Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, November 15, 2015

Tone Excel|Cara Buat Duit dan Menjana Pendapatan Sampingan Melalui Handphone

Mungkin anda tahu, mungkin juga anda tidak tahu dan tidak sedar bahawa selama ini saya menjana pendapatan sampingan melalui dunia penulisan iaitu menerusi servis saya sebagai seorang Ghost Writer. Kerja-kerja Ghost Writer sememangnya memerlukan kebolehan seseorang untuk memahami kandungan dan maklumat yang telah diberikan oleh pelanggan untuk menjadikannya sebuah buku lengkap milik mereka. 

Bagi menjadikan proses pemahaman maklumat ini tepat, seseorang ghost writer pada saya harus mempunyai "bird' view" atau "helicopter view" yang membolehkannya melihat kesemua maklumat ini sebagai satu proses yang menyeluruh supaya dari situ seni penulisannya akan tersusun dan mudah difahami pembaca.

Saya sangat suka akan kerja sambilan yang saya lakukan ini kerana dari situ saya berpeluang menimba ilmu baru yang bukan dari bidang saya. Saya berfikiran begini, jika saya dapat membantu orang lain dengan kebolehan menulis yang diberikan ini, maka kenapa tidak saya teruskan sahaja? Walaupun tanpa nama saya dibuku mereka, saya tetap puas kerana dapat menulis. Saya puas kerana jika penulisan saya bagus, ilmu tersebut akan sampai kepada pembaca. Jika penulisan saya bagus, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ghost writer dari saya akan mampu menjual buku mereka setelah melakukan promosi yang betul. 

Kepuasan diri sendiri membuatkan saya masih menulis dan menjadi ghost writer sehingga kini walaupun saya terpaksa bekerja "lebih masa". Lebih masa kerana pada waktu "office hour" saya melakukan kerja hakiki saya. Seawal pagi saya akan bangun untuk menulis (idea banyak waktu pagi) dan di kala orang lain bercuti dan berehat di hujung minggu, saya akan menghadap komputer menyiapkan sebuah buku. Sebosan itu ke hidup saya? Haha. Tidaklah seteruk itu, saya juga punya masa bersama keluarga yang menyeronokkan. Ada Cik Lan yang suka jalan-jalan cari makan dan telatah Damia yang dah semakin besar dan bijak, ditambah pula dengan ibu, ayah, mak, abah dan adik-beradik yang sangat supportive banyak membantu saya untuk meneruskan pekerjaan sambilan sebagai ghost writer.

Menariknya, tugasan ghost writer tahun ini menemukan saya dengan konsep pendapatan pasif. Selama ini saya hanya tahu konsep pendapatan sampingan atau extra income. Baru saya sedar, tugasan ghost writer ini hanya memberikan saya pendapatan sampingan atau buat duit melalui extra income tetapi ianya bukanlah passive income atau pendapatan yang pasif. Seterusnya, tahun ini juga saya berpeluang menghadiri Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan anjuran Dr Azizan Osman yang sekali lagi membuka mata saya tentang pendapatan pasif. Pendapatan pasif inilah yang akan membawa kita kepada kebebasan kewangan. Boleh baca entri mengenai IMKK--DISINI.

Peluang demi peluang datang dan terbaru, pada bulan lepas (Oktober 2015) saya diperkenalkan dengan suatu peluang perniagaan yang mampu memberikan saya passive income/ pendapatan pasif. Anda pernah dengar Tone Excel? Zamri Nanyan, seorang internet marketer memperkenalkan saya dengan peluang tersebut. Saya telah membuat beberapa video mengenai Tone Excel dan telah upload ke Youtube supaya anda faham kenapa saya dan nama-nama besar seperti Azizi Ali (pakar hartanah dan kewangan), Zamri Nanyan (Internet Marketer), Dato' Terlajak Laris (Alif Syukeri) nak buat bisnes ni dan tukar sim kad mereka kepada Tone Excel.  Namun, kepada pembaca yang terjumpa blog dan tulisan saya ini, anda cuma perlu mengikuti video ringkas saya di bawah.




Juga terdapat video wawancara saya bersama Zamri Nanyan:


Ada banyak lagi video yang telah saya upload ke YouTube. Juga terdapat banyak lagi video mengenai Tone Excel yang anda boleh lihat sendiri. Tone Excel juga pernah mendapat liputan Buletin Utama TV 3, 8TV, TV 2. Anda boleh tonton video Tone Excel di Buletin Utama TV 3 dibawah:




No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno