Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, November 30, 2015

Tempat makan Best| Cuppacake Blicious Restaurant Batu Pahat

Bagi sesiapa yang berada di sekitar Batu Pahat dan teringin nak makan kek dan ais krim, anda boleh singgah di The Cake Boutique Cuppacake Blicious. Selain kek, terdapat pelbagai jenis makanan lain dijual disini.

Lokasi Cuppacake Blicious terletak di alamat di bawah:
No 39, Jalan Flora Utama 5, Taman Flora Utama,
83000 Batu Pahat, Johor

                                               The Cake Boutique Cuppacake Blicious

Pelbagai jenis kek dijual disini

Pelbagai Jenis Makanan


Antara menu utama di Cuppake Restaurant ialah Nasi Lemak. Mereka menyediakan pelbagai jenis nasi lemak berlauk seperti Nasi Lemak Udang Galah, Nasi Lemak Ikan Siakap, Nasi Lemak Udang Tepung, Nasi Lemak Ayam Goreng dan pelbagi jenis lauk yang lain.

 Nasi Lemak pelbagai lauk

 Asam Padas dan Kari Kepala Ikan

 Laksa Johor dan Laksa Penang

 Pencuci Mulut :- Serawa Durian, Sago Gula Melaka, Pisang Cheeze Cramel, Brownies with Ice Cream

Specialty menu : MESSY MILKSHAKE....Ada 4 jenis milkshake kat sini. Boleh tengok gambar atas ni ye..

Apa Yang Kami Makan Disini?

Waktu tu sebenarnya baru je lepas makan mee racun (boleh baca tentang mee racun DISINI), so perut ni kenyang lagi. Kitaorang order Messy MilkShake dan kek je..

~  Brownies Chocolate Messy Milkshake ~

~ Chocolate Brownies Cake ~


Semangat dan beriya-iya betul Damia makan kek. Lepas ni kalau balik Batu Pahat lagi kitaorang nak order Nasi Lemak berlauk pula di Cuppacake Blicious Restaurant Batu Pahat.


Saturday, November 28, 2015

Tempat Makan Best| Asam Pedas Tanjung Agas Muar

Johor sememangnya terkenal dengan masakan asam pedasnya yang mempunyai pelbagai "gelaran". Antara daerah di Johor yang terkenal dengan masakan asam pedas ialah Batu Pahat dan Muar. Jika di Muar, tempat orang ramai bertumpu untuk mencari asam pedas yang sedap ialah di Tanjung Agas dan Parit Jawa. Kali ini kami berpeluang untuk mencuba masakan asam pedas di Tanjung Agas, Muar Johor.

Lokasi & Waktu Operasi

Lokasi asam pedas Tanjung Agas Muar terletak di Medan Selera Tanjung Agas, berhadapan dengan Taman Awam Tanjung Agas

Waktu operasi: Jam 11 pagi - 3 petang

                                         Taman awam yang menghijau dengan landskapnya

Landskap yang menghijau ini sangat santai dan menenangkan. Terdapat juga lokomotif kepala kereta api yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu.

 Taman awam Tanjung Agas Muar terletak berdepan dengan Sungai Muar...Sempat jugak Damia n Mama berposing..

Pelbagai Pilihan Asam Pedas

Hampir kesemua kedai makan di sini menjual juadah asam pedas yang pelbagai jenis termasuklah asam pedas ikan merah, kembung, cencaru, jenahak, mayong dan pari.

Setiap kedai akan meletakkan periuk besar berisi asam pedas di hadapan kedai dan pelanggan bebas memilih asam pedas kegemaran mereka.

 Medan selara Tanjung Agas Muar

 Terdapat banyak kedai menjual asam pedas ketika waktu tengah hari. Kena pandai-pandai pilih la ye yang mana berkenan dengan selera korang. Kitaorang pilih Gerai Asam Pedas No 10 sebab gerai tu pernah mendapat liputan Rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV 3
Asam Pedas Tanjung Agas Muar

~ Asam pedas telur ikan tenggiri ~

 tempat makan best Muar
 ~ Asam pedas ikan mayong ~

Saya suka makan asam pedas dengan kicap. Cik Lan pulak suka makan dengan telur dadar

Terliur tak tengok kitaorang makan asam pedas Muar? Hehe..Apalagi, cuti-cuti sekolah ni bawalah anak-anak bercuti ke Muar. Dapatla merasa Asam Pedas Muar yang best ni!

Thursday, November 26, 2015

Tempat Makan Best| Mee Racun Batu Pahat

Mee racun merupakan salah satu menu yang terkenal di Batu Pahat, Johor. Masa saya baru kahwin dengan Cik Lan, berkerut juga dahi ni bila dia sebut pasal mee racun. Saya terbayang mee yang berwarna hitam. Kenapa hitam? Yela, racun tu kan satu benda yang tak elok. So hitam la..Contoh bila sebut Black Magic, Black Metal..kan semua benda tu warna hitam. Abaikan imaginasi saya yang mengarut tu...Hehe

Kedai Mee Racun yang  dimaksudkan ni terletak dalam medan selera Jalan Sultanah, berdekatan dengan Balai Bomba Batu Pahat. Tapi ada orang kata, medan selera ni terletak di belakang balai bomba.

Alamat Lokasi:

Medan Selera Jalan Sultanah
Jalan Sultanah, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peta lokasi Pertama Gerai Mee Racun Batu Pahat

Mee Racun Batu Pahat
 ~ Mee Racun Tulang Special (Bone Stik) ~

Inilah dia mee racun yang saya maksudkan tadi. Jauh betul dari gambaran otak ni. Tak hitam pun!

Sebenarnya ramuan asas kuah mee racun ni daripada sos cili. Malah air rebusan tulang dan isi kambing juga dijadikan salah satu bahan perisa utamanya. So, kuah mee racun memang berasa masam-masam manis sos serta berasa kambing. Dan ada isi daging kambing jugak. Kalau nak yang sedap, bolehlah order mee racun special (Bone Stik). Memang sedap. Saya yang tak berapa suka makan kambing pun boleh makan kambing kat sini..

Mee Racun Batu Pahat
Damia tak payah cakap la, memang dia suka makan kambing. Tengoklah dia, beriya-iya menyedut isi kat tulang tu. Beriya betul!

Sebenarnya ada beberapa lagi lokasi Mee Racun yang sedap di Batu Pahat ni. Tapi korang boleh try Mee Racun kat Jalan Sultanah ni dulu. Kalau ada kesempatan makan mee racun di tempat lain saya akan update lagi ye..

Lokasi Ke- 2 Mee Racun Batu Pahat

Lokasi kedua gerai Mee Racun Batu Pahat ni terletak di Jalan Timah Hitam off Jalan Timah Sari, Batu Pahat Johor. Lokasi kedai Mee Racun Batu Pahat ni terletak berdepan dengan Maybank dan bersebelahan dengan City 88 Hotel.

Mee Racun
No. 2, Jalan Timah Hitam
Kampung Kenangan Dato Onn
83000 Batu Pahat
Johor.

Peta Lokasi ke-2 "Gerai Mee Racun Baru Pahat"


Kalau korang nak tau rasa mee racun ni adalah sama untuk lokasi pertama di Medan Selera Jalan Sultanah dengan Lokasi Ke-2 di Jalan Timah Hitam. Ini disebabkan kedua-dua cawangan ni diusahakan oleh adik beradik yang sama. Cuma di Lokasi Ke-2 (Terletak di Jalan Timah Hitam) ni mendapat sambutan lebih sebab mendapat pilihan dari salah satu program di televisyen seperti Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan Jom Sarapan TV3. Apapun bagi Cik Lan yang memang merupakan orang Batu Pahat, Mee Racun Batu Pahat ni memang spesial dan unik dari segi rasanya..

 ~ Mee Racun Tulang  ~

Gambar adik ipar saya yang pertama kali mencuba Mee Racun Tulang

Wednesday, November 25, 2015

Aktiviti Tadika Little Caliph Cuti Sekolah

Dah lama rasanya tak update aktiviti Damia kat sekolah. Sekarang ni kan cuti sekolah dah mula. Mana-mana parents yang bekerja, still terpaksa hantar anak ke sekolah. Nak buat macam mana. Nasib baik lah Tadika Little Caliph ada sediakan Day Care. Kalau tak, jenuh jugak la nak kena cari servis day care kat tempat lain. 

Macam-macam aktiviti diaorang buat kat sekolah waktu cuti ni. Aktiviti yang agak santai dan bebas. Belajar sambil bermain. Seronoklah diaorang..

Jom kita tengok aktiviti apa yang teacher kat Little Caliph ni conduct!

Tadika Little Caliph

 Aktiviti warnakan snail n rabbit..Warnakan keratan snail n rabbit yang teacher dah gunting

Tadika Little Caliph
Lepas dah siap, pakai la kostum kepala haiwan masing-masing! Cute je budak-budak ni..

Tadika Little Caliph
Cuba cari mana Damia?


Hari ni pulak diaorang belajar buat sandwich..

Tadika Little Caliph
 Damia, nape muka tu masam sangat? Mama tau la Mia tak suka sardin...Haha

Tadika Little Caliph

Tadika Little Caliph

Tadika Little Caliph

Bergambar dengan sandwich masing-masing...

Ada aktiviti lagi nanti upload gambar ye teacher...Tadika Little Caliph Best!!!

Tuesday, November 24, 2015

Restoran Duyung Grand Lexis Port Dickson

Ini pula sambungan cerita kami yang bercuti "short vacation" di Grand Lexis tempoh hari. Disebabkan Cik Lan dah upload gambar, maka terpaksalah saya buat satu cerita juga. Haha.

Nak dijadikan cerita, disebabkan kitaorang tersangatlah excited mandi private pool, perut pun tak terasa lapar sampai tak teringat pun nak makan. Hari pertama apabila sampai, terus mandi dan mandi dan mandi, berendam dalam kolam dengan gaya renang yang entah apa-apa. Boleh baca kisah dan aktiviti kami di Grand Lexis DISINI.

Grand Lexis Port Dickson
Restoran Duyung (Duyung Restaurant), Grand Lexis Port Dickson

Hari kedua barulah kitaorang keluar dari bilik (tu pun sebab nak check out) dan laparnya rasa! So, sebelum balik, makan dulu di Restoran Duyung. Layanan 5 star hotel yang memang best!
boleh katakan sepanjang kitaorang bercuti di Grand Lexis PD ni, layanan staff hotel ni memang
 tip top..(Sambil tunjuk Jempol)

Grand Lexis Port Dickson
Menunggu makanan..Bila la nak sampai ni..

Sambil menunggu kami diberi roti bun beserta mentega secara percuma..
Makanlah bun buat alas perut dulu..ngeh..ngeh..

Grand Lexis Port Dickson
Alhamdulillah, sampai juga makanan akhirnya. 
Bergambar sebelum makan. Perut dah lapar teramat sangat waktu ni..

Antara makanan yang kami order..

 Sirloin Steak - Medium rare cook

Kuey Tiow Goreng

Spaghetti Aglio Olio

Nasi Goreng Kampung

Masakannya sedap. Yang paling penting, layanan di Restoran Duyung Grand Lexis tip top...




Monday, November 23, 2015

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

What, mengopi lagi dua beranak ni dan kali ni di Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam! Eeei geramnya tengok gambar diaorang makan. Dah la makan senyap-senyap tak ajak mama, berani pulak tu nak share gambar kat post mama ni..Haha.

Kalau nak tau, gambar-gambar dalam blog ni semuanya Cik Lan yang upload. Saya tinggal tulis je. So masa nak tulis entri hari ni tiba-tiba tengok ada gambar diaorang makan berdua tanpa saya. Ni mesti kes, "Ayah, Mia lapar...". 

Cafe 83 Shah Alam

Cafe 83 Shah Alam
Jom kita tengok apa yang diaorang makan berdua di Cafe 83 Shah Alam ni..

Cafe 83 Shah Alam
~ Cappucino n Brawnies Cake Ice-Cream ~

Ooo...makan brownies ye...Sedapnya..
Takpe-takpe..next time kena bawa mama pulak makan sini ea..

Ya Allah Si Amoi ni. Comotnya makan..

Tamat sesi kedua makan tanpa mama di Cafe 83..

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno