahari lagi maka singgahlah sekejap untuk makan di Restoran Nasi Katok Hajah Faridah yang terletak di Kampong Ayer ni. Ni first time saya makan Nasi Katok, ingatkan apa yang spesialnya nasi katok ni..rupa-rupanya nasi katok ni adalah nasi putih dengan ayam goreng kecik je serta sambal berharga B$1.50..Bolehlah..dah lapar sangat..

   
Murah kan harga makanan diaorang, korang jangan convert pulak. Just bayangkan korang merupakan warga Brunei dan makan (nasi + ayam goreng + sambal = B$1.50). Murahla kan?

Ok, sekian sahaja entri mengenai Kampong Ayer Brunei, next time saya akan cerita tentang tempat menarik lain di Brunei ya..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno