Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 28, 2015

Restoran Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat

Nasi Lemak mungkin kedengaran biasa sahaja pada pendengaran kita, namun  kelainan yang sedikit  mampu mencetuskan fenomena bagi sesuatu perkara yang biasa. Begitulah realiti yang sedang melanda "Warung Nasi Lemak Cik Chom" sehingga pelanggan sanggup beratur panjang serta sanggup menunggu lama untuk merasa menu Nasi Lemak yang dihasilkan oleh restoran ini. Bagi merasai kelainan Nasi Lemak Cik Chom, baru-baru ini kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama beratur hampir sejam bagi mendapatkan Nasi Lemak Cik Chom di Cawangan Batu Pahat yang terletak di Taman Pura Kencana.

Alamat Restoran Nasi Lemak Cik Chom Cawangan Batu Pahat:

 No. 16, Jalan Kencana 1A/A
Taman Pura Kencana, 
83300 Sri Gading, Batu Pahat
Johor


 Beroperasi seawal jam 5 petang dan tamat pada jam 10 malam (kecuali hari Isnin), restoran ini benar-benar "meletop kebabooommm" dari segi penyediaan juadahnya...padanlah ramai yang sanggup beratur.

Apa yang menarik di sini? Jom kita intai sedikit..

  Tengok tu, panjang betul barisan untuk mendapatkan Nasi Lemak Cik Chom..Cik Lan terpaksa beratur panjang sementelah saya menunggu meja makan yang telah kosong

 Hahahhhh...Sotong goreng, ikan siakap goreng yang menunggu tuan masing-masing...hehehe


  Bukan setakat beratur je panjang ye, meja tempat nak makan pun penuh, maka terpaksalah tunggu pelanggan lain selesai makan terlebih dahulu, barulah ada peluang untuk makan di sini...


 Inilah dia Menu Utama di Warung Nasi Lemak Cik Chom
(Foto kredit to Page FB Warung Nasi Lemak Cik Chom)


Ada pelbagai jenis Nasi Lemak ditawarkan di sini termasuklah Nasi Lemak Siakap,
Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Burung Puyuh dan Nasi Lemak Bujang

 (Foto kredit to Page FB Warung Nasi Lemak Cik Chom)

Pengunjung boleh memilih untuk makan di kedai atau pun bungkus dan bawa balik

Malam tersebut, kami order Nasi Lemak Sotong King 2 set dan Nasi Lemak Siakap 3 set

        Nasi Lemak Sotong King RM10


 Nasi Lemak Siakap RM17


 Operasi menggunting Sotong King.Haha


Baiklah, antara keunikan Nasi Lemak Cik Chom yang saya boleh senaraikan ialah:

1) Saiz Sotong dan Ikan Siakap yang besar
2) Harga yang berpatutan walaupun bersaiz besar
3) Menggunakan Epal Hijau menggantikan timun
4) Nasi Lemak yang diwarnakan hijau di bahagian atas nasi

Ya, kelainan itulah yang telah meletupkan reputasi Nasi Lemak Cik Chom sehingga menjadi viral dan fenomena di Facebook sekarang ini. Sila layari Facebook page Warung Nasi Lemak Cik Chom untuk sebarang maklumat lanjut dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi lemak special ini.    

Monday, September 21, 2015

Sambutan Birthday Damia at Crystal Inn Batu Pahat

Balik kampung hari tu sekali lagi Damia diraikan bersempena dengan hari lahirnya yang ke-4. Kali ni sambutan simple tapi meriah ni diadakan di Crystal Inn Batu Pahat. Bukanlah perancangan yang proper sebenarnya-mak n abah just nak belikan Damia kek n makan sendiri-sendiri, buat suka-suka Damia je. Kebetulan ibu pulak nak datang Batu Pahat hari tu, so ajak ibu, Awin n Anis join sekali untuk meramaikan majlis.


Seronok betul Damia sebab ramai orang makan kek sama-sama dengan dia

Sempat "melalak" dulu sebelum potong kek. Lawak betul..

Damia nangis sebab atuk n nenek tak tahu nyanyi lagu "May Allah Bless You". Time nyanyi lagu tu semua orang senyap, cuma dengar suara mama je. Damia tanya, Mama je? Terus berjurai air mata Damia lepas tu, meraung satu hotel. Haha

Antara makanan yang kami order di Crystal Inn

Ramai order Western Food

Kebetulan dalam hotel tu ada disediakan "prop". Bergayalah si Atuk dengan propnya. Haha


Mama n Ayah pun nak pakai prop jugak!

Antara yang ada..ibu, mak n Anis

Ayah pulak yang lebih over dari Damia ganti-ganti prop. Haha

Cik Awin n Damia


Jadi anak solehah, bijak, rajin solat, rajin ngaji ye Damia! Amin..

Monday, September 14, 2015

Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan IMKK September 2015 Superb

Saya baru sahaja selesai menghadiri Seminar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 4 hari 3 malam anjuran Dr Azizan Osman yang diadakan di Menara PGRM Cheras. Sememangnya suatu seminar yang benar-benar luar biasa hebat. Sukar untuk dijelaskan luar biasa yang bagaimana, tetapi apa yang mampu saya ungkapkan di sini ialah pendekatan yang digunakan sangat-sangat melekat di hati sehingga mampu membuang semua rasa yang terbuku dalam hati. 

Secara kasar mengenai pengajaran tentang wang yang saya dapati dari IMKK ialah:

1) Wang adalah tenaga. Konsep tenaga yang saya belajar di sekolah ialah, "tenaga tidak boleh dicipta atau dihapuskan, tetapi tenaga hanya boleh dipindahkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain". Disebabkan wang adalah tenaga, maka ianya perlu dipindahkan. Ertinya disini, wang itu perlu dipindahkan dari satu tangan ke tangan yang lain. Dalam erti kata yang lebih jelas ialah, kita mesti memberi lebih banyak wang (sedekah) untuk kita mendapat lebih banyak wang. 

2)Bagi membolehkan wang suka datang dekat kita, maka kita kena suka dia. Perspektif dan sangkaan kita mengenai wang mestilah betul dan baik-baik sahaja.

3) Dalam kesibukan kita mencari redha Allah, kita terlupa redha manusia dimana redha Allah itu juga salah satunya adalah terletak pada redha manusia. Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Redha Allah terletak pada redha suami dan isteri.

4) Kesemua ilmu yang dikaji oleh barat mengenai sains metafizik seperti brain wave, law of attraction, kesemuanya itu telah terlebih awal diajarkan oleh Allah melalui Al-Quran dan pesanan Rasulullah. Cuma kita sebagai umat Islam sahaja yang masih lagi tidak sedar akan kehebatan-Nya. Setiap suruhan yang Allah tuntut kita lakukan sebenarnya adalah untuk kejayaan dan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Bukannya Allah suruh kita rajin solat Tahajud, bersyukur, sedekah, zikir itu semua untuk persediaan akhirat..untuk masuk syurga. Tidak. Bukan untuk akhirat semata-mata. Kesan dari amalan-amalan tersebut dapat dilihat dari dunia lagi. Segala kebahagiaan, kekayaan dan kemudahan akan datang melimpah ruah dengan mudahnya kepada kita tanpa kita perlu mencari. 

Teringat saya kata-kata penulis buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" bunyinya lebih kurang begini--> Semut kalau kita cari sarangnya, atau dari mana dia keluar, kita memang takkan jumpa semut. Susah nak cari semut. Tetapi cuba kita letakkan gula, madu, coklat dan pelbagai lagi jenis makanan yang semut suka atas meja, maka beribu-ribu kerajaan semut akan keluar entah dari celah dan arah mana yang kita sendiri pun tidak tahu. Rezeki juga begitu. Siapakah pemilik segala jenis rezeki atas muka bumi ini? Pastinya Allah. Nak cari rezeki yang pelbagai, nak cari duit lebih, nak cari kerja,susah kan? Tapi kalau kita buat pelbagai perkara yang Allah suka, yang buat Allah sayang kepada kita, maka rezeki itu tadi akan datang kepada kita dengan sangat mudah, tanpa kita perlu cari. Rezeki itu akan datang sendiri kepada kita sebagaimana semut tadi datang sendiri kepada makanan-makanan itu tadi. Kerana apa? Kerana rezeki sangat suka kepada orang yang buat Allah suka kepada dia. 

Jadi, di IMKK kita akan belajar apakah perkara-perkara yang apabila kita lakukannya dengan betul akan membuatkan diri kita menjadi seperti mesin atau tenaga yang akan menyedut kesemua wang, kebahagiaan dan pelbagai lagi jenis rezeki datang kepada kita dengan mudah. Saya akan cuba mempraktikkan kesemua ilmu tersebut semampu boleh supaya saya usaha sikit, tapi dapat banyak dan pastinya kalau saya usaha lebih banyak dan kuat lagi maka hasilnya Insya Allah akan menjadi berlipat kali ganda lebih banyak. Amin..

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari, terfikir-fikir IMKK tu apa, macam mana, berbaloi atau tidak kalau join, saya nasihatkan dan sangat sokong kalau anda pergi. Jangan bertangguh lagi. Percayalah, anda akan mampu mengenal diri anda selepas ini dan tidakan-tindakan anda selepas itu pastinya akan jadi luar biasa hebat. Seminar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) is really awesome!









Thursday, September 10, 2015

Damia Turns 4| Happy Birthday..

Semalam genap sudah usia Damia 4 tahun. Dah semakin besar, bijak, banyak cakap, banyak idea, kreatif dan tak kurang jugak permintaan dia yang agak kelakar sikit. Mama, Mia nak baby yang boleh gerak-gerak, nak baby hidup..tak nak baby mati..Agaknya dah bosan dia main dengan anak patung beruang setiap hari.

Anyway, this year bagi Damia chance sambut birthday dia kat sekolah. Yelah, tahun ni kan dia dah sekolah walaupun hari ni baru je dia genap 4 tahun sebenarnya. Bagus jugak sekolahkan dia awal-awal, banyak yang dapat dia belajar. Tahun ni takde kek, tapi buat sikit goodies untuk bagi kat kawan-kawan sekolah Damia. 

Sempat la jugak Mama print tag yang dah siap di “design” oleh Cik Adah kat ofis. 



Lepas Magrib keluar cari barang-barang nak letak dalam pack tu, lebih kurang pukul 12 malam baru start packing goodies. Ni lah antara makanan yang ada dalam goodies Birthday Damia. Ada air kotak Dutch Lady Chocolate, Biskut Teddy Bear Chocolate, Chocolate Bar, Kek Lapis Apollo Perisa Chocolate dan candy coklat Koko Jelly. Kenapa semuanya coklat? Ni semua atas permintaan Damia lah..Sehari sebelum birthday dia, Damia ada tanya, “Mama, nanti kita nak buat warna apa?”. Confius jugak mula-mula. Warna apa? Rupa-rupanya dia tanya goodies dia nak buat warna apa. Dari situlah datangnya idea nak buat tema coklat.




Dah pukul 1 pagi pun tak tidur lagi birthday girl ni. Excited terlebih..

Rajin Damia tolong packing..




Akhirnya siap kesemua 45 pack dalam pukul 2.30 pagi




Esoknya bawa pergi sekolah dan Damia distribute goodies tu kat kawan-kawan. Makan ramai-ramai ye..


Tuesday, September 8, 2015

Kain Batik Sarawak Limited Edition Pastel Color

Dua hari lepas kain batik yang diimport dari Indonesia dah sampai dan kali ini coraknya sangat berlainan dari kain batik sarawak yang biasa. Warna pastel yang sangat terhad, ada 200 helai sahaja. Cepat-cepat contact kami untuk lihat pelbagai corak baru dengan warna pastel! Kami je yang ada warna pastel ni tau.

















Boleh hubungi saya Nisa-0137751357 untuk mendapatkan batik sarawak versi limited edition pastel color ni..



© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno