Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, April 23, 2015

Beijing Hutong China

Lepas penat berjalan kat Forbidden City kitaorang melawat kawasan Hutong pulak. Sebenarnya lawatan ke Hutong tidak termasuk pun dalam senarai aktiviti yang telah ditetapkan oleh travel agency kami iaitu Kembara Sufi. Tapi sebab tempat ni Eva kata padat dengan sejarah maka kami bersetuju untuk tambah duit sedikit untuk melawat Hutong Area.

Menurut Eva, Hutong melambangkan asal dan sejarah. Ianya merupakan sebuah kawasan penempatan lama yang masih dikekalkan. Hutong refers to a period of history, a cordial lifestyle and even an "Encyclopedia of Beijing"

Hutong berasal dari perkataan "Hottog" dalam bahasa Monggol yang bermaksud "perigi". Pada zaman dahulu penduduk kampung menggali telaga dan hidup di sekitar kawasan telaga tersebut.

Sila baca sejarah Hutong DISINI-Sejarah Hutong

Deretan rumah dan penduduk Beijing yang masih tinggal di kawasan ini. Menurut Eva, mereka yang tinggal di sini berkongsi tandas yang sama untuk mandi dan menunaikan keperluan lain

Kami melawat sekitar kawasan Hutong dengan menaiki beca

Pelancong lain yang juga menaiki beca untuk melawat kediaman penduduk Beijing suatu ketika dahulu

Okay, solat time!

Salah satu masjid di Beijing (dah tak ingat nama apa masjid ni)

Masih tidak banyak berbeza dengan masjid yang pernah kami pergi sebelum ini-->mengekalkan ciri tradisi masyarakat China. Boleh baca entri sebelum ini DISINI-Masjid Niujie

Bergambar lagi sebelum melawat tempat lain

Dan lagi...

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno