Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, December 29, 2015

Cameron Highlands To Penang To Langkawi To Perak

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Entri pertama saya setelah melalui cuti yang agak panjang. Penghujung tahun 2015 nampaknya diakhiri dengan cuti-cuti Malaysia yang pada saya tidak kurang juga hebatnya. Walaupun tempat tersebut kebanyakannya saya dan Cik Lan pernah pergi sebelum ini, tapi ianya merupakan pengalaman dan pendedahan baru buat Damia pastinya. 

Bermula dengan percutian keluarga besar sebelah saya yang merupakan kali kedua. Sebelum ni kami bercuti beramai-ramai ke Mersing. Yelah, adik-beradik 6 orang, bila nak buat family vacation, banyak idea, banyak reject, kena consider budget semua orang dan akhirnya kami sepakat untuk ke Cameron Highlands tahun ni.


Kemudian, dari Cameron Highlands, kami bertiga bergerak ke Pulau Pinang sebab Cik Lan ada Conferens. Tak banyak tempat menarik yang kami lawati, tapi macam biasalah jalan-jalan cari makan. Nasi Kandar je dah 3 tempat kami cuba! Banyak lagi tempat makan lain yang best sempat kami cuba dan kebanyakannya memang korang kena beratur. Ikuti entri saya yang seterusnya ye.


 Emm...fikir-fikir alang-alang dah sampai Penang, biar naik sampai habis! Haha. So, kami naik lagi sampai ke Langkawi. Saya excited sikit pergi Langkawi sebab last saya pergi sini masa umur 12 tahun dan masa tu rasanya Cable Car Langkawi takde lagi (tahun 1998). 


Sebelum balik dari Langkawi, kami fikir lagi..Nak naik lagi ke sampai Padang Besar?Bukit Kayu Hitam? Fikir punya fikir takpelah cukuplah ni. Badan pun dah penat. Tapi on the way nak menurun ke selatan, lebih baik singgah tempat-tempat best yang tak pernah pergi lagi. Saya teringin nak tengok orang buat labu sayong. Cik Lan pernah pergi tempat ni, so tak susah sangat nak cari direction. Memang geram betul tengok labu sayong yang comel-comel tu!Kitaorang sempat jugak pergi bebas cukai dan tengok rangka Perak Man di Galeri Lenggong.


Malam tu ingat nak "shoot" terus balik Johor, tapi disebabkan penat sangat, kitaorang singgah balik rumah dulu kat Shah Alam. Sampai rumah dalam pukul 12.30 malam, kemas-kemas barang n tidur. Esoknya pulak bergerak ke Johor untuk Majlis Akikah Hana Diandra, anak sedara saya di Batu Pahat. Sekian, kisah percutian kami kali ini. Saya akan cerita dan bagi info lanjut mengenai setiap tempat yang kami lawati dalam entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno