Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, May 10, 2015

Tempat Makan Best| Murtabak Cheese Majid Johor Bahru

Cuti Wesak yang lepas digunakan sebaik-baiknya untuk aktiviti jalan-jalan cari makan kami yang agak lama tak dilakukan. Destinasi terdekat yang kami pilih adalah untuk ke Johor Bahru sahaja memandangkan kebanyakan tempat menarik untuk dilawati seperti Melaka teramatlah sesak untuk dikunjungi pada cuti musim perayaan sebegini. Orang Melaka pun malas nak keluar rumah sebab tak nak rempuh traffic jam kat Bandaraya Melaka..

~ Suasana di hadapan gerai Murtabak Majid Special Cheese No. 1 ~

Destinasi pertama kami ialah Murtabak Majid Special Cheese No 1. Memang betul-betul spesial murtabak kat sini sebab disaluti dengan cheese yang melekat-lekat macam makan pizza tu. Korang boleh lar lihat betapa ramai orang beratur untuk membeli mrtabak ni...

Lokasi gerai ni terletak di:
Lot 5518, Jalan Kurniawan Kampung Kurnia Johor Bahru.


Pengunjung yang tidak pernah putus untuk merasai kehebatan murtabak cheese yang telah dipatenkan dari segi bahan ini. Cayalah!! Murtabak pun boleh dipatenkan..Tapi menurut pemilik gerai ni, mereka hanya patenkan untuk bahan-bahan yang digunakan untuk membuat murtabak cheese ni. Konsep dan idea murtabak cheese itu sendiri tidak pula dipatenkan. Maksudnya, kalau ada orang yang tiru idea diorang ni, mereka takkan disaman. Tapi kalau bahan yang digunakan ditiru maka pihak Murtabak Majid Special Cheese boleh menyaman mereka.

Proses membuat murtabak dilakukan di hadapan gerai. Jadi semua orang boleh tengok cara diaorang buat murtabak ni didepan mata....


Bagi pengunjung yang ingin tapao (take away), maka mereka perlu beratur untuk mendapatkan murtabak cheese. Tapi kalau nak makan kat gerai tak perlu beratur panjang. Just cari meja kosong and duduk. Akan ada pelayan yang akan ambil order korang. Jangan pulak sibuk-sibuk nak beratur kat depan tu ye..

~ Murtabak Cheese Daging ~

~ Murtabak Cheese Ayam ~

Kami order sekeping murtabak cheese ayam dan sekeping lagi murtabak cheese daging. Memang puas hati sebab saiz dia besar, tebal dan penuh dengan inti daging/ayam beserta cheese yang banyak. Sekeping murtabak cheese tu harganya RM10 sahaja.


Aktiviti makan-makan kitaorang kali ni bukan bertiga je macam selalu tapi kali ni berlima--Lin n Iwan pun ikut gak. Tengok tu, cheese dia melekat-lekat, bersirai-sirai..Sedap giler makan panas-panas...


Orang yang datang makan kat sini pun ramai gak. Memang tempat duduk tu sentiasa penuh je.Bila ada orang keluar, ada pulak orang lain yang masuk mengganti. Memang tak pernah sunyi gerai ni dari pengunjung..

Makan panas-panas so spec mata pun "blurr"..Tapi memang terbaik la Gerai Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia ni..Singgah jangan tak singgah!..kitaorang bagi 9/10...

 Selamat Mencuba......

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno