Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, July 31, 2015

Restoran Chalou (Makanan Cina Muslim)

Dah lama rasanya kitaorang tak pergi makan-makan kat luar sejak bulan puasa yang lepas. Sepanjang bulan puasa tu memang beli kat bazar je sampailah malam tadi Cik Lan ajak makan kat Restoran Chalou, sebuah restoran berkonsepkan Makanan Cina Muslim yang dimiliki oleh Mohd Chan Abdullah. Kalau korang nak tahu Mohd Chan Abdullah ni juga merupakan pemilik restoran  makanan cina muslim iaitu Restoran Mohd Chan yang berkonsepkan restoran makanan laut. Boleh lar baca kat sini yer (http://www.mohdchan.com.my/v3/). Tetapi  Restoran Chalou ini berkonsepkan kopitiam atau kedai kopi dimana ianya menjual makanan panas ("makanan goreng-goreng").


Restoran Chalou terletak di dalam AEON BIG Subang Jaya, Selangor



Kadar harga makanan di Restoran Chalou


Pelbagai jenis masakan Cina Muslim dijual di sini seperti Dimsum, Nasi berlauk seperti Kong Poh,  Kam Heong, pelbagai jenis pau, pelbagai mee goreng, mee sup, dan banyak lagi...Tapi yang menarik perhatian Cik Lan ialah Chit Kut-Teh..Chit-Kut Teh ni apa ye?

~ Claypot Chic-Kut Teh ~ RM 15.90~

Selalunye telinga ni biasa dengar Bak Kut Teh je..Hasil dari "soal siasat" dengan seorang kawan berbangsa Tiong Hua:

Bak bermaksud daging.
Kut bermaksud tulang
Teh bermaksud Teh/Herba

Perkataan tersebut berasal dari dialek Hokkien yang sebenarnya merujuk kepada sup herba daging. 

So Chic Kut Teh tu apa? Sup herba ayam la kan...

Kalau korang nak tau rasa sup herba Chic-Kut Teh ni lebih kurang je rasa macam telur pindang yang warna hitam tu...baunya pun lebih kurang...tapi sedap lagi berbanding telur pindang...hehehe

~ Asam Fish (Ikan Siakap) ~ RM 15.90~

Saya pulak makan hidangan yang dah selalu saya makan kat tempat lain --> Siakap Asam Fish. Tak berani nak try benda pelik-pelik, takut tak kena dengan tekak pulak nanti.

~ Homamade Yam Dumpling ~

Tapi Homamade Yam Dumpling ni memanglah sedap. Sangat rangup di luar dan lembut intinya di dalam. Rasa manis keladi yang sebenar..inti dalamnya seperti inti karipap...suggest dari supervisor kedai ni...

 
 ~ Chinese Pancake ~

Pancake ni pun not bad jugak rasanya. Ada inti manisan di dalamnya..


Damia yang sangat bersemangat makan Chic Kut Teh dengan nasi putih. Agaknya susah sangat dia nak ambik nasi dalam mangkuk tu guna sudu. At last, dia letak sudu tu kat tepi dan makan guna tangan.

Restoran Chalou merupakan satu lagi pilihan bagi sesiapa yang gemarkan masakan Ala Cina Muslim selain Restoran HOMST Shah AlamRestoran Adam Lai, Restoran Chan Abdullah dan Restoran Chili's Crab Kota Damansara. Secara keseluruhannya, kami lebih menggemari cara masakan di Restoran Adam Lai berbanding Restoran Chalou. Dengan harga yang sama, anda dapat memperoleh jumlah makanan yang lebih banyak di Restoran Adam Lai dan rasanya juga lebih enak.

 Selamat Menjamu Selera n mencuba makanan di Restoran Chalou

Sunday, July 26, 2015

Servis Ghost Writer dan Edit Ebook| Proof Read Servis or service

Tajuk artikel kali ini bercampur-campur antara bahasa Melayu dan Inggeris. Takpelah, janji orang faham dan senang jumpa blog ni waktu search kat Google nanti. Sebagaimana yang pernah saya beritahu sebelum ini, kerja menulis ini hanyalah dilakukan secara sambilan. Maka projek yang berjaya disiapkan juga tidaklah banyak memandangkan saya bekerja sepenuh masa. Part time menulis ni hanya dilakukan pada sebelah malam dan hujung minggu sahaja.

Boleh rujuk hasil kerja saya sebelum ini SINI (buku air) dan SINI (buku basikal). Ada lagi yang masih dalam proses editing sana sini untuk puaskan hati customer. Sekarang ni pun saya tengah siapkan kerja-kerja editing sebuah ebook berbentuk kewangan.

Sedang sibuk menyiapkan kerja editing..

Kalau ada sesiapa yang berminat nak gunakan servis ghost writer atau editing ni bolehlah contact saya ye. Nisa: 0137751357.

Kalau tak tahu ghost writer tu apa boleh baca penerangannya DISINI. Servis Ghost Writer n edit Malaysia

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Hari Raya

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Hari ni saya dah start kerja, sama macam pelajar-pelajar sekolah yang dah kembali semula ke sekolah hari ni. Tahun ni kitaorang raya sebelah Cik Lan dulu, raya ketiga baru balik rumah ibu saya kat Kluang. Jom tengok gambar raya kitaorang tahun ni!









Monday, July 13, 2015

Urut kaki| Stadium Olimpik| Bamboo Charcoal Shop

Urut Kaki

Selepas penat berjalan kaki dalam kesejukan di Kota Larangan @ Forbidden City dan lawatan ke Hutong, rombongan lawatan kami di bumi beijing ini diteruskan dengan aktiviti mengurut kaki. Sememangnya ibarat orang mengantuk yang disorongkan badan, masing-masing yang telah kepenatan dan lenguh kaki hanya reda sahaja menadah kaki untuk diurut.

Setiap pengunjung mendapat tukang urut kaki masing-masing. Haha rmula-mula tu excited gak, mesti best. Tapi minta maaf la ye, hakikatnya urutan diaorang tak sedap mana pun. Tak berasa langsung..

Oh ya, sebelum kaki kitaorang diurut, kaki direndamkan ke dalam air suam yang berisi herba. Air yang dah berisi herba itu tadi bertukar warna menjadi hitam. Katanya herba tu mampu membuang toksik dalam badan. Wallahualam.

Selepas diurut, tukang-tukang urut ni minta tips dari kitaorang. Memanglah kitaorang tak puas hati sebab dia cakap mula-mula tadi free. So ada ahli rombongan lain yang tak puas hati dan buat aduan kepada pemandu pelancong kami, Eva. Naik je bas selepas selesai sesi mengurut, Eva pulangkan semula duit kitaorang. Haha. Selamat..

Dan motif diaorang sebenarnya untuk bagi urutan yang dikatakan free tu tadi ialah untuk menjual produk tempat urut diaorang. Sebab selepas tukang urut selesaikan tugas mereka, ada seorang lelaki Indonesia tetapi telah lama menetap di Beijing menggelarkan dirinya sebagai pensyarah dan dia menerangkan kebaikan setiap produk mereka. Selagi takde orang beli, selagi tulah dia dok promote sampailah ada beberapa ahli rombongan lain beli produk mereka. Barulah diaorang slow sikit promote, walaupun muka dia nampak tak puas hati sebab sikit sangat yang beli. 

Tips: Melancong ke China kenalah berhati-hati. Kalau jenis yang cepat terpengaruh memang lesaplah duit berbelanja beribu riban. Produk diaorang bukannya murah. Beratus-ratus harganya..

Stadium Olimpik

Selepas kaki "lega"sikit lepas mengurut tadi, perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Stadium Olimpik. Waktu ni ramai yang dah kepenatan sebenarnya tapi disebabkan dah termaktub dalam jadual lawatan, maka aktiviti "berjalan kaki" diteruskan lagi. Memang banyak berjalan rupanya kalau melawat negara orang ea. Nasib baiklah musim sejuk. Kalau tak mesti dah berpeluh-peluh ketiak masam semua. haha

Damia pun dah kepenatan sebenarnya tapi dipujuk-pujuk nak jugak dia berjalan. 

Nasib baiklah ada stroller yang ringan n mudah diangkut ke hulu ke hilir ni. Boleh gak dia duduk kalau penat berjalan

Takde pape yang menarik sangat pun Stadium Olimpik ni, bukan masuk dalam stadium pun. Just berjalan di sekitar kawasan stadium. Stadium pun tak nampak sebenarnya. Berkabus je..kesian kitaorang..

Di sekitar kawasan stadium ni adalah dijual pelbagai jenis cenderamata sebab terdapat banyak deretan kedai di sini

Tau kitaorang beli apa? Bendera negara China tu hah..Si Damia tu la sibuk sangat nak bendera. Haha. Bnayak-banyak benda tu yang ko minta anak..anak..Dengan happy dan bangganya dia berjalan sambil mengibarkan bendera negara China tu. Orang sekeliling memang dok perhati gelagat dia je la..

Bamboo Charcoal Shop

Bamboo Charcoal Shop merupakan destinasi terakhir kami untuk hari kedua berada di Beijing. Sebagaimana namanyalah, kedai ni berasaskan konsep bamboo atau buluh.


Terdahulu, taklimat diberikan tentang kebaikan dan proses penghasilan bamboo charcoal. Kemudian kami diberi kebebasan untuk melawat kedai jualan mereka. Pelbagai barang dari peralatan rumah sehinggalah pakaian dalam kesemuanya berasaskan bamboo charcoal. Kitaorang beli apa? Stokin je. Haha

Next time kita sambung lagi entri pasal lawatan ke Beijing ya. Esok kami akan ke The Great Wall of China! Tak sabarnya nak tengok salah satu dari tujuh keajaiban dunia tu!

Friday, July 10, 2015

Makanan Laut dan Ketam Lembut di Kuala Gula Perak

Pada mulanya cerita nak cuba makan ketam lembut atau soft crab di Kuala Gula ni disebabkan oleh cerita Kak Aini, kawan sekerja kat HLA dulu. Cara Kak Aini bercerita macam best sangat makan kat sini. So, masa pergi Perak ambik tudung hari tu, kitaorang singgahlah kat Kuala Gula untuk cuba masakan soft crab.

Yang menariknya, restoran di sini terletak di atas air- yup, boleh dikatakan juga sebagai restoran terapung

Restoran terapung ni terletak di muara Sungai Kurau, Daerah Kerian

Bot-bot nelayan banyak tersusun di kawasan muara sungai

 Restoran terapung di Kuala Gula, Perak

Okey, jom tengok menu yang kami order!

 Ketam Lembut (Soft Crab) goreng tepung

 Ikan Siakap masak tiga rasa

 Kailan goreng ikan masin

Emm..okeylah masakan kat sini..Nak kata sedap sangat macam yang digembar-gemburkan tu takde lah..Makan seafood kat  Restoran Pen Mutiara Pulau Pinang lagi sedap. Tapi yang penting harganya memang murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Dan yang menariknya juga, setiap kali bot nelayan lalu kawasan restoran ni, restoran ni akan terumbang ambing dan korang kalau tengah makan akan rasa mabuk sikit la. Haha

Kalau nak tahu bersebelahan dengan restoran terapung ni turut disediakan resort. Jadi sesiapa yang ingin bermalam di sini berpeluang untuk memancing dari dalam chalet je. Boleh baca entri mengenai Kuala Gula Santuary Resort DISINI-Sila klik ye

Akhbar The Star Online pun pernah cover cerita pasal Kuala Gula DISINI

Wednesday, July 8, 2015

Damia Si Anak Bijak

Dah lama tak cerita pasal Damia. Dia dah semakin besar n cerdik. Mulut pun boleh tahan. Macam orang tua. Kuat membebel cam Cik Lan. Haha. Dah pandai nak berkawan n paling penting selalu request nak adik ye. Haish..nantilah Damia ea..





Bulan Ramadhan macam biasalah tak sempat nak masak. Sampai rumah dah pukul berapa kan..So Cik Lan n Damia la yang pergi bazar sepanjang bulan Ramadhan ni. Memasak bulan puasa ni hanya dilakukan pada hujung minggu je, tu pun kalau tak balik kampung.Haha



Selalunya Damia kalau kat rumah dia main ngan anak patung n rajin cakap sorang-sorang. Hari tu dapat berkumpul ramai-ramai ngan dua pupu dia. Seronok betul tengok dia main. 

Enjoy your kids time ye sayang..Happy selalu! Mama hari-hari doakan yang terbaik untuk Mia..

Monday, July 6, 2015

Yang pergi takkan kembali lagi

Innalillahiwainnailaihirajiun. Ucapan pertama yang keluar sebaik sahaja menerima berita kematian pak cik saya, Arwayarham Mazlan Bin Husain pada hari Jumaat minggu lepas. Arwah yang terlantar di hospital sejak awal Ramadhan akhirnya pergi menyahut seruan-Nya pada Ramadhan yang ke-16. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat pengampunan-Nya. Al-Fatihah..



Friday, July 3, 2015

Kuih Keria Antarabangsa

Kuih Keria Antarabangsa memang sedap dan secocok dengan namanya "antarabangsa". Yelah, kalau bagi nama antarabangsa tapi tak sedap langsung, buat malu je kan. Saya yang tak berapa suka keria ni pun boleh cakap sedap. Yang suka keria apatah lagi kan..

Restoran Kuih Keria Antarabangsa terletak di jalan utama Klebang Besar - Limbongan Melaka, betul-betul terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Ehsan

Nampak tak betapa ramai orang beratur sebab nak beli kuih keria je. Angkat keluar je dari kuali dah kena sambar. Tak sempat lagi keria tu nak menyejuk..

Kuih Keria Antarabangsa ni diasaskan oleh Haji Jalil. So kalau korang nak cari kuih keria ni, cari yang Haji Jalil punya. Hajah Rahmah punyer ke Haji Jalal punyer ke tak main ea..Cari yang Haji Jalil je ye. Sebab dah ada banyak jugak yang jual kuih keria kat sini guna nama Kuih Keria Antarabangsa tapi belakang tu letak nama lain

Pada saya kuih keria ni spesial sebab "isi " keria tu padat dan gula yang salut keria tu memang penuh membaluti isi keria. Kadang-kadang kalau orang tak pandai buat kan gulanya tak melekat sangat kat keria tu. Bila gigit Kuih Keria Antarabangsa ni, kombinasi isi dan gula tu terasa macam perfecto sangat. Tak tau dah nak describe camne. Tulis waktu puasa ni memang menguji kesabaran betul. Kan dah berkeriuk-keriuk perutnya..Haish..

Apapun, Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang terletak di Melaka ni memang patut korang cuba sebab memang best giler.
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno