Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 28, 2015

Restoran Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat

Nasi Lemak mungkin kedengaran biasa sahaja pada pendengaran kita, namun  kelainan yang sedikit  mampu mencetuskan fenomena bagi sesuatu perkara yang biasa. Begitulah realiti yang sedang melanda "Warung Nasi Lemak Cik Chom" sehingga pelanggan sanggup beratur panjang serta sanggup menunggu lama untuk merasa menu Nasi Lemak yang dihasilkan oleh restoran ini. Bagi merasai kelainan Nasi Lemak Cik Chom, baru-baru ini kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama beratur hampir sejam bagi mendapatkan Nasi Lemak Cik Chom di Cawangan Batu Pahat yang terletak di Taman Pura Kencana.

Alamat Restoran Nasi Lemak Cik Chom Cawangan Batu Pahat:

 No. 16, Jalan Kencana 1A/A
Taman Pura Kencana, 
83300 Sri Gading, Batu Pahat
Johor


 Beroperasi seawal jam 5 petang dan tamat pada jam 10 malam (kecuali hari Isnin), restoran ini benar-benar "meletop kebabooommm" dari segi penyediaan juadahnya...padanlah ramai yang sanggup beratur.

Apa yang menarik di sini? Jom kita intai sedikit..

  Tengok tu, panjang betul barisan untuk mendapatkan Nasi Lemak Cik Chom..Cik Lan terpaksa beratur panjang sementelah saya menunggu meja makan yang telah kosong

 Hahahhhh...Sotong goreng, ikan siakap goreng yang menunggu tuan masing-masing...hehehe


  Bukan setakat beratur je panjang ye, meja tempat nak makan pun penuh, maka terpaksalah tunggu pelanggan lain selesai makan terlebih dahulu, barulah ada peluang untuk makan di sini...


 Inilah dia Menu Utama di Warung Nasi Lemak Cik Chom
(Foto kredit to Page FB Warung Nasi Lemak Cik Chom)


Ada pelbagai jenis Nasi Lemak ditawarkan di sini termasuklah Nasi Lemak Siakap,
Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Burung Puyuh dan Nasi Lemak Bujang

 (Foto kredit to Page FB Warung Nasi Lemak Cik Chom)

Pengunjung boleh memilih untuk makan di kedai atau pun bungkus dan bawa balik

Malam tersebut, kami order Nasi Lemak Sotong King 2 set dan Nasi Lemak Siakap 3 set

        Nasi Lemak Sotong King RM10


 Nasi Lemak Siakap RM17


 Operasi menggunting Sotong King.Haha


Baiklah, antara keunikan Nasi Lemak Cik Chom yang saya boleh senaraikan ialah:

1) Saiz Sotong dan Ikan Siakap yang besar
2) Harga yang berpatutan walaupun bersaiz besar
3) Menggunakan Epal Hijau menggantikan timun
4) Nasi Lemak yang diwarnakan hijau di bahagian atas nasi

Ya, kelainan itulah yang telah meletupkan reputasi Nasi Lemak Cik Chom sehingga menjadi viral dan fenomena di Facebook sekarang ini. Sila layari Facebook page Warung Nasi Lemak Cik Chom untuk sebarang maklumat lanjut dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi lemak special ini.    

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno