Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, June 8, 2015

Mak Jah Mee Udang, Kuala Sepetang, Taiping

Sebut saja Kuala Sepetang atau Port Weld di Taiping Perak tidak asing lagi sebagai salah satu pekan kecil di antara Sungai Reba dan Sungai Kapal Changkol berhadapan dengan Sungai Sepetang dan merupakan salah satu tempat perkampungan nelayan.  Malah bila sebut saja Kuala Sepetang teringat kepada salah satu makanan terkenal iaitu Mee Udang. Di sini terdapat satu restoran mee udang spesial dan terkenal iaitu "Mee Udang Mak Jah". Kitaorang sempat jugak singgah dan merasa mee udang Mak Jah ni.

Lokasinya terletak betul-betul tepi jalan utama Taiping-Kuala Sepetang di Kampung Menteri, Pekan Kuala Sepetang, Taiping Perak. Sebenarnya di sepanjang jalan tu banyak je restoran mee udang yang lain tapi yang paling terkenal kat sini ialah Mee Udang Mak Jah...boleh lar yer lihat peta lokasinya dibawan ni...hehehe

Peta lokasi gerai - "Mee Udang Mak Jah"

Kitaorang sampai sini dah maghrib, so restoran ni tak terlalu crowded la..

 Suasana dalam restoran Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang


Kitaorang order mee udang dan nasi goreng udang. Memang puas hati makan udang kat sini sebab udangnya banyak sangat dan saiznya juga besar. Kalau tengok gambar nasi goreng tu memang tak nampak udang tapi sebenarnya udangnya banyak tersorok kat bawah timbunan nasi. Rasanya ada dalam 9 ekor udang besar untuk satu pinggan hidangan mee atau nasi gorengnya...

Mee Udang Biasa harganya RM9
Nasi Goreng Udang Biasa harganya RM9
Kalau nak yang spesial harganya jadi RM13. Kitaorang tanya apa beza spesial ngan biasa?
Dia cakap yang spesial lagi banyak udangnya, tu je..
Oooooo....


Tapi kuah mee udang ni tak begitu pekat malah rasanya seperti kuah tomato jer...dan warnanya pun tak sama macam yang blog-blog lain tulis. Gambar kat blog-blog lain kuahnya mcam kecoklatan dan kelihatan lebih pekat dari yang kitaorang makan hari tu. Tapi kedainya memang yang ni, tak salah lagi. Emm..takpelah..so sesiapa yang dah sampai Perak dan teringin nak merasa mee udang, silalah singgah ke Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang yang terletak di Kampung Menteri ni...

Selamat Mencuba.......
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno