Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, May 20, 2015

Tempat Makan Best| Cendol Bismillah Taiping Perak

Kunjungan kami ke Taiping, Perak atas dasar "bisnes" baru-baru ini...boleh dikatakan sambil menyelam minum air jugak sebenarnya sebab sambil bincang pasal hal "bisnes" kononnya sambil kitaorang buat misi jalan-jalan cari makan. Antara tempat yang tersenarai dalam tempat wajib tuju kami ialah Cendol Bismillah sebab kalau google tempat makan best di Taiping, restoran Cendol Bismillah mendapat publisiti "murahan" dari kebanyakan blog. Haha

Excited nak try cendol yang dikatakan sedap sangat kat Taiping ni..

Kat sini ada cendol pulut..cendol biasa dan cendol kacang merah..

Kitaorang banyak order cendol kacang merah

 Rojak passembur pun ada jual kat sini


Emmm...takdelah sedap sangat..biasa je..Rasa menunya lebih kurang macam Cendol Hamed kat Shah Alam yang dijual kat lori tu lar..Kalau korang nak try cendol yang sedap, cari cendol nama Ansari. Kawan saya cakap yang tu lagi terbaekk kat Taiping!! Baru tau..huhu.melepas nak merasa cendol sedap. So far cendol yang sedap kitaorang pernah makan ialah Cendol Bakar Kuala Selangor.

Sekitar kawasan Cendol Bismillah..
 
Selamat mencuba yer..
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno