Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, April 13, 2015

Desa Cattle Dairy Farm Sabah

Desa Cattle Dairy Farm Sabah merupakan ladang ternakan lembu tenusu yang luas dan mempunyai pemandangan yang amat cantik kerana terletak di kaki Gunung Kinabalu


Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diselaputi awan. Udara yang sangat segar di sini. Rasa macam kat ladang tenusu New Zealand pun ada..

Di dalam kawasan Desa Cattle Sabah ni terdapat kawasan menternak lembu, memproses susu dan pusat jualan produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan ais krim


Mula-mula sampai di sini, kami melawat ladang ternakan lembu. "Busuknya mama..Bau apa ni..? jerit Damia sambil tutup hidung dia..haha


Kami berpeluang pergi ke kandang lembu n bagi lembu-lembu tu makan rumput......

dan minum susu!

Cik Lan memang suka buat aktiviti bagi susu kat lembu ni. Siap dia boleh cium lagi lembu tu..Eeei..

Si kecik ni tak payah cakap la, asyik cakap busuk je..


Lepas tu kitaorang melawat tempat memproses susu pula. Nak tengok secara live lembu-lembu diperah susunya tapi tak berpeluang pulak sebab nak kena tunggu lagi setengah jam..(kitaorang malas nak tunggu)

Kami beli susu segar, ais krim dan key chain je kat sini

Muka budak excited makan ais krim yogurt tapi at last dia tak makan pun..Mama jugak yang kena habiskan

Bergambar lagi berlatar belakangkan padang ragut dan Gunung Kinabalu

Chewah..Si kecik Damia tiru gaya kaki Cik Lan

Sekian sahaja kisah di ladang ternakan lembu Desa Cattle Dairy Farm, Sabah


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno