Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, November 12, 2015

Ostrich Farm Port Dickson

Selama ni saya tak pernah tahu pun tentang Ostrich Farm yang terletak di Port Dickson sehinggalah cuti Raya Haji yang lepas kitaorang buat keputusan untuk tidak berhari raya di kampung sebab ibu nak beraya kat rumah kitaorang. Pagi raya tu, lepas siap masak kami terus ke Port Dickson.

Ostrich Farm terletak di Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan.

Ni alamat penuh PD Ostrich Farm:

PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan kemang 13,
Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson


Harga tiket masuk ke sini ialah RM 13 untuk dewasa, manakala RM 8 untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun. Kalau nak beli makanan haiwan seperti (serbuk dedak) dan daun-daun akan dikenakan bayaran yang berlainan.


Sejujurnya saya rasa tempat ni sangat sesuai untuk percutian keluarga kerana kita dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat dengan haiwan-haiwan di sini. Sangat sesuai juga untuk kanak-kanak seperti Damia yang baru hendak mengenal haiwan. Selalunya tengok gambar kat buku je kan Damia..

Antara haiwan yang ada di sini ialah kambing, ostrich, iguana, ular, arnab, ayam, unta,


Ostrich yang jinak. Jinak macam mana pun saya tetap takut nak dekat. Cik Lan selamba je bagi ostrich makan menggunakan tangan. Kata Cik Lan masa dia patuk tu rasanya geli-geli jer...hehehe


Dan yang paling tak best Cik Lan seboleh-boleh paksa saya bagi Ostrich tu makan. Mau tak menangis depan tu? Huhu. kena buli ngan Cik Lan..Cik Awa yang takut tu pun sempat posing gaya comel bagi Ostrich makan walau dalam hati menjerit-jerit tak nak buat (gambar bawah). Haha

Damia pulak berani main dan pegang arnab je..


Ini pulak aksi memijak telur burung unta atau ostrich. Kulit telur yang sangat keras dan mampu menampung berat sehingga 100 kg! Amazing! Opps, tapi Cik lan still tak boleh pijak, takut pecah. terlebih muatan! Haha..Sorry Cik Lan.


Aksi yang ni lagi saya tak berani buat. Cik lan ni berani sangat dengan binatang. Letak ular kat leher? Eei...tak snggup nak buat. Geli..!!

Si Anis ni pun berani pegang ular n iguana..
Yup, memang seronok datang sini kalau nak bawa anak-anak mengenal haiwan. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang kami tak buat sebab yang tu ada pakej Advanced dan lagi ekstrem daripada pakej yang kitaorang ambik ni. Bawalah anak-anak datang ke Ostrich Farm Port Dickson kalau korang dah tak tahu nak pergi mana lagi ye..

Maklumat yang lebih terperinci tentang Ostrich Farm PD ni boleh baca di sini--> PD Ostrich Farm info dan ini pula website rasmi PD Ostrich Farm www.pdostrichfarm.com

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno