Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, November 16, 2015

ABC Tembikai, Parit Sulong, Batu Pahat

Sekarang ni saya perasan terdapat pelbagai trend makanan yang "presentation" nya pelik-pelik sedikit. Antaranya seperti makan ais krim dalam lesung batu (Bustel Melaka), ais krim dalam pasu bunga (Ais Krim Pasu), minum kopi dalam kelalang kon makmal (Chemisry Lab), nasi lemak dimakan dengan sotong besar (Nasi Lemak Cik Chom) dan pelbagai lagi persembahan makanan yang pelik-pelik tetapi sangat menarik dan mampu memukau pelanggan ke kedai mereka. Trend persembahan yang pelik ni sememangnya telah terbukti membantu menaikkan nama perniagaan peniaga-peniaga makanan tersebut.

abc tembikai batu pahat
~ ABC Tembikai ~

Terbaru, kami mencuba air batu campur (ABC) yang dihidangkan dalam buah tembikai! Ya, sebiji buah tembikai dibelah 2 dan diletakkan ABC didalamnya.
Harga ABC tembikai ni RM5.00 untuk separuh.

Gerai ABC Tembikai yang dimaksudkan terletak di Parit Sulong, Batu Pahat Johor. Lokasi ABC Tembikai ini betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis Parit Sulong dan berhadapan dengan Green Point Parit Sulong, Batu Pahat

Sedapnya kalau dapat minum ABC ketika waktu cuaca panas...


Pelanggan silih berganti mengunjungi gerai ABC Tembikai, barangkali kerana keunikan ABC yang dihidangkan di dalam buah tembikai. Jangan salah faham, ABC yang dijual bukanlah setakat ABC yang diletakkan ke dalam kulit tembikai kerana sebahagian isi tembikai yang telah dikeluarkan turut dihidangkan di dalam bekas yang berasingan beserta asam limau...

abc tembikai batu pahat
Memang puaslah makan tembikai dan ABC sampai perut sebu. Haha

abc tembikai batu pahat

Pada kami, rasa ABC tembikai ni sama je dengan ABC yang lain. Bezanya cuma terletak pada kuantiti/ saiz ABC yang disediakan. Saiznya jauh lebih besar berbanding ABC yang biasa dan kali ini anda pastinya akan "kenyang air " kerana makan terlalu banyak tembikai pada suatu jangka masa yang pendek...

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno