Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, April 15, 2015

Tiananmen Square & Forbidden City Beijing China

Perasaan yang teramat excited apabila melihat jadual lawatan kami pada hari kedua berada di Beijing, China iaitu lawatan ke Tiananmen Square dan Forbidden City. Kenapa saya excited sangat dengan Tiananmen Square? Sebab masa belajar mandarin di universiti dulu, dalam buku ada perbualan tentang seorang lelaki yang nak pergi ke Tiananmen Square. Waktu tu Lao Shi (cikgu) bagitahu yang Tiananmen Square merupakan tempat bersejarah rakyat China dan tempat mereka berkumpul kalau ada sesuatu event. Kalau kat malaysia macam Dataran Merdeka lah...

Suhu di Beijing pada pagi itu mencecah -1 darjah celcius. Memeng teramat sejuk especially kalau angin bertiup. Grrrr...Lagi-lagi kitaorang berada di kawasan lapang, maka lagi terasa lah suhu sejuk tu

Pengunjung dibenarkan mengambil gambar di sini maka banyaklah gambar kitaorang di sini. Kalau nak tahu, bersebelahan dengan Tiananmen Square ialah The Forbidden City- Tempat tinggal maharaja China suatu ketika dahulu. Kalau sesiapa selalu tengok drama cina yang berkisarkan kehidupan Maharaja dan gundik-gundiknya, maka korang pasti familiar dengan gambar kota larangan ni

Malangnya kami pergi pada musim sejuk maka pemandangan sangat terhad dan warna merah The Forbidden City tidak jelas kelihatan baik di dalam gambar mahupun pada pandangan mata kasar. Kalau nak gambar korang cantik maka silalah melawat Beijing pada musim panas ye.Musim panas kat sini boleh mencecah sehingga 41-45 darjah celcius (menurut kata Eva).

Korang perasan tak apa yang ada kat gambar atas ni? Gambar yang sebelah kiri..Nampak tak bendera Negara China terdapat di tengah-tengah Tiananmen Square dan di sekeliling bendera tersebuat ialah askar yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan kesucian bendera. Mereka berdiri tegak di situ tidak kira hujan, panas atau sejuk. Yup, memang tak bergerak langsung. Sebiji patung!

Bergambar kenangan bersama ahli rombongan yang lain. hari kedua yang mencabar inilah baru kami dapat berkenal-kenalan dengan ramai orang dalam rombongan kami. Selepas bergambar beramai-ramai di Tiananmen Square, kami bergerak ke Forbidden City.

Eva dah awal-awal pesan, terlalu ramai orang berkunjung di Forbidden City  dan kawasan ni sangat luas. Anggaran lebih kurang 5 km berjalan kaki. Kami perlu berhati-hati dan kekal berada dalam kumpulan, tidak boleh leka walau sedikit pun kerana kalau tersesat kat dalam Kota Larangan ni, Eva pun tak tahu nak cari kitaorang kat mana. Kota ni terlalu banyak pintu masuk!

Kat pintu utama Forbidden City ada diletakkan gambar Mao Tze Tung yang merupakan salah seorang tokoh terpenting di negara China. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Mao Tze Tung boleh baca KAT SINI

Sekitar kawasan dalam Forbidden City. Semua orang berjalan kaki dengan pantas kerana ingin menghabiskan lawatan sambil berjalan kaki ini secepat mungkin. Nasib baiklah kami pergi pada musim sejuk, maka berjalan sejauh 5 km pun tak terasa letih dan berpeluh. Sekurang-kurangnya berjalan dengan laju untuk suatu jarak yang agak jauh dapat membantu kami mengekalkan suhu badan. Badan memang tak rasa sejuk sangat, tapi kaki dan tangan memang terasa sejuk walaupun dah pakai stokin dan sarung tangan.

Masih lagi dalam kawasan Forbidden City..

Damia tak payah cakaplah, memang dia dah kepenatan. Nasib baik kami bawa stroller waktu tu. Dinasihatkan kepada sesiapa yang ada bawa anak kecil, silalah bawa stroller ya. Beli yang paling simple n ringan je. So, korang senang nak bawa stroller tu kalau anak dah bosan duduk dalam stroller. Boleh sangkut je kat bahu.

Akhirnya sampai juga kat taman ni. Actually taman ni sangat cantik pada musim bunga dan panas. Tapi disebabkan musim sejuk maka dapat tengok ranting n dahan je lah..Apabila dah sampai sini korang patut rasa lega sebab dah nak habis pun perjalanan melawat Forbidden City.

Yeay!! Kami antara yang terawal sampai di sini..So, ambik gambar dulu di sekitar taman..

Melompat keriangan. Chewah!! Damia tak sempat lompat lagi tu..

Ingatkan bila dah sampai check point tak payah jalan kaki lagi. Rupa-rupanya bas tak dibenarkan parking dalam kawasan ni. Ada tempat khas bas untuk parking..

So, terpaksalah kami berjalan kaki lagi menuju ke bas pulak. Time ni Damia dah penat n dia nak duduk dalam stroller. Sebelum sampai kat bas lagi dia dah tertidur dalam stroller..

Sekian sahaja kisah di Beijing hari yang kedua ni. Selepas ni,kitaorang melawat Hutong area pulak. Boleh baca kisah Hutong area DISINI--> Hutong Area. Semoga kisah di Tiananmen Square dan Forbiden City dapat memberi sedikit gambaran dan tips kepada sesiapa yang ingin melawat Beijing suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno