Ini pula sambungan cerita kami yang bercuti "short vacation" di Grand Lexis tempoh hari. Disebabkan Cik Lan dah upload gambar, maka terpaksalah saya buat satu cerita juga. Haha.
Nak dijadikan cerita, disebabkan kitaorang tersangatlah excited mandi private pool, perut pun tak terasa lapar sampai tak teringat pun nak makan. Hari pertama apabila sampai, terus mandi dan mandi dan mandi, berendam dalam kolam dengan gaya renang yang entah apa-apa. Boleh baca kisah dan aktiviti kami di Grand Lexis DISINI.
Restoran Duyung (Duyung Restaurant), Grand Lexis Port Dickson
Hari kedua barulah kitaorang keluar dari bilik (tu pun sebab nak check out) dan laparnya rasa! So, sebelum balik, makan dulu di Restoran Duyung. Layanan 5 star hotel yang memang best!
boleh katakan sepanjang kitaorang bercuti di Grand Lexis PD ni, layanan staff hotel ni memang
tip top..(Sambil tunjuk Jempol)

Menunggu makanan..Bila la nak sampai ni..
Sambil menunggu kami diberi roti bun beserta mentega secara percuma..
Makanlah bun buat alas perut dulu..ngeh..ngeh..
Alhamdulillah, sampai juga makanan akhirnya.
Bergambar sebelum makan. Perut dah lapar teramat sangat waktu ni..
Antara makanan yang kami order..
Sirloin Steak - Medium rare cook
Kuey Tiow Goreng
Spaghetti Aglio Olio
Nasi Goreng Kampung
Masakannya sedap. Yang paling penting, layanan di Restoran Duyung Grand Lexis tip top...
No comments:
Post a Comment