Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, October 1, 2015

Rumah Tradisional Johor

Rumah tradisional Johor yang ingin saya ceritakan di sini bukanlah rumah yang asing bagi saya semenjak mendirikan rumah tangga. Rumah yang menjadi saksi majlis perkahwinan saya dan Cik Lan lima tahun lepas ini merupakan rumah pusaka ibu mertua saya dan adik beradiknya dan kini didiami oleh Tuan Jamil iaitu abang kepada ibu mertua saya. Rumah yang sangat istimewa ini juga menjadi tempat berkumpul adik-beradik dan sanak saudara ketika hari raya, cuti sekolah dan hujung minggu. Ianya juga menjadi tempat berlangsungnya pelbagai majlis atau kenduri kendara keluarga sebelah ibu mertua saya.
Rumah Tradisional Johor
Rumah tradisional ini terletak di Pekan Simpang Lima, Batu Pahat, Johor

Pandangan tepi rumah


Rumah LamaTradisional Johor ini mempunyai 2 bahagian utama iaitu bahagian atas dan bawah.


Tangga kayu hadapan bahagian atas rumah
Rumah Tradisional Johor

Rumah tradisional Johor ini juga terletak di atas sekeping tanah yang agak luas beserta lanskap pepohon buah-buahan yang pelbagai seperti pokok buah mata kucing, rambutan, sukun,  pisang,  kelapa, manggis,  kuini/bacang, ubi dan mangga

Rumah Tradisional Johor
Rumah ini juga kini turut menjadi tempat permainan Damia setiap kali pulang ke kampung (jika berkesempatan). Disinilah tempat Damia bermain layang-layang, basikal, badminton, tiup Bubble dan golf...hahaha..Golf ok! Habis rosak kayu golf Atuk Khalid Mia pukul atas batu..

Rumah Tradisional Johor
Ini pula pandangan dalam rumah di bahagian atas. Bahagian atas rumah adalah satu ruang utama yang kebiasaannya  digunakan jika terdapat majlis keramaian seperti kenduri kendara, majlis marhaban dan ketika berkumpul dengan sanak saudara sahaja. Kebiasaannya, jika tiada sebarang majlis atau kenduri bahagian atas rumah ini akan ditutup...
Rumah Tradisional Johor
Posing la satu gambar. Jarang dapat naik atas ni..haha
Rumah Tradisional Johor
Damia pun nak jugak posing...ecehceh...

 Inilah pula adalah pintu masuk ke ruang utama bahagian atas yang memisahkan antara bahagian atas dan bawah rumah dimana pintu ini akan dikunci jika tiada sebarang majlis diadakan...

Rumah Tradisional Johor
Rumah Tradisional Johor

Tak sangka pulak bila dah ambik gambar, cantik jugak rumah ni sebenarnya.
 Bila buat gambar lama macam ni, nampak macam Balai Polis Bukit Kepong (dalam filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Samsudin)  pun ada.

Sekian sahaja entri mengenai Rumah Tradisional Johor kali ini. Cik Lan kata letak la kat blog, mana tau
Mamat Khalid berminat nak buat penggambaran kat sini..Haha. Mimpi la Cik Lan ni.
Tapi siapa tahu kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno