Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, March 13, 2015

Trip To Brunei| Keindahan masjid di Brunei| Masjid Omar Ali Saifuddin & Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam


Masjid Omar Ali Saifuddien

Masjid Omar Ali Saifuddin terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dalam suatu kawasan yang agak luas dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air . Antara keistimewaan masjid ini ialah menaranya diperbuat daripada marmar dan kubah yang bersalut emas. Berkesempatan jugaklah kitaorang melawati dan menunaikan solat zohor di sini..

Di hadapan Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam

Tidak banyak perkataan yang boleh diungkapkan di sini melainkan TENANG.. Suatu perasan halus yang tidak dapat digambarkan dengan sebarang kata, hanya suatu perasaan yang mampu dirasa.


Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di sini, tetapi disebabkan pengawal masjid tidak perasan pada mulanya, maka Cik Lan sempat juga snap beberapa keping gambar menggunakan kamera telefon bimbit. Di dalam Masjid Omar Ali Saifuddien di sediakan penghawa dingin yang sejuk sepanjang masa. Memang selesa untuk menunaikan solat. Boleh dilihat juga seni ukiran yang cantik di bahagian dalam masjid serta bahagian dalaman kubahnya.

Ukiran pada kubah juga dibuat daripada emas

Di sekitar kawasan masjid...sejuk mata memandang landskap di sini


Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam

Kami seterusnya meneruskan lawatan ke Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Brunei. Masjid ini terletak di Kampong Kiarong, kira-kira 4 km dari Bandar Seri Begawan. Menurut sumber (bertanyakan kepada orang Brunei) setiap bangunan di Brunei tidak boleh melebihi ketinggian Masjid. Maksudnya di sini, masjid ni adalah satu binaan tertinggi di negara Brunei..

Di perkarangan  Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah

Di hadapan pintu masuk Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam


Masjid yang besar ini mampu menampung lebih dari 5000 orang jemaah pada satu-satu masa. Tiada sesiapa menghalang kami untuk mengambil gambar di sini, maka sempat jugak merakamkan beberapa keping gambar. Sama juga seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, seni ukiran yang cantik di bahagian dalam masjid serta bahagian dalaman kubahnya.



Untuk pengetahuan semua, sistem penghawa dingin di dalam masjid ini amat baik kerana dewan solat utama yang teramat besar tu pun terasa sangat sejuk


Di sekitar luar masjid

Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam


Sempat juga kitaorang melawati Istana Nurul Iman ni sebelum mengakhiri kembara di Brunei..tapi di luar pagar saja ye..Istana ini adalah tempat tinggal rasmi kepada Sultan Brunei Darussalam...

Sebelum kami pulang, singgah sebentar di hadapan Istana Nurul Iman untuk bergambar


Damia yang dah mengantuk dan kepenatan

Makan dulu sebelum menamatkan kembara di bumi Brunei!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno