Dah lama rasanya kitaorang tak pergi makan-makan kat luar sejak bulan puasa yang lepas. Sepanjang bulan puasa tu memang beli kat bazar je sampailah malam tadi Cik Lan ajak makan kat Restoran Chalou, sebuah restoran berkonsepkan Makanan Cina Muslim yang dimiliki oleh Mohd Chan Abdullah. Kalau korang nak tahu Mohd Chan Abdullah ni juga merupakan pemilik restoran makanan cina muslim iaitu Restoran Mohd Chan yang berkonsepkan restoran makanan laut. Boleh lar baca kat sini yer (http://www.mohdchan.com.my/v3/). Tetapi Restoran Chalou ini berkonsepkan kopitiam atau kedai kopi dimana ianya menjual makanan panas ("makanan goreng-goreng").
Restoran Chalou terletak di dalam AEON BIG Subang Jaya, Selangor
Kadar harga makanan di Restoran Chalou

Pelbagai jenis masakan Cina Muslim dijual di sini seperti Dimsum, Nasi berlauk seperti Kong Poh, Kam Heong, pelbagai jenis pau, pelbagai mee goreng, mee sup, dan banyak lagi...Tapi yang menarik perhatian Cik Lan ialah Chit Kut-Teh..Chit-Kut Teh ni apa ye?
~ Claypot Chic-Kut Teh ~ RM 15.90~
Selalunye telinga ni biasa dengar Bak Kut Teh je..Hasil dari "soal siasat" dengan seorang kawan berbangsa Tiong Hua:
Bak bermaksud daging.
Kut bermaksud tulang
Teh bermaksud Teh/Herba
Perkataan tersebut berasal dari dialek Hokkien yang sebenarnya merujuk kepada sup herba daging.
So Chic Kut Teh tu apa? Sup herba ayam la kan...
Kalau korang nak tau rasa sup herba Chic-Kut Teh ni lebih kurang je rasa macam telur pindang yang warna hitam tu...baunya pun lebih kurang...tapi sedap lagi berbanding telur pindang...hehehe
~ Asam Fish (Ikan Siakap) ~ RM 15.90~
Saya pulak makan hidangan yang dah selalu saya makan kat tempat lain --> Siakap Asam Fish. Tak berani nak try benda pelik-pelik, takut tak kena dengan tekak pulak nanti.
Saya pulak makan hidangan yang dah selalu saya makan kat tempat lain --> Siakap Asam Fish. Tak berani nak try benda pelik-pelik, takut tak kena dengan tekak pulak nanti.
~ Homamade Yam Dumpling ~
Tapi Homamade Yam Dumpling ni memanglah sedap. Sangat rangup di luar dan lembut intinya di dalam. Rasa manis keladi yang sebenar..inti dalamnya seperti inti karipap...suggest dari supervisor kedai ni...

~ Chinese Pancake ~
Pancake ni pun not bad jugak rasanya. Ada inti manisan di dalamnya..
Pancake ni pun not bad jugak rasanya. Ada inti manisan di dalamnya..
Damia yang sangat bersemangat makan Chic Kut Teh dengan nasi putih. Agaknya susah sangat dia nak ambik nasi dalam mangkuk tu guna sudu. At last, dia letak sudu tu kat tepi dan makan guna tangan.
Restoran Chalou merupakan satu lagi pilihan bagi sesiapa yang gemarkan masakan Ala Cina Muslim selain Restoran HOMST Shah Alam, Restoran Adam Lai, Restoran Chan Abdullah dan Restoran Chili's Crab Kota Damansara. Secara keseluruhannya, kami lebih menggemari cara masakan di Restoran Adam Lai berbanding Restoran Chalou. Dengan harga yang sama, anda dapat memperoleh jumlah makanan yang lebih banyak di Restoran Adam Lai dan rasanya juga lebih enak.
Selamat Menjamu Selera n mencuba makanan di Restoran Chalou
No comments:
Post a Comment