Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, November 13, 2015

Mee Bandung Odeon Batu Pahat

Batu Pahat agak terkenal dengan syurga makanan terutamanya Mee Bandung. Lebih lebih lagi bila sebut Mee Bandung Odeon. Boleh dikatakan penduduk Batu Pahat sudah boleh membayangkan dimana lokasi dan bagaimana rasa mee bandung tersebut. Rasa Mee Bandung Odeon agak berlainan daripada Mee Bandung Muar yang berasaskan udang. Kuah Mee bandung Odeon ni berasaskan kacang...
memang agak lain dari mee Bandung Muar.

Gerai "Mee Bandung Odeon" Batu Pahat terletak dalam Gerai Makan Jalan Jenang, di Jalan Jenang berhadapan dengan Hotel Garden..Hah kalau korang nak kesini cari saja landmark Hotel Garden..

Nama Odeon sebenarnya diambil bersempena dengan nama sebuah panggung wayang lama yang terdapat di Jalan Jenang ni...Jadi, nama Odeon sudah melekat dan sebati dengan gerai makan ni. 

Kalau orang tanya,"Kau nak makan kat mana tu?".
 Kita jawab "Makan kat Odeon". 
Itulah tempatnya (gambar atas). Odeon = Gerai Makan Jalan Jenang.



Sebenarnya di tapak ni terdapat banyak gerai makan dan pelbagai jenis masakan ada dijual di sini. Kebanyakannya di sini kedai menjual mee bandung..

Tempat makan juga banyak, cukup untuk menampung bilangan pelanggan yang ramai pada sesuatu masa.

~  Mee Bandung Odeon ~

Inilah rupa Mee bandung Odeon. Kuahnya diperbuat dari kacang dan rasanya seperti mee kacang (berasaskan kacang, bukan udang) dan agak lemak sedikit serta sedikit pedas..Tapi kalau nak lebih pedas boleh makan bersama cili jeruk potong atau sos tomato. Rencah utamanya seperti telur, daging dan sayur.

Mee Bandung Pak Leh Odeon. Tu nama  gerai mee bandung yang kami makan. Gerai lain pun ada juga jual mee bandung. Tapi mak dan bapa mentua saya yang suka makan kat gerai ni. Korang boleh try sendiri, mana satu yang lebih sesuai dengan citarasa korang ye



Tapi bagi saya, saya lebih sukan rasa mee bandung Muar yang berasaskan udang. Mee Bandung Odeon yang berasa kacang ini sangat tidak bertepatan dengan selera saya dan Cik Lan. Bergantung kepada individu. Apapun, Mee Bandung Odeon punya penggemar dan peminat sejatinya yang tersendiri
terutamanya orang lama dari Batu Pahat..

Selamat Mencuba.....

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno