Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 14, 2015

Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan IMKK September 2015 Superb

Saya baru sahaja selesai menghadiri Seminar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 4 hari 3 malam anjuran Dr Azizan Osman yang diadakan di Menara PGRM Cheras. Sememangnya suatu seminar yang benar-benar luar biasa hebat. Sukar untuk dijelaskan luar biasa yang bagaimana, tetapi apa yang mampu saya ungkapkan di sini ialah pendekatan yang digunakan sangat-sangat melekat di hati sehingga mampu membuang semua rasa yang terbuku dalam hati. 

Secara kasar mengenai pengajaran tentang wang yang saya dapati dari IMKK ialah:

1) Wang adalah tenaga. Konsep tenaga yang saya belajar di sekolah ialah, "tenaga tidak boleh dicipta atau dihapuskan, tetapi tenaga hanya boleh dipindahkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain". Disebabkan wang adalah tenaga, maka ianya perlu dipindahkan. Ertinya disini, wang itu perlu dipindahkan dari satu tangan ke tangan yang lain. Dalam erti kata yang lebih jelas ialah, kita mesti memberi lebih banyak wang (sedekah) untuk kita mendapat lebih banyak wang. 

2)Bagi membolehkan wang suka datang dekat kita, maka kita kena suka dia. Perspektif dan sangkaan kita mengenai wang mestilah betul dan baik-baik sahaja.

3) Dalam kesibukan kita mencari redha Allah, kita terlupa redha manusia dimana redha Allah itu juga salah satunya adalah terletak pada redha manusia. Redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Redha Allah terletak pada redha suami dan isteri.

4) Kesemua ilmu yang dikaji oleh barat mengenai sains metafizik seperti brain wave, law of attraction, kesemuanya itu telah terlebih awal diajarkan oleh Allah melalui Al-Quran dan pesanan Rasulullah. Cuma kita sebagai umat Islam sahaja yang masih lagi tidak sedar akan kehebatan-Nya. Setiap suruhan yang Allah tuntut kita lakukan sebenarnya adalah untuk kejayaan dan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Bukannya Allah suruh kita rajin solat Tahajud, bersyukur, sedekah, zikir itu semua untuk persediaan akhirat..untuk masuk syurga. Tidak. Bukan untuk akhirat semata-mata. Kesan dari amalan-amalan tersebut dapat dilihat dari dunia lagi. Segala kebahagiaan, kekayaan dan kemudahan akan datang melimpah ruah dengan mudahnya kepada kita tanpa kita perlu mencari. 

Teringat saya kata-kata penulis buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" bunyinya lebih kurang begini--> Semut kalau kita cari sarangnya, atau dari mana dia keluar, kita memang takkan jumpa semut. Susah nak cari semut. Tetapi cuba kita letakkan gula, madu, coklat dan pelbagai lagi jenis makanan yang semut suka atas meja, maka beribu-ribu kerajaan semut akan keluar entah dari celah dan arah mana yang kita sendiri pun tidak tahu. Rezeki juga begitu. Siapakah pemilik segala jenis rezeki atas muka bumi ini? Pastinya Allah. Nak cari rezeki yang pelbagai, nak cari duit lebih, nak cari kerja,susah kan? Tapi kalau kita buat pelbagai perkara yang Allah suka, yang buat Allah sayang kepada kita, maka rezeki itu tadi akan datang kepada kita dengan sangat mudah, tanpa kita perlu cari. Rezeki itu akan datang sendiri kepada kita sebagaimana semut tadi datang sendiri kepada makanan-makanan itu tadi. Kerana apa? Kerana rezeki sangat suka kepada orang yang buat Allah suka kepada dia. 

Jadi, di IMKK kita akan belajar apakah perkara-perkara yang apabila kita lakukannya dengan betul akan membuatkan diri kita menjadi seperti mesin atau tenaga yang akan menyedut kesemua wang, kebahagiaan dan pelbagai lagi jenis rezeki datang kepada kita dengan mudah. Saya akan cuba mempraktikkan kesemua ilmu tersebut semampu boleh supaya saya usaha sikit, tapi dapat banyak dan pastinya kalau saya usaha lebih banyak dan kuat lagi maka hasilnya Insya Allah akan menjadi berlipat kali ganda lebih banyak. Amin..

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari, terfikir-fikir IMKK tu apa, macam mana, berbaloi atau tidak kalau join, saya nasihatkan dan sangat sokong kalau anda pergi. Jangan bertangguh lagi. Percayalah, anda akan mampu mengenal diri anda selepas ini dan tidakan-tindakan anda selepas itu pastinya akan jadi luar biasa hebat. Seminar Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) is really awesome!









No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno