Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, December 8, 2015

Penipuan di Pearl Centre Beijing

Kembara kami di bumi Beijing diteruskan lagi dengan melawat Pearl Centre. Lokasi Pearl Centre ini berdekatan sahaja dengan stadium olimpik yang kami kunjungi sebelumi ni. Cuaca hari ini pula sangat berbeza, sangat cerah. Tidak seperti kebiasaan hari-hari kami di sini yang hanya dilitupi dengan jerebu tebal.

Pengalaman Di Pearl Centre Beijing

Berada di negara yang tidak difahami bahasanya membuatkan kita perlu lebih berwaspada. Sebaik manapun tingkah laku mereka di hadapan kita, berhati-hatilah kerana kita mungkin terpedaya tanpa sedar. Itulah hakikat yang berlaku kepada sebahagian besar daripada kami di Pearl Centre.

Gadis di dalam gambar di atas memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada pemilik Pearl Centre ini. Menurut gadis ini, petugas yang sepatutnya memberikan penerangan kepada kami mengenai pearl yang terdapat di sini tidak hadir, maka dia terpaksa menggantikan tempat petugas tersebut secara tiba-tiba.

Memiliki wajah yang sangat innocent beserta perwatakan yang sedikit clumsy membuatkan kami percaya akan ceritanya. Manakan tidak, memang dia tidak memberi apa-apa penerangan mengenai mutiara. Menurut gadis Cina ini, dia merupakan anak pemilik kedai yang tidak berminat dengan perniagaan bapanya. Dia melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang Art & Design dan banyak merugikan syarikat bapanya.

P/s: Kamera tidak dibenarkan sama sekali dalam kawasan ini. Tapi Cik Lan sempat jugak snap gambar diam-diam..

pusat mutiara beijing tipu
Kenapa rugi? Kerana dia akan memberi mutiara rekaan syarikat mereka yang terbaru kepada pengunjung kedai mereka secara percuma! Ya, percuma! Maka berebut-rebutlah kami mendapatkan cincin mutiara tersebut.

Menurut gadis tersebut, kami adalah pengunjung yang sangat bertuah kerana dia akan menunjukkan kami bilik koleksi khas bapanya. Di dalam bilik tersebut tiada sebarang gambar boleh diambil kerana itu adalah koleksi teristimewa dan termahal keluaran syarikat mereka. Disebabkan kami amat istimewa dan dia menganggap kami sebagai kawan, maka bilik tersebut boleh kami masuki. 

Kami percaya bulat-bulat dan perasaan excited tu memang tak payah cerita la. Gila tak excited? Dapat masuk bilik peribadi koleksi mutiara mereka. Dan gadis Cina tadi juga beritahu bahawa kami adalah group pelancong pertama yang dapat memasuki bilik khas tersebut. Lagi la macam Wah, bestnya!

Bilik tu pulak memanglah cantik, beserta pintu khas yang kena pakai controller untuk masuk! Syoknya rasa bila dapat tengok mutiara yang cantik-cantik dalam bilik tu.

Kemudian, kami dibawa pula ke bilik lain. Bilik ini juga menempatkan koleksi mutiara milik mereka tetapi harganya lebih rendah berbanding di bilik istimewa tadi.Nak dijadikan cerita best, mutiara yang ada di dalam bilik ni, kesemuanya dijual dengan harga yang sangat murah. Ya, gadis tadi menawarkan potongan harga sehingga 50% atau 70% (saya tak berapa ingat). Tapi yang pastinya sangat-sangat murah sehingga pekerja yang ditugaskan untuk melayan kami di dalam bilik tersebut kelihatan tercengang dan bersuara kepada gadis tadi dengan nada dan muka yang tidak bersetuju dengan harga yang telalu rendah tersebut! Gadis tu pula dengan muka tak bersalahnya cakap, takpe, saya yang akan jawab dengan ayah nanti.

Wow, ini peluang baik! Anak bos dah offer harga gila-gila rendah.Maka berebut-rebutlah rombongan Cik Kiah dari Malaysia ni memborong mutiara. Korang nak tahu harga murah tu berapa? Macam ni:

Contoh:

Harga yang dipaparkan RMB 6000 (lebih kurang RM 3000 duit kita waktu tu)
Lepas diskaun jadi RMB 3000 (RM 1500 duit kita)
Ada pulak yang harga RMB 1800 (lebih kurang RM900 duit kita). Lepas diskaun tinggal RM350..

Mana tak berebut semua orang? Saya pun hampir-hampir nak terbeli satu bangle. Harga kita dalam RM200++. Tapi Cik Lan cakap tak payah. Pearl takde nilai kat Malaysia. Kalau nak beli, beli emas. Terpaksala akur jugak nasihat Cik Lan, walau dalam hati ni rasa "Eei...dia dah bagi murah kot. Sayang kalau tak beli". 

So tatkala ahli rombongan yang lain sibuk memilih koleksi mutiara diaorang, kami bertiga buat hal sendiri. Kami keluar dari bilik jualan tersebut dan berjalan-jalan di sekitar kawasan luar Pearl Centre

Bergambar kat pokok. Kebetulan pula cuaca cantik, langit cerah sangat. Masih sejuk sebenarnya walau nampak macam terik.

Damia kecil lagi waktu ni. Baru 2 tahun.
Punyalah lama diaorang bershoping. Kitaorang kat luar ni dah tak tahu nak ambil gambar gaya apa lagi. Saya pulak dah 2 or 3 kali keluar masuk bilik pameran tu sebab nak pastikan diaorang dah siap shopping ke belum.

Sedang kitaorang ambil gambar, kami ternampak rombongan lain dari Malaysia. Mereka baru sahaja keluar dari ruang pameran dan sedang menuju ke bas mereka. Tiba-tiba ada dua orang akak ni turun dari bas dan datang dekat kitaorang.

Akak: Adik rombongan dari Malaysia ke?
Saya: Aah kak. Akak dah siap-siap nak balik ke? Banyak ke borong mutiara?
Akak: Kitaorang tak beli pun dik. Akak nak cakap ni, jangan beli. Diaorang tu semua penipu. Tadi korang ada tak masuk bilik istimewa yang dia cakap bapa dia punya?
Saya: Ada kak. Tapi dia cakap kitaorang je yang pernah masuk bilik tu
Akak: Penipu! Dengan kitaorang pun dia cakap macam tu jugak. Dia ada cakap dia anak bos?
Saya: Ada.
Akak: Berapa ramai anak bos? Yang bagi penerangan kat kitaorang tu pun mengaku anak bos. Pesan kat diaorang jangan beli.
Saya: Ok kak

Elok akak tu naik bas dia semula, rombongan kitaorang pun dah siap membeli dan dah keluar dari bilik pameran. Huhu. Sedihnya tak dapat bagitau diaorang. Cik Lan nasihatkan jangan bagitau sebab diaorang dah beli, bukan sikit2 pulak tu. Banyak! Yang beli mutiara dari bilik khas tu pun ada! Kalau diaorang tahu mesti diorang menyesal n rasa ralat. Terdiam sebentar saya. Ada logiknya kata-kata Cik Lan tu. Pasrah. Dan hari itu diaorang sangat gembira dengan koleksi mutiara masing-masing..

Nasihat saya berhati-hatilah ye. Saya fikir bila pergi dalam rombongan yang ramai n ada tour guide ni bolehla selamat dari kena tipu. Rupa-rupanya tak jugak. Mereka sangat licik dan pandai berlakon. Serius!

Rupa-rupanya banyak jugak blog lain yang ada cerita pasal kes penipuan di pusat mutiara ni. Yang paling detail, siap dia ambik video lagi. Korang boleh baca blog ni http://saffuanjaffar.blogspot.my.  Blog yang ni pun ada cerita juga tentang kes penipuan di Beijing--http://azwansalleh.blogspot.myCerita mereka lebih kurang sama dengan yang pernah saya alami. Berhati-hati, jangan sampai anda pula yang tertipu kalau ke Pearl Centre Beijing atau pusat mutiara lain di Beijing nanti.

Tapi jangan salah faham pula, tak semua perkara di Beijing ni teruk. Banyak yang baik dari buruknya. Yelah, tapi disebabkan nila yang setitik inilah maka rosak susu sebelanga jadinya. Selain dari taktik licik mereka menipu pelanggan ni, anda boleh juga baca entri mengenai percutian kami di Beijing Tiananmen Square & Forbidden CityThe Summer PalacePusat Jed & Tembok Besar CinaPerkampungan Lama Hutong.

2 comments:

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno