Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, March 12, 2015

Trip To Brunei|Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah|Jerudong Park


Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) adalah merupakan salah sebuah bangunan komersil yang terbesar dan terkenal di tengah-tengah Bandar Seri Begawan yang menyediakan beberapa jenis aktiviti komersil dibawah satu bumbung seperti kedai, butik, pasaraya, restoran, pejabat, telekomunikasi dan bank. 


Kompleks Bangunan Yayasan ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19hb Ogos 1996.


Lokasi Kompleks ini betul-betul terletak di hadapan jeti yang digunakan untuk ke Kampong Ayer tadi. Baca entri mengenai Kampong Ayer DISINI


Saya betul-betul kagum apabila masuk ke Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kerana Brunei masih mengekalkan dan mengangkat martabat tulisan jawi. Setiap premis yang ada di dalam kompleks ini menggunakan tulisan jawi untuk papan tanda kedai.


Kitaorang tak beli pape pun kat sini, cuma singgah untuk meghilangkan dahaga dengan minum teh di kedai Tea For You. Pelbagai jenis teh disajikan di sini. Boleh tahan jugak rasa teh dia. Sedap..

Antara menu teh yang ada..

Tak sampai setengah jam pun kitaorang kat dalam kompleks ni, sekejap sangat sebab kami mengejar masa.  So, mesti keluar dari Brunei sebelum pukul 10 malam. Kalau tak, gete di imigresen akan tutup..Jawabnya kene bermalam lar di Brunei..

 So, next destination ialah melawat masjid-masjid yang ada di Brunei. Katanya masjid kat sini cantik-cantik.. Cerita pasal masjid akan saya buat di entri lain nanti.

Jerudong Park


Selepas melawat masjid-masjid yang cantik di Brunei, kami singgah di Jerudong Park. Tapi malangnya Jerudong Park masih belum beroperasi. Jerudong park buka pukul 5 petang daa..Boleh rujuk gambar di atas untuk waktu operasi dan harga tiket untuk masuk ke Jerudong Park.


Actually Jerudong Park ialah sebuah taman tema. Lebih kurang macam Genting Highland, tapi mungkin tak sebesar dan semeriah Genting. Di Brunei segala-galanya dikawal supaya tidak melanggar batas agama.

Apa boleh buat, tak buka lagi..So bergambar di sekitar kawasan luar Jerudong Park. Tak jauh dari situ ada kandang kuda, oklah tu untuk bergambar..

So percutian kami ke Brunei tidaklah begitu lengkap kerana tak dapat melawat dan tengok sendiri Jerudong Park tu macam mana. So tak boleh nak cerita kat sini. Pengajaran: Sila plan hari dan waktu anda sebaik-baiknya jika ingin ke Jerudong Park ye..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno