Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, April 23, 2015

Beijing Hutong China

Lepas penat berjalan kat Forbidden City kitaorang melawat kawasan Hutong pulak. Sebenarnya lawatan ke Hutong tidak termasuk pun dalam senarai aktiviti yang telah ditetapkan oleh travel agency kami iaitu Kembara Sufi. Tapi sebab tempat ni Eva kata padat dengan sejarah maka kami bersetuju untuk tambah duit sedikit untuk melawat Hutong Area.

Menurut Eva, Hutong melambangkan asal dan sejarah. Ianya merupakan sebuah kawasan penempatan lama yang masih dikekalkan. Hutong refers to a period of history, a cordial lifestyle and even an "Encyclopedia of Beijing"

Hutong berasal dari perkataan "Hottog" dalam bahasa Monggol yang bermaksud "perigi". Pada zaman dahulu penduduk kampung menggali telaga dan hidup di sekitar kawasan telaga tersebut.

Sila baca sejarah Hutong DISINI-Sejarah Hutong

Deretan rumah dan penduduk Beijing yang masih tinggal di kawasan ini. Menurut Eva, mereka yang tinggal di sini berkongsi tandas yang sama untuk mandi dan menunaikan keperluan lain

Kami melawat sekitar kawasan Hutong dengan menaiki beca

Pelancong lain yang juga menaiki beca untuk melawat kediaman penduduk Beijing suatu ketika dahulu

Okay, solat time!

Salah satu masjid di Beijing (dah tak ingat nama apa masjid ni)

Masih tidak banyak berbeza dengan masjid yang pernah kami pergi sebelum ini-->mengekalkan ciri tradisi masyarakat China. Boleh baca entri sebelum ini DISINI-Masjid Niujie

Bergambar lagi sebelum melawat tempat lain

Dan lagi...

Wednesday, April 22, 2015

Simple pot luck breakfast

Last Friday Raudhah suggest nak masak nasi lemak untuk kitaorang tapi disebabkan malam tu dia tidur rumah mak cik dia n kebetulan mak cik dia pun nak masak nasi lemak. So actually nasi lemak tu made by mak cik Raudhah..haha

Just a simple pot luck..


Raudhah bawa nasi lemak yang dah siap packing- Ada sambal udang, ikan bilis, timun and telur rebus..Best!!

Then dia ada jugak buat potato salad- kentang+salad+epal+isi ketam

Macam biasalah, kalau pot luck saya bawa benda senang yang dah siap je--> Ais krim!

Keith bawa paper cup and plates...

Melvin pulak bawa Tropicana Twister Apple...

Introducing my new colleague--> dari kiri Keith, Melvin, Raudhah, Andra and Syazmeen..Syeryl on leave waktu ni,,



Wednesday, April 15, 2015

Tiananmen Square & Forbidden City Beijing China

Perasaan yang teramat excited apabila melihat jadual lawatan kami pada hari kedua berada di Beijing, China iaitu lawatan ke Tiananmen Square dan Forbidden City. Kenapa saya excited sangat dengan Tiananmen Square? Sebab masa belajar mandarin di universiti dulu, dalam buku ada perbualan tentang seorang lelaki yang nak pergi ke Tiananmen Square. Waktu tu Lao Shi (cikgu) bagitahu yang Tiananmen Square merupakan tempat bersejarah rakyat China dan tempat mereka berkumpul kalau ada sesuatu event. Kalau kat malaysia macam Dataran Merdeka lah...

Suhu di Beijing pada pagi itu mencecah -1 darjah celcius. Memeng teramat sejuk especially kalau angin bertiup. Grrrr...Lagi-lagi kitaorang berada di kawasan lapang, maka lagi terasa lah suhu sejuk tu

Pengunjung dibenarkan mengambil gambar di sini maka banyaklah gambar kitaorang di sini. Kalau nak tahu, bersebelahan dengan Tiananmen Square ialah The Forbidden City- Tempat tinggal maharaja China suatu ketika dahulu. Kalau sesiapa selalu tengok drama cina yang berkisarkan kehidupan Maharaja dan gundik-gundiknya, maka korang pasti familiar dengan gambar kota larangan ni

Malangnya kami pergi pada musim sejuk maka pemandangan sangat terhad dan warna merah The Forbidden City tidak jelas kelihatan baik di dalam gambar mahupun pada pandangan mata kasar. Kalau nak gambar korang cantik maka silalah melawat Beijing pada musim panas ye.Musim panas kat sini boleh mencecah sehingga 41-45 darjah celcius (menurut kata Eva).

Korang perasan tak apa yang ada kat gambar atas ni? Gambar yang sebelah kiri..Nampak tak bendera Negara China terdapat di tengah-tengah Tiananmen Square dan di sekeliling bendera tersebuat ialah askar yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan kesucian bendera. Mereka berdiri tegak di situ tidak kira hujan, panas atau sejuk. Yup, memang tak bergerak langsung. Sebiji patung!

Bergambar kenangan bersama ahli rombongan yang lain. hari kedua yang mencabar inilah baru kami dapat berkenal-kenalan dengan ramai orang dalam rombongan kami. Selepas bergambar beramai-ramai di Tiananmen Square, kami bergerak ke Forbidden City.

Eva dah awal-awal pesan, terlalu ramai orang berkunjung di Forbidden City  dan kawasan ni sangat luas. Anggaran lebih kurang 5 km berjalan kaki. Kami perlu berhati-hati dan kekal berada dalam kumpulan, tidak boleh leka walau sedikit pun kerana kalau tersesat kat dalam Kota Larangan ni, Eva pun tak tahu nak cari kitaorang kat mana. Kota ni terlalu banyak pintu masuk!

Kat pintu utama Forbidden City ada diletakkan gambar Mao Tze Tung yang merupakan salah seorang tokoh terpenting di negara China. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Mao Tze Tung boleh baca KAT SINI

Sekitar kawasan dalam Forbidden City. Semua orang berjalan kaki dengan pantas kerana ingin menghabiskan lawatan sambil berjalan kaki ini secepat mungkin. Nasib baiklah kami pergi pada musim sejuk, maka berjalan sejauh 5 km pun tak terasa letih dan berpeluh. Sekurang-kurangnya berjalan dengan laju untuk suatu jarak yang agak jauh dapat membantu kami mengekalkan suhu badan. Badan memang tak rasa sejuk sangat, tapi kaki dan tangan memang terasa sejuk walaupun dah pakai stokin dan sarung tangan.

Masih lagi dalam kawasan Forbidden City..

Damia tak payah cakaplah, memang dia dah kepenatan. Nasib baik kami bawa stroller waktu tu. Dinasihatkan kepada sesiapa yang ada bawa anak kecil, silalah bawa stroller ya. Beli yang paling simple n ringan je. So, korang senang nak bawa stroller tu kalau anak dah bosan duduk dalam stroller. Boleh sangkut je kat bahu.

Akhirnya sampai juga kat taman ni. Actually taman ni sangat cantik pada musim bunga dan panas. Tapi disebabkan musim sejuk maka dapat tengok ranting n dahan je lah..Apabila dah sampai sini korang patut rasa lega sebab dah nak habis pun perjalanan melawat Forbidden City.

Yeay!! Kami antara yang terawal sampai di sini..So, ambik gambar dulu di sekitar taman..

Melompat keriangan. Chewah!! Damia tak sempat lompat lagi tu..

Ingatkan bila dah sampai check point tak payah jalan kaki lagi. Rupa-rupanya bas tak dibenarkan parking dalam kawasan ni. Ada tempat khas bas untuk parking..

So, terpaksalah kami berjalan kaki lagi menuju ke bas pulak. Time ni Damia dah penat n dia nak duduk dalam stroller. Sebelum sampai kat bas lagi dia dah tertidur dalam stroller..

Sekian sahaja kisah di Beijing hari yang kedua ni. Selepas ni,kitaorang melawat Hutong area pulak. Boleh baca kisah Hutong area DISINI--> Hutong Area. Semoga kisah di Tiananmen Square dan Forbiden City dapat memberi sedikit gambaran dan tips kepada sesiapa yang ingin melawat Beijing suatu hari nanti.

Monday, April 13, 2015

Desa Cattle Dairy Farm Sabah

Desa Cattle Dairy Farm Sabah merupakan ladang ternakan lembu tenusu yang luas dan mempunyai pemandangan yang amat cantik kerana terletak di kaki Gunung Kinabalu


Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diselaputi awan. Udara yang sangat segar di sini. Rasa macam kat ladang tenusu New Zealand pun ada..

Di dalam kawasan Desa Cattle Sabah ni terdapat kawasan menternak lembu, memproses susu dan pusat jualan produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan ais krim


Mula-mula sampai di sini, kami melawat ladang ternakan lembu. "Busuknya mama..Bau apa ni..? jerit Damia sambil tutup hidung dia..haha


Kami berpeluang pergi ke kandang lembu n bagi lembu-lembu tu makan rumput......

dan minum susu!

Cik Lan memang suka buat aktiviti bagi susu kat lembu ni. Siap dia boleh cium lagi lembu tu..Eeei..

Si kecik ni tak payah cakap la, asyik cakap busuk je..


Lepas tu kitaorang melawat tempat memproses susu pula. Nak tengok secara live lembu-lembu diperah susunya tapi tak berpeluang pulak sebab nak kena tunggu lagi setengah jam..(kitaorang malas nak tunggu)

Kami beli susu segar, ais krim dan key chain je kat sini

Muka budak excited makan ais krim yogurt tapi at last dia tak makan pun..Mama jugak yang kena habiskan

Bergambar lagi berlatar belakangkan padang ragut dan Gunung Kinabalu

Chewah..Si kecik Damia tiru gaya kaki Cik Lan

Sekian sahaja kisah di ladang ternakan lembu Desa Cattle Dairy Farm, Sabah


Wednesday, April 8, 2015

Free Kangen Water Malaysia-Percubaan Minum Kangen Water secara percuma

Susah untuk saya jelaskan kebaikan dan kehebatan Kangen Water melainkan anda sendiri mencubanya. So, apalagi? Jom cuba Kangen Water secara percuma selama 2 minggu! Sila beritahu maklumat ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mempunyai masalah seperti jerawat,ekzema, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Syarat-syarat untuk mendapatkan percubaan percuma selama 2 minggu adalah :
  • Sila daftar pada borang yang disediakan di bawah ini.
  • Pengambilan percuma adalah 4 liter minuman Kangen Water setiap hari seorang. (Sebarang penambahan akan di caj). 
  • Botol perlu dibawa sendiri.

Tempat & Waktu Pengambilan Air
  • Bukit Bandaraya, Shah Alam
  • Isnin – Jumaat 8.00pm – 11.00pm
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno