Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, June 11, 2015

Perhentian Kuih Kampong, Ujong Pasir, Melaka

Perhentian Kuih Kampong merupakan sebuah kedai makan yang berasaskan kepelbagaian kuih-muh tradisional di Malaysia. Berpadanan dengan nama yang diberi untuk menggambarkan kedai makan ni--"perhentian". Memang kedai makan Perhentian Kuih Kampong ni boleh dikatakan sebagai one stop center bagi penggemar kuih muih di Bandar Melaka.


Perhentian Kuih Kampong terletak di Jalan Ujung Pasir yang menghala ke Bandar Melaka dan berdekatan dengan Hotel Arenna De Luxe dan Harmony Apartment. Bangunan putih kat sebelah tu adalah Hotel Arenna. Ia juga terletak berdekatan dengan persimpangan Lorong Bukit Senjuang dan Jalan Ujong Pasir...


Jom tengok kuih apa yang ada kat sini!

Deretan kuih tradisional yang disusun di atas meja - Antaranya seperti Kuih Seri Muka, Kuih Jagung, Kuih Bingka, Kuih Kasui, Kuih Talam Berlauk, Kuih Sagu, dan lain-lain lagi...memang banyak..


~Pelbagai jenis bingka~

 ~ Kuih Kasui dan Kuih Sagu ~

 ~ Kuih Talam Berlauk ~

Pelanggan boleh memilih dan mengambil sendiri kuih yang digemari sama ada untuk dibawa balik atau makan di sini..malah nasi lemak bungkus dan bihun goreng bungkus turut dijual disini...

Kebanyakan kuih dijual dengan harga RM 1 untuk 3 keping, satu harga yang sangat berpatutan.

Kedai makan ni bukan hanya menjual kuih-muih tradisi sahaja malah terdapat juga makanan lain seperti nasi lemak, nasi ayam dan asam pedas. Pelanggan masuk silih berganti tanpa mengira waktu hinggakan terpaksa beratur untuk memilih kuih-kuih (waktu peak hour)

~ Antara kuih-kuih tradisional yang kami pilih untuk dijamu ketika ni~

Sememangnya kuih yang disajikan kat sini teramatlah sedap. So, tak hairanlah ramai orang datang makan kat sini. Jangan lupa singgah Perhentian Kuih Kampong kalau korang ada di Melaka ye...

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno