Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, May 19, 2015

Nasi Lemak Wak Kentut Kulai Johor

Macam geli je dengar Nasi Lemak Wak Kentut tapi itulah hakikat nama yang dipilih untuk gerai nasi lemak ni. Memang ramai orang cakap nasi lemak kat sini sedap. Emm tu yang kitaorang nak try. lagipun nama Wak Kentut tu sendiri memang sangat catchy..

Kitaorang sampai sini lebih kurang pukul 10 malam lepas balik dari JPO. Nasib baik buka lagi. Waktu operasi Nasi Lemak Wak Kentot sehingga jam 11 malam. So sempat jugaklah kitaorang merasa nasi lemak kentut ni..Yela cerita kat surat khabar macam best kan-->Liputan media Nasi Lemak Wak Kentut

To be honest takde apa yang spesial pun nasi lemak kat sini. Nasi lemak disajikan dengan ayam goreng dan sambal. Itu sahaja. Tapi memang ramai orang makan kat sini. Silih berganti. Kitaorang pun pelik kenapa ramai orang. Dan sejujurnya jugak nak bagitau yang bau kedai ni memang "harum"..Patutlah namanya kentut..haha. Mungkin bau tersebut datangnya dari longkang kat tepi gerai ni..Emm...

Tak tahu nak review camne lagi. Tapi korang try jelah ye kalau nak rasa "keenakan" Nasi lemak Wak Kentut yang terletak di Kulai Jaya ni. Mungkin yang diberitakan sedap tu bukan Nasi Lemak Wak Kentut cawangan yang kitaorang pergi ni. 
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno