Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, June 30, 2015

Bustel Pantai Klebang Melaka

Percutian kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah baru-baru ini sememangnya lain dari yang lain kerana kami tidak menginap di hotel seperti kebiasaannya. Percubaan untuk menginap di Bustel Klebang Melaka sememangnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikatakan mengujakan. So excited wor!

Perkhidmatan Bustel ini disediakan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka berhadapan dengan Pantai Klebang Melaka

bustel melaka
Kaunter pendaftaran untuk menginap di sini (gambar atas). Kaunter pendaftaran pun dalam bas ye. Kalau korang nak stay sini dinasihatkan call dulu and booking ye sebab menurut kata pemilik bustel, kebiasannya bustel memang penuh especially waktu cuti sekolah.

bustel melaka
Kadar bayaran untuk menginap di Bustel ialah RM 90 untuk satu malam. Kalau cuti sekolah dan hujung minggu pula harganya menjadi RM130 satu malam

Deretan bas lama yang disusun di Dataran 1 Malaysia Klebang. Bas-bas ni dikatakan telah lama berkhidmat untuk negeri Melaka. Nak dilupus barangkali "sayang",jadi tercetuslah idea untuk mengubahsuai bas-bas buruk ni menjadi hotel, restoran dan tandas awam

Kalau dilihat dari luar memang rasa alahai..betul ke aku nak tidur sini? Memang basnya buruk habis! Stable ke tak bas ni? Siap boleh letak katil, tv, almari, toilet, air cond kat dalam ni..Selamat ke tidur dalam ni? Macam-macam lagi lah persoalan dalam kepala waktu tu.

Kitaorang tidur kat bas Asahan tu. Kalau korang nak tahu, 1 bas ada 2 bilik. Ada bilik yang katil queen, manakala bilik yang lagi satu tu ada 2 buah katil single

Kereta pulak boleh parking betul-betul sebelah kita punya bas. So tak payah risau pasal keselamatan kereta dan yang paling penting, kalau nak angkat barang keluar n masuk kereta pun senang.

 
Sebelum masuk bas, bergambar dulu kat bustel kitaorang. Haha


Ok, jemput naik semua! Tau tak apa soalan Damia bila masuk dalam bas ni? "Mama. kenapa bas ni lambat sangat nak jalan? Mia dah duduk lama tak gerak-gerak pun bas ni..Alahai anakku..Tarik nafas panjang sebelum jawab soalan budak kecik ni. Haha
 bustel melaka
Tada!! Inilah bilik kitaorang. Dalam bustel memang dah diubahsuai sebiji macam kat hotel. Bila duduk dalam ni, lupa dah yang sebenarnya kitaorang ada dalam bas. Kitaorang dapat bilik yang katil queen..
 
Kemudahan asas semua lengkap dalam ni--> Ada air cond, tv, almari pakaian, toilet, telefon. Iron dan cerek elektrik pun ada disediakan tapi yang tu korang kena request sendiri la ye
 
Yang ni pulak bilik abah n mak, 2 katil single

Jangan risau takut orang dari luar boleh nampak korang kat dalam ke sebab kat tingkap bustel dah "digelapkan" n ada disediakan tirai jugak. So kalau macam tak confident tu turunkanlah tirai tu ye.

bustel melaka
 Korang pun jangan risau kalau stay kat bustel nak buat apa ea? Takde apa-apa aktiviti ke? Banyak aktiviti yang disediakan kat sini antaranya macam yang korang boleh tengok kat gambar atas ni. Bawa motor 4 tayar ni atas pasir! Sebenarnya tak tau nama aktiviti ni apa, so describe as bawa motor atas pasir je la ye. Haha, nasib lah..

Dah lama tak bawa motor sebenarnya. Ingatkan senang je macam bawa motor biasa. Rupanya susah gak nak control motor ni atas pasir. Kang kalau press minyak kuat sangat rasa cam nak terpelanting pulak, kalau press slow sangat tak bergerak la pulak motor ni..

Permainan ni harganya RM25 untuk 5 pusingan ye. Tu sebab cuti sekolah. Kalau bukan cuti sekolah mungkin murah sikit kot. Mungkin la, saya pun tak tahu sebenarnya. Hehe


Pasal makan pun korang tak payah risau. Kat tepi jalan bersebelahan dengan bustel tu bersusun bas-bas lama yang diubah suai menjadi kedai makan. Bas lama tu dijadikan sebagai tempat diaorang memasak. Tempat makan disediakan kat bawah khemah-khemah tu. Memang banyak kedai makan dan pelbagai jenis makanan ada dijual. Nak makan ala thai? Western? Asam pedas Melaka? Semuanya ada..

Ais krim lesung batu pun ada!

Ada jugak bas yang diubah suai menjadi tandas awam. So creative! (gambar ihsan dari Team Projek Travel)

Ni pulak pemandangan waktu malam di bustel. Jangan risau gelap ke apa sebab bustel ni rupa-rupanya terletak kat sebelah stadium jugak. So malam-malam memang terang dek kerana lampu stadium tu

Sebenarnya waktu malam kat sini pun happening n ada aktiviti untuk waktu malam gak. Kalau tak silap ada kereta kuda berhias lampu kot..Kalau tak silap pandang la sebab malam tu kitaorang tak dapat jalan-jalan kat sekitar situ pun sebab Damia demam. So malam tu stay dalam bustel je sampailah pagi.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk menginap di Bustel Kelebang Melaka boleh hubungi En Khairi 019-7414113 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Friday, June 12, 2015

Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah, Melaka

Rancangan AFC yang di"host"kan oleh Razif solah-olah memanggil kami untuk mencuba makanan di Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah Melaka. Kedai makan ni merupakan detinasi pertama kami ketika sampai di Melaka baru-baru ni. Cukup sebagai alas perut sebelum makan tengahari.

Lokasi Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah terletak di Medan Selera Pasar Menggong. Kalau korang tak familiar dengan area Alor Gajah, maka bolehlah guna bantuan Pak Cik Waze ye. Taip je Medan Selera Pasar Menggong, Memang dah ada dalam list kat Waze tu. Senang hidup..Just follow the instruction and direction...


Apa yang dikatakan dengan kuih udang? Sepanjang perjalanan ke sini, dalam otak saya asyik terfikir je, kuih udang ni apa benda ea? Cucur udang ke? Apa yang sedap sangat sampai beriya-iya si Razif tu makan? Emmm...Fikir punyer fikir akhirnya sampai jugak kat sini. Maka terjawablah segala persoalan..Haha

Rupa-rupanya yang dipanggil kuih udang tu adalah "Rojak"...rojak adalah campuran bahan...tapi yang specialnya rojak kat kedai Kuih Udang Alor Gajah ni adalah campurannya seperti  popia goreng, ayam goreng, tepung goreng, cucur udang, tahu goreng, tempe goreng, nugget goreng dan timun potong. Kesemua bahan-bahan tadi dipotong kecil-kecil dan digaul bersama serta disimbah dengan sos cili istimewa...


Senarai harga kuih udang..Kalau nampak, maksudnya mata korang memang hebat. Kalau tak nampak silalah guna kanta pembesar ye..

Gerai makanan yang sentiasa penuh dengan pengunjung

Close up kuih udang kitaorang. Sepinggan campur-campur macam ni RM 12 untuk makan tiga orang


Emm..tak tau apa yang sedapnya kuih udang ni sampai ramai sangat orang. Mungkin sebab saya memang tak suka makan benda2 yang dah dipotong kecik-kecik tu especially popia n tepung rojak tu.
Tapi Cik Lan suka n cakap sedap je...(Jempol)

Bagi sesiapa yang suka makan cucur udang bolehlah cuba makan di Kedai Perniagaan Kuih Udang ni ye..

Thursday, June 11, 2015

Perhentian Kuih Kampong, Ujong Pasir, Melaka

Perhentian Kuih Kampong merupakan sebuah kedai makan yang berasaskan kepelbagaian kuih-muh tradisional di Malaysia. Berpadanan dengan nama yang diberi untuk menggambarkan kedai makan ni--"perhentian". Memang kedai makan Perhentian Kuih Kampong ni boleh dikatakan sebagai one stop center bagi penggemar kuih muih di Bandar Melaka.


Perhentian Kuih Kampong terletak di Jalan Ujung Pasir yang menghala ke Bandar Melaka dan berdekatan dengan Hotel Arenna De Luxe dan Harmony Apartment. Bangunan putih kat sebelah tu adalah Hotel Arenna. Ia juga terletak berdekatan dengan persimpangan Lorong Bukit Senjuang dan Jalan Ujong Pasir...


Jom tengok kuih apa yang ada kat sini!

Deretan kuih tradisional yang disusun di atas meja - Antaranya seperti Kuih Seri Muka, Kuih Jagung, Kuih Bingka, Kuih Kasui, Kuih Talam Berlauk, Kuih Sagu, dan lain-lain lagi...memang banyak..


~Pelbagai jenis bingka~

 ~ Kuih Kasui dan Kuih Sagu ~

 ~ Kuih Talam Berlauk ~

Pelanggan boleh memilih dan mengambil sendiri kuih yang digemari sama ada untuk dibawa balik atau makan di sini..malah nasi lemak bungkus dan bihun goreng bungkus turut dijual disini...

Kebanyakan kuih dijual dengan harga RM 1 untuk 3 keping, satu harga yang sangat berpatutan.

Kedai makan ni bukan hanya menjual kuih-muih tradisi sahaja malah terdapat juga makanan lain seperti nasi lemak, nasi ayam dan asam pedas. Pelanggan masuk silih berganti tanpa mengira waktu hinggakan terpaksa beratur untuk memilih kuih-kuih (waktu peak hour)

~ Antara kuih-kuih tradisional yang kami pilih untuk dijamu ketika ni~

Sememangnya kuih yang disajikan kat sini teramatlah sedap. So, tak hairanlah ramai orang datang makan kat sini. Jangan lupa singgah Perhentian Kuih Kampong kalau korang ada di Melaka ye...

Tuesday, June 9, 2015

Roti Canai Kayu Arang, Melaka

Korang pernah cuba makan roti canai yang dibakar dengan arang? Kalau belum pernah cuba lagi meh sini nak cerita. Keunikan roti canai di warung ni pastinya disebabkan oleh cara pemanasan/masakan roti canainya yang menggunakan kayu arang. Lokasi Gerai Roti Canai Kayu Arang ni terletak betul-betul disebelah Lebuh AMJ (arah selatan-Muar)dan terletak di alamat:

Lot N/T 461, 
Jalan Malim-Bachang, 
Melaka.
Peta Lokasi - Gerai Roti Canai Arang (Anak panah merah)

Kayu arang yang digunakan untuk menghidupkan api. 
Roti canai kemudiannya digoreng di atas haba kayu arang tadi


Selain roti canai, terdapat juga pelbagai jenis kuih muih juga dijual di sini. Antara kuih yang sempat kitaorang rasa adalah kuih popiah dan kuih samosa. Emmm...boleh tahan sedap jugak rasa kuih muih kat sini...

Damia yang tengah demam akibat tonsil waktu ni. Sedihnya muka anakku...huhuhu

Yok makan!


Roti canai yang terhasil lebih sedap rasanya menggunakan teknik gorengan/pemanasan dari bakaran kayu arang. Rasanya lebih sedap dan berbau harum arang..tapi apapun roti canai ni memang lembut...lagi satu kuah dalnya pun agak pekat dan sedap..malah kitaorang ada order kuah tambahan seperti sambal paru dan rendang kerang...Disebabkan kitaorang sampai dah agak tengahari, so takdelah sesak sangat warung ni. So servisnya masih lagi ditahap memuaskan. (Walaupun sebenarnya kitaorang dah duduk lama kat sini n melambai tangan dah banyak kali tapi nampak macam kitaorang ni halimunan kot, takde siapa pun yang perasan. Last-last mak mertua jerit kuat sikit barulah nak datang). Takpelah, tak kisah sangat, yang penting roti canai kayu arang memang sedap dan korang wajib cuba kalau datang Melaka.

Monday, June 8, 2015

Mak Jah Mee Udang, Kuala Sepetang, Taiping

Sebut saja Kuala Sepetang atau Port Weld di Taiping Perak tidak asing lagi sebagai salah satu pekan kecil di antara Sungai Reba dan Sungai Kapal Changkol berhadapan dengan Sungai Sepetang dan merupakan salah satu tempat perkampungan nelayan.  Malah bila sebut saja Kuala Sepetang teringat kepada salah satu makanan terkenal iaitu Mee Udang. Di sini terdapat satu restoran mee udang spesial dan terkenal iaitu "Mee Udang Mak Jah". Kitaorang sempat jugak singgah dan merasa mee udang Mak Jah ni.

Lokasinya terletak betul-betul tepi jalan utama Taiping-Kuala Sepetang di Kampung Menteri, Pekan Kuala Sepetang, Taiping Perak. Sebenarnya di sepanjang jalan tu banyak je restoran mee udang yang lain tapi yang paling terkenal kat sini ialah Mee Udang Mak Jah...boleh lar yer lihat peta lokasinya dibawan ni...hehehe

Peta lokasi gerai - "Mee Udang Mak Jah"

Kitaorang sampai sini dah maghrib, so restoran ni tak terlalu crowded la..

 Suasana dalam restoran Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang


Kitaorang order mee udang dan nasi goreng udang. Memang puas hati makan udang kat sini sebab udangnya banyak sangat dan saiznya juga besar. Kalau tengok gambar nasi goreng tu memang tak nampak udang tapi sebenarnya udangnya banyak tersorok kat bawah timbunan nasi. Rasanya ada dalam 9 ekor udang besar untuk satu pinggan hidangan mee atau nasi gorengnya...

Mee Udang Biasa harganya RM9
Nasi Goreng Udang Biasa harganya RM9
Kalau nak yang spesial harganya jadi RM13. Kitaorang tanya apa beza spesial ngan biasa?
Dia cakap yang spesial lagi banyak udangnya, tu je..
Oooooo....


Tapi kuah mee udang ni tak begitu pekat malah rasanya seperti kuah tomato jer...dan warnanya pun tak sama macam yang blog-blog lain tulis. Gambar kat blog-blog lain kuahnya mcam kecoklatan dan kelihatan lebih pekat dari yang kitaorang makan hari tu. Tapi kedainya memang yang ni, tak salah lagi. Emm..takpelah..so sesiapa yang dah sampai Perak dan teringin nak merasa mee udang, silalah singgah ke Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang yang terletak di Kampung Menteri ni...

Selamat Mencuba.......
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno