Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, November 26, 2015

Tempat Makan Best| Mee Racun Batu Pahat

Mee racun merupakan salah satu menu yang terkenal di Batu Pahat, Johor. Masa saya baru kahwin dengan Cik Lan, berkerut juga dahi ni bila dia sebut pasal mee racun. Saya terbayang mee yang berwarna hitam. Kenapa hitam? Yela, racun tu kan satu benda yang tak elok. So hitam la..Contoh bila sebut Black Magic, Black Metal..kan semua benda tu warna hitam. Abaikan imaginasi saya yang mengarut tu...Hehe

Kedai Mee Racun yang  dimaksudkan ni terletak dalam medan selera Jalan Sultanah, berdekatan dengan Balai Bomba Batu Pahat. Tapi ada orang kata, medan selera ni terletak di belakang balai bomba.

Alamat Lokasi:

Medan Selera Jalan Sultanah
Jalan Sultanah, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peta lokasi Pertama Gerai Mee Racun Batu Pahat

Mee Racun Batu Pahat
 ~ Mee Racun Tulang Special (Bone Stik) ~

Inilah dia mee racun yang saya maksudkan tadi. Jauh betul dari gambaran otak ni. Tak hitam pun!

Sebenarnya ramuan asas kuah mee racun ni daripada sos cili. Malah air rebusan tulang dan isi kambing juga dijadikan salah satu bahan perisa utamanya. So, kuah mee racun memang berasa masam-masam manis sos serta berasa kambing. Dan ada isi daging kambing jugak. Kalau nak yang sedap, bolehlah order mee racun special (Bone Stik). Memang sedap. Saya yang tak berapa suka makan kambing pun boleh makan kambing kat sini..

Mee Racun Batu Pahat
Damia tak payah cakap la, memang dia suka makan kambing. Tengoklah dia, beriya-iya menyedut isi kat tulang tu. Beriya betul!

Sebenarnya ada beberapa lagi lokasi Mee Racun yang sedap di Batu Pahat ni. Tapi korang boleh try Mee Racun kat Jalan Sultanah ni dulu. Kalau ada kesempatan makan mee racun di tempat lain saya akan update lagi ye..

Lokasi Ke- 2 Mee Racun Batu Pahat

Lokasi kedua gerai Mee Racun Batu Pahat ni terletak di Jalan Timah Hitam off Jalan Timah Sari, Batu Pahat Johor. Lokasi kedai Mee Racun Batu Pahat ni terletak berdepan dengan Maybank dan bersebelahan dengan City 88 Hotel.

Mee Racun
No. 2, Jalan Timah Hitam
Kampung Kenangan Dato Onn
83000 Batu Pahat
Johor.

Peta Lokasi ke-2 "Gerai Mee Racun Baru Pahat"


Kalau korang nak tau rasa mee racun ni adalah sama untuk lokasi pertama di Medan Selera Jalan Sultanah dengan Lokasi Ke-2 di Jalan Timah Hitam. Ini disebabkan kedua-dua cawangan ni diusahakan oleh adik beradik yang sama. Cuma di Lokasi Ke-2 (Terletak di Jalan Timah Hitam) ni mendapat sambutan lebih sebab mendapat pilihan dari salah satu program di televisyen seperti Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan Jom Sarapan TV3. Apapun bagi Cik Lan yang memang merupakan orang Batu Pahat, Mee Racun Batu Pahat ni memang spesial dan unik dari segi rasanya..

 ~ Mee Racun Tulang  ~

Gambar adik ipar saya yang pertama kali mencuba Mee Racun Tulang

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno