Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, October 20, 2015

Joel's Delight, Kg Melayu Kluang

Joel's Delight merupakan sebuah restoran makanan barat berkonsepkan kontena. Ya, kontena! Tempat memasak dan penyediaan makanan dilakukan di dalam kontena manakala pelanggan ditempatkan di satu kawasan tanah lapang berbumbungkan khemah kanopi. Emm..kalau korang memang mencari tempat makan best di Kluang, saya rasa korang patut cuba Western Food kat sini. Jom baca komen kitaorang kat bawah ni...

Joel's Delight

Restoran ini terletak di Jalan Kampung Melayu, Kluang, Johor

tempat makan best kluang
Kontena yang digunakan untuk memasak dan penyediaan makanan. Pelanggan pula menjamu selera di bawah payung kanopi yang disediakan

Setakat ni dah dua kali kami makan di sini jika balik kampung di Kluang

Joel's Delight
Antara menu yang disediakan. Ada Pasta, burger, lamb chop, chicken chop, fish & chip

tempat makan best kluang
Burger daging

Burger ayam

tempat makan best kluang
Burger yang disediakan di Joel's Delight ni boleh tahan jugak sedapnya. Ianya didatangkan khas beserta fries dan dihidangkan di atas papan pemotong. Papan pemotong? Yela, papan pemotong yang orang buat potong bawang, potong sayur tu..To be honest agak tak selesa sebab makanan letak atas tu sangatlah tak stabil sebab makanan asyik nak terjatuh je dari kayu pemotong tu. Haha. Kena orang makan ganas memangla complaint kan..Tapi kalau jenis makan sopan takde masalah kot. Unik sebenarnya makan atas papan pemotong ni.

Overall, rasanya memang ok. Harga pun berpatutan dalam range RM11 ke RM 17 kalau tak silap. Korang boleh tengok gambar menu yang ada kat atas ye. Ada harga sekali kat situ. Cuma yang tak sedap kat sini ialah roti burger tersebut. Hancur..Ya, rotinya hancur berderai. Maksudnya habuk-habuk roti tu berterabur kalau kita makan dan bila roti tu kena sos and gravy yang lain, dia jadi lunyai. Haha, pandai-pandai korang la nak faham hancur n lunyai tu macam mana. Korang try makan kat Joel's Delight Kluang baru faham apa yang saya maksudkan.

Sunday, October 4, 2015

Tips dan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya dipanggil ke Temuduga Latihan Separa Perubatan. Pastinya anda telah melakukan yang terbaik ketika peperiksaan separa perubatan yang lepas sehingga anda berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Bagi calon-calon di Semenanjung Malaysia, temuduga akan diadakan pada 25 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Anda boleh melayari laman web SPA untuk membuat semakan.

tips panduan temuduga separa perubatan 2015

Untuk pengetahuan anda, pengambilan bagi program latihan separa perubatan ini dilakukan sebanyak 2 kali setahun iaitu kemasukan bulan Januari dan Julai. Kemasukan bulan Julai tahun ini telah selesai, maka kemasukan seterusnya adalah pada bulan Januari 2016. Bagi calon yang layak, surat panggilan ujian dan temuduga akan diberikan. 

Bagi calon-calon temuduga yang masih tercari-cari panduan menghadapi temuduga separa perubatan, maka anda boleh mendapatkan rujukan lengkap dan tips temuduga separa perubatan di DISINI--Sila Klik Link ini: Panduan dan Tips Temuduga Separa Perubatan 2015


 Sebelum itu, anda juga boleh mendapatkan gambaran mengenai soalan temuduga separa perubatan yang lalu di LAMAN INI-Klik sini

Apa itu Separa Perubatan?

Sebelum saya pergi lebih lanjut mengenai temuduga yang bakal diadakan, adalah lebih elok jika saya menerangkan serba sedikit tentang Program Latihan Separa Perubatan yang baru sahaja beberapa tahun diperkenalkan kepada calon lepasan SPM. Baiklah, program ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Latihan Bertaraf Diploma dan Latihan Bertaraf Sijil dimana Latihan Bertaraf Diploma mempunyai 10 program yang ditawarkan manakala Latihan Bertaraf Sijil mempunyai 3 program sahaja yang ditawarkan.

Berikut ialah program yang ditawarkan bagi Latihan Bertaraf Diploma Separa Perubatan:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Berikut ialah program yang ditawarkan bagi Latihan Bertaraf Sijil Separa Perubatan:

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam 
 Sebenarnya anda boleh merujuk maklumat ini di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Tetapi mungkin terlalu banyak maklumat yang diletakkan sehingga anda mungkin sedikit keliru, maka saya akan cuba menyampaikan maklumat tersebut secara ringkas dan padat di sini.

Deskripsi Latihan Yang Ditawarkan  

 Latihan Bertaraf Diploma Separa Perubatan:

1) Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
  2. Kolej Kesihatan Awam Kuching, Sarawak
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

2) Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus BahasanMalaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

3) Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

 4) Latihan Jururawat

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:
  1. 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  2. 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  2. Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  3. Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  4. Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  5. Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  6. Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  7. Kolej Kejururawatan Melaka
  8. Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  9. Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  11. Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  12. Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  13. Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  14. Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  15. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  16. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
  17. Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

5) Latihan Jururawat Pergigian

Jantina: Perempuan Sahaja
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

6) Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Juruteknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur
  2. Kolej Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

7) Latihan Juruteknologi Pergigian

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

8) Latihan Juru X-Ray

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
  2. Kolej Radiografi Johor Bahru, Johor
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

9) Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

10) Latihan Penolong Pegawai Perubatan 

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
  1. Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak
  2. Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan
  3. Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah
  4. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

 Latihan Bertaraf Sijil Separa Perubatan:

1) Latihan Jururawat Masyarakat 

Jantina: Perempuan sahaja 
Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan 
Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia 
Tempat Latihan:
       1. Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
       2. Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
       3. Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
       4. Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
       5. Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
       6. Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
       7. Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
       8. Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
       9. Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
      10. Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah
Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan: 
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

2) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian 

Jantina: Perempuan sahaja 
Tempoh Latihan: 2 tahun 
Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia 
Tempat Latihan: 
Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
Kelayakan: 
Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan: 
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

 3) Latihan Pembantu Kesihatan Awam  

Jantina: Lelaki sahaja 
Tempoh Latihan: 2 tahun 
Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia 
Tempat Latihan: 
       1) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
       2) Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu
Kelayakan: 
Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan: 
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Bagi calon-calon temuduga yang masih tercari-cari panduan menghadapi temuduga separa perubatan, maka anda boleh mendapatkan rujukan lengkap dan tips temuduga separa perubatan di DISINI--Sila Klik Link ini: Panduan dan Tips Temuduga Separa Perubatan 2015



Thursday, October 1, 2015

Rumah Tradisional Johor

Rumah tradisional Johor yang ingin saya ceritakan di sini bukanlah rumah yang asing bagi saya semenjak mendirikan rumah tangga. Rumah yang menjadi saksi majlis perkahwinan saya dan Cik Lan lima tahun lepas ini merupakan rumah pusaka ibu mertua saya dan adik beradiknya dan kini didiami oleh Tuan Jamil iaitu abang kepada ibu mertua saya. Rumah yang sangat istimewa ini juga menjadi tempat berkumpul adik-beradik dan sanak saudara ketika hari raya, cuti sekolah dan hujung minggu. Ianya juga menjadi tempat berlangsungnya pelbagai majlis atau kenduri kendara keluarga sebelah ibu mertua saya.
Rumah Tradisional Johor
Rumah tradisional ini terletak di Pekan Simpang Lima, Batu Pahat, Johor

Pandangan tepi rumah


Rumah LamaTradisional Johor ini mempunyai 2 bahagian utama iaitu bahagian atas dan bawah.


Tangga kayu hadapan bahagian atas rumah
Rumah Tradisional Johor

Rumah tradisional Johor ini juga terletak di atas sekeping tanah yang agak luas beserta lanskap pepohon buah-buahan yang pelbagai seperti pokok buah mata kucing, rambutan, sukun,  pisang,  kelapa, manggis,  kuini/bacang, ubi dan mangga

Rumah Tradisional Johor
Rumah ini juga kini turut menjadi tempat permainan Damia setiap kali pulang ke kampung (jika berkesempatan). Disinilah tempat Damia bermain layang-layang, basikal, badminton, tiup Bubble dan golf...hahaha..Golf ok! Habis rosak kayu golf Atuk Khalid Mia pukul atas batu..

Rumah Tradisional Johor
Ini pula pandangan dalam rumah di bahagian atas. Bahagian atas rumah adalah satu ruang utama yang kebiasaannya  digunakan jika terdapat majlis keramaian seperti kenduri kendara, majlis marhaban dan ketika berkumpul dengan sanak saudara sahaja. Kebiasaannya, jika tiada sebarang majlis atau kenduri bahagian atas rumah ini akan ditutup...
Rumah Tradisional Johor
Posing la satu gambar. Jarang dapat naik atas ni..haha
Rumah Tradisional Johor
Damia pun nak jugak posing...ecehceh...

 Inilah pula adalah pintu masuk ke ruang utama bahagian atas yang memisahkan antara bahagian atas dan bawah rumah dimana pintu ini akan dikunci jika tiada sebarang majlis diadakan...

Rumah Tradisional Johor
Rumah Tradisional Johor

Tak sangka pulak bila dah ambik gambar, cantik jugak rumah ni sebenarnya.
 Bila buat gambar lama macam ni, nampak macam Balai Polis Bukit Kepong (dalam filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Samsudin)  pun ada.

Sekian sahaja entri mengenai Rumah Tradisional Johor kali ini. Cik Lan kata letak la kat blog, mana tau
Mamat Khalid berminat nak buat penggambaran kat sini..Haha. Mimpi la Cik Lan ni.
Tapi siapa tahu kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno