Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, December 3, 2015

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Musim cuti sekolah telah bermula dan anda pastinya tercari-cari apakah tempat percutian menarik di Malaysia yang boleh dikunjungi bersama ahli keluarga yang lain. Cuti sekolah merupakan masa yang paling seronok untuk anak-anak dan sebagai ibu bapa kita harus merancang dan mengisi masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.

Baiklah, entri saya kali ini bertujuan untuk memudahkan anda mencari destinasi atau tempat percutian yang sesuai untuk keluarga anda tanpa mengira usia. Perkongsian ini 100% berdasarkan pengalaman dan pendapat kami sendiri yang telah berkunjung ke beberapa tempat menarik di Malaysia.

1) Tempat Percutian Menarik di Malaysia| Bustel Melaka

Bagi anda yang gemarkan keunikan, Bustel Melaka adalah pilihan yang sangat tepat untuk bercuti dan menginap bersama keluarga. Menggunakan konsep bas lama yang diubah suai menjadi hotel, Bustel Melaka menjadi salah satu tempat pilihan pengunjung ketika hujung minggu dan cuti sekolah.

Lokasi: Dataran 1 Malaysia Kelebang Melaka

Harga Penginapan: Hari Biasa= RM90/malam, Cuti Sekolah dan hujung minggu= RM 130/malam

Tempat menarik/aktiviti sekitar: Terdapat deretan bas lama yang diubahsuai menjadi gerai makanan, kawasan Pantai Kelebang (pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini),  bubble play, matorsikal atas pasir (sorry saya betul-betul tak tahu panggil apa benda ni. Haha), taman permainan kanak-kanak (inflatable) dan banyak lagi.

Contact No: +60197414113

Maklumat lanjut mengenai Bustel Melaka dan pelbagai lagi gambaran menarik untuk idea anda, boleh baca entri saya sebelum ini. KLIK SINI--> Bustel Melaka


 Suasana dalam Bustel. Lebih banyak gambar ada DISINI
Antara aktiviti yang boleh dilakukan

Tempat makan menarik juga terdapat di sini

2)Tempat Percutian Menarik di Malaysia| Bala's Holiday Chalet, Cameron Higlands

Cameron Highlands merupakan tempat percutian di Malaysia yang sepatutnya ada dalam senarai lawatan anda ke Malaysia. Penginapan di sini benar-benar klasik dan menenangkan ditambah pula dengan suhu Cameron Highlands yang jauh lebih rendah berbanding tempat-tempat lain di Malaysia. 

Chalet di sini menggunakan konsep "English Style" dan kelihatan "seolah-olah" berhantu! Sebenarnya takde pun, cuma daun-daun yang melilit di hampir keseluruhan permukaan Chalet tu yang membuatkannya "scary" sedikit umpama cerita hantu dalam English movie. Abaikan. Imaginasi saya je tu..

Lokasi: Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Harga Penginapan: Hari Biasa= RM140 hingga RM450 bergantung kepada jenis bilik. Harga ketika cuti sekolah dan hujung minggu adalah lebih tinggi dari biasa

Tempat menarik/aktiviti sekitar: Terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands seperti Ladang Teh, Cactus Valley, Strawberry Farm, Lavender Farm, Pasar Malam Brinchang dan banyak lagi. Anda boleh baca versi penuh tempat menarik di Cameron Highlands DISINI

Contact No: 05-4911660 Email : bala.reservations@gmail.com 
Web: http://www.balaschalet.com

Maklumat lanjut dan banyak lagi gambar mengenai Bala's Holiday Chalet boleh DAPATKAN DISINI

Suasana persekitaran dan keadaan bilik di Bala's Holiday Chalet atau nama barunya Planters Country Hotel

3) Tempat Percutian Menarik di Malaysia| Grand Lexis Hotel, Port Dickson

Sekiranya anda mempunyai budget yang lebih, maka anda boleh menginap di Grand Lexis Hotel sebagai destinasi percutian keluarga anda. Bagi saya, Grand Lexis juga termasuk dalam senarai tempat percutian menarik di Malaysia kerana hotelnya yang berkonsepkan private pool yang benar-benar akan membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri.

Lokasi: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson Negeri Sembilan

Harga Penginapan: Hari Biasa= RM680 ke RM900 untuk 1 malam bergantung kepada jenis bilik yang anda pilih. Harga ketika cuti sekolah dan hujung minggu adalah lebih tinggi dari biasa. Boleh rujuk senarai harga bilik DISINI.  

Tempat menarik/aktiviti sekitarAntara aktiviti yang disediakan di Grand Lexis termasuklah memanah, sewa basikal, tricycle (basikal 3 roda), memancing dan perkhidmatan spa. Selain itu, anda juga boleh melawat tempat-tempat menarik lain di Port Dickson seperti Ostrich Farm Port Dickson

Contact No: 06-6532000 Email reservations@grandlexispd.com

Maklumat lanjut dan banyak lagi gambar mengenai Grand Lexis dan Ostrich Farm Port Dickson boleh BACA DISINI dan SINI (Ostrich Farm)

Sekitar Grand Lexis

Suasana bilik

 Berenang di Private Swimming Pool

 Aktiviti Memanah Dalam Kawasan Grand Lexis

Ostrich Farm Port Dickson

4) Tempat Percutian Menarik di Malaysia| Bukit Fraser

Jika anda inginkan percutian yang dingin dan nyaman selain dari Cameron Highlands, Bukit Fraser adalah salah suatu tempat yang patut anda lawati. Saya amat menyarankan Bukit Fraser sebagai tempat percutian menarik di Malaysia kerana alam semulajadi dan keasliannya yang masih terpelihara. Anda pencinta alam semulajadi? Inilah tempat yang patut anda kunjungi!


Lokasi: Bukit Fraser terletak dalam negeri Pahang dan bersempadan dengan negeri Selangor.

Harga Penginapan: Terdapat beberapa hotel atau kediaman berbentuk banglo yang boleh anda sewa ketika menginap di sini. Antaranya seperti Shahzan Inn Fraser's Hill

Tempat menarik/aktiviti sekitar: Berbasikal, Mini Golf, The Paddock Fraser Hill (menunggang kuda), Bird Interpretative Center (aktiviti melihat burung), Allen's Water (menaiki bot dan sukan air) dan banyak lagi. Boleh baca secara terperinci di Tempat Menarik Bukit Fraser

Maklumat lanjut dan banyak lagi gambar mengenai percutian kami di Bukit Fraser boleh BACA DISINI


Suasana Bukit Fraser
 Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Fraser
Minum petang Ala Inggeris

5) Tempat Percutian Menarik di Malaysia| Colmar Tropicale


Bukit Tinggi juga adalah suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Malaysia walaupun agak sedikit bosan jika anda mahukan aktiviti yang lebih aggresif. Namun, senibinanya yang berilhamkan seni bina Perancis akan membuatkan anda terlupa bahawa anda sebenarnya berada di Malaysia! Dari segi cuaca pula, Bukit Tinggi tidaklah sejuk seperti Cameron Highlands dan Bukit Fraser, sekitar 30 hingga 33 darjah celcius. Namun udaranya segar

Lokasi: KM 48,Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28570 Bentong, Pahang
Harga Masuk: Sama ada anda ingin melakukan aktiviti atau tidak, bayaran RM12 seorang (dewasa) dan RM 8 (kanak-kanak) wajib dibayar di pintu masuk ke Bukit Tinggi

Tempat menarik/aktiviti sekitar: Japanese Tea House, Taman Haiwan, Adventure Park, Sport Centre dan Botanical Garden

Contact No: 09-2213666 Email : reservation@colmartropicale.com.my
Web: www.colmartropicale.com.my

Maklumat lanjut dan banyak lagi gambar mengenai percutian kami ke Colmar Tropicale boleh BACA DISINI

Colmar tropicale

suasana Colmar tropicale
Suasana Colmar Tropicale 

Japanese House Colmar tropicale
  Japanese Tea House

Taman Haiwan Japanese House Colmar tropicale
Taman Haiwan

Setakat ini dahulu tulisan saya dan semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat mengenai tempat percutian menarik di Malaysia ini.

2 comments:

  1. Menariknya bustel tu...macam nak try. Yang bala holiday chalet tu memalam sunyi tak?

    ReplyDelete
  2. yup zila...bala chalet tu agak sunyi sikit malam-malam..

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno