Kitaorang sebenarnya dah lama nak try Pirate Coffee sebab tengok kat Facebook ramai yang sanggup berpanas dan berhujan beratur untuk dapatkan Pirate Coffee ni. Ramai yang kata best, setanding dengan kopi Starbuck. Emm..tu yang teringin jugak nak cuba..
Puas kami Google lokasi Pirate Coffee Kluang dan Batu Pahat tapi tak jumpa kat mana lokasi Pirate Coffee yang sebenarnya sebab tak dinyatakan dengan jelas lokasi mereka ketika kami Google. So, bila dah jumpa tu, memang saya nak stress kan kat blog ni mengenai lokasi Pirate Coffee Kluang dan Batu Pahat.
Lokasi Pirate Coffee Kluang terletak berhadapan dengan Giant Taman Intan, Kluang. Kami tidak berkesempatan pergi di sini, tetapi maklumat ni diberikan sendiri oleh pemilik Facebook Page Pirate Coffee Kluang. So, anda mungkin boleh percaya.
Tetapi yang saya boleh pastikan dengan anda ialah mengenai lokasi Pirate Coffee Batu Pahat sebab kitaorang pergi yang kat sini iaitu di Dataran Batu Pahat, berdekatan dengan Menara Jam. Di Parit Raja Batu Pahat juga terdapat satu lagi cawangan Gerai Pirate Coffee tetapi saya juga tidak boleh pastikan dengan betul lokasi sebenarnya kerana saya sendiri belum pernah sampai di cawangan Parit Raja. Saya akan update semula informasi ni jika telah ke sana ye.
Semasa menunggu, sempat juga saya merakamkan aksi dan gelagat mereka membuat Pirate Coffee.
Jika di cawangan Bandar Batu Pahat, anda perlu terlebih dahulu menulis air yang anda mahukan di atas sekeping kertas yang telah disediakan dan klipkan kertas order tersebut di bahagian kanan tali. Ingat, bahagian kiri ialah bahagian orang yang dah sampai n menunggu lama sebelum anda. Jangan pula salah letak, nanti orang lain akan marah sebab anda dah potong queue diaorang. Saya pesan awal-awal sebab saya sendiri tersalah letak mula-mula.
Haha. Patutla rasa macam orang tengok semacam je..Sebab sampai lambat tapi nama dah dipanggil dulu. Lepas nama dipanggil tu, tiba-tiba si tukang bancuh kopi tu tanya, akak baru sampai kan?
Saya: Aah..
Tukang bancuh kopi: Yang baru sampai kena klip kertas order kat sebelah kanan kak..(sambil tangan dia alihkan kertas order saya kat sebelah kanan)
Saya: Sorry tak tahu..
Maka, menunggulah saya seperti mereka dalam hujan rintik-rintik tu..Mana tau, takde orang bagitau pun kena letak order kat sebelah kanan. Ni saya dah bagitau, korang jangan cuba-cuba potong queue pulak ye..Hehe
~ Pirate Coffee ~
So, bagi sesiapa yang masih belum try Pirate Coffee, bolehlah cuba dapatkannya di gerai-gerai yang berhampiran dengan anda. Selamat mencuba Pirate Coffee si mata tutup sebelah!
No comments:
Post a Comment