Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, November 28, 2015

Tempat Makan Best| Asam Pedas Tanjung Agas Muar

Johor sememangnya terkenal dengan masakan asam pedasnya yang mempunyai pelbagai "gelaran". Antara daerah di Johor yang terkenal dengan masakan asam pedas ialah Batu Pahat dan Muar. Jika di Muar, tempat orang ramai bertumpu untuk mencari asam pedas yang sedap ialah di Tanjung Agas dan Parit Jawa. Kali ini kami berpeluang untuk mencuba masakan asam pedas di Tanjung Agas, Muar Johor.

Lokasi & Waktu Operasi

Lokasi asam pedas Tanjung Agas Muar terletak di Medan Selera Tanjung Agas, berhadapan dengan Taman Awam Tanjung Agas

Waktu operasi: Jam 11 pagi - 3 petang

                                         Taman awam yang menghijau dengan landskapnya

Landskap yang menghijau ini sangat santai dan menenangkan. Terdapat juga lokomotif kepala kereta api yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu.

 Taman awam Tanjung Agas Muar terletak berdepan dengan Sungai Muar...Sempat jugak Damia n Mama berposing..

Pelbagai Pilihan Asam Pedas

Hampir kesemua kedai makan di sini menjual juadah asam pedas yang pelbagai jenis termasuklah asam pedas ikan merah, kembung, cencaru, jenahak, mayong dan pari.

Setiap kedai akan meletakkan periuk besar berisi asam pedas di hadapan kedai dan pelanggan bebas memilih asam pedas kegemaran mereka.

 Medan selara Tanjung Agas Muar

 Terdapat banyak kedai menjual asam pedas ketika waktu tengah hari. Kena pandai-pandai pilih la ye yang mana berkenan dengan selera korang. Kitaorang pilih Gerai Asam Pedas No 10 sebab gerai tu pernah mendapat liputan Rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV 3
Asam Pedas Tanjung Agas Muar

~ Asam pedas telur ikan tenggiri ~

 tempat makan best Muar
 ~ Asam pedas ikan mayong ~

Saya suka makan asam pedas dengan kicap. Cik Lan pulak suka makan dengan telur dadar

Terliur tak tengok kitaorang makan asam pedas Muar? Hehe..Apalagi, cuti-cuti sekolah ni bawalah anak-anak bercuti ke Muar. Dapatla merasa Asam Pedas Muar yang best ni!

1 comment:

  1. saya rasa ni tanjung mas, Tanjung agas di kawasan masjid sultan ismail

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno