Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, August 3, 2015

Kuih Lobak Goreng (Fried Carrot Cake) and Prawn Mee at Rasa Food Court KLCC

Haish..tak dapatlah dikenal pasti kenapa suamiku si Cik Lan tu ada tekak Cina pulak akhir-akhir ni. Asyik nak makan makanan Chinese style je...Layankan je lah...Weekend yang baru ni beriya-iya dia ajak pergi KLCC. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya nak makan Kuih Lobak Goreng atau lebih dikenali sebagai Fried Carrot Cake. Ya, sejenis masakan chinese style. Sekali lagi untuk kali kedua dalam minggu lepas kitaorang makan masakan Chinese Style.

 So sampai je KLCC terus menuju ke Rasa Food Court kat Tingkat 4 Suria KLCC. Ngam-ngam sampai around 11.30 pagi and terus makan tengahari.

Cik Lan terus cari kuih Lobak Goreng yang dia teringin sangat nak makan tu.

~ Kuih Lobak Goreng (fried carrot cake) ~

Tulah dia rupanya Kuih Lobak Goreng. Macam kuew teow goreng je sebenarnya. Ingatkan seketul lobak warna merah yang dimasak. Haha.. salah bayangan..kata Cik Lan, kebiasaannya kuih lobak goreng ni dijual oleh peniaga cina di pasar atau di kedai kopitiam macam gambar di bawah ni...


Sekali pandang macam lontong goreng kan...tapi tak sama...sebabnya kuih lobak goreng (fried carrot cake) tu sebenarnya diperbuat dari lobak putih yang dicampur dengan sejenis tepung...proses membuat kuih lobak tu korang boleh lar google sendiri yerk..Kemudian adunan tepung dan lobak putih tu mengeras dan dipotong kecil-kecil dan digoreng. Emm sedap jugak rasa dia..


~ Lam Mee + Prawn Mee ~

Tak cukup dengan Kuih Lobak Goreng, Cik Lan order pulak Lam Mee campur dengan Mee Udang. Rasanya lebih kurang ala-ala mee bandung...tapi agak ringan rasanya.



Saya n Damia pulak makan Nasi Ayam je. Senang, ambik makanan yang ada depan mata je, malas nak round jauh-jauh kat food court tu.

Apa pun, sesiapa yang teringin nak makan Kuih Lobak Goreng ni boleh cari kat KLCC ye sebab bukan senang nak cari makanan tu walaupun pergi cari kat kedai makanan cina Muslim. So far, semua restoran Cina Muslim yang selalu kitaorang pergi makan macam Adam Lai, HOMST dan Mohd Chan, semuanya takde jual Kuih Lobak Goreng.

Pencarian Cik Lan terhadap Kuih Lobak Goreng selesai....


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno