Lepas selesai makan kat KLCC hari tu kitaorang tak tahu nak tuju ke mana.Tiba-tiba terperasan istana negara yang lama. Banyak kereta parking situ untuk bergambar dan ada yang berjalan kaki masuk ke arah bekas istana negara tersebut. Rupa-rupanya bekas istana negara tu dah dijadikan muzium dan boleh dikunjungi oleh orang ramai. Baru tahu. Haha.
Bayaran masuk adalah sebanyak RM5 ye bagi dewasa. Kanak-kanak pula RM 3 kalau tak silap. Kanak-kanak bawah umur 6 tahun tak dikenakan sebarang bayaran
Bagi sesiapa yang ingin naik "baggy" pulak bayaran RM 1 dikenakan seorang untuk perjalanan pergi dan balik dari perkarangan istana.
Pintu masuk istana
Bagi sesiapa yang ingin naik "baggy" pulak bayaran RM 1 dikenakan seorang untuk perjalanan pergi dan balik dari perkarangan istana.
Pintu masuk istana
Sesi fotografi tidak dibenarkan di dalam kawasan istana. Maka kitaorang ambik gambar kat luar kawasan istana sahaja.
Bekas istana negara
Dah masuk dalam istana ni barulah tahu betapa besarnya istana ni kan..Haha. Inilah istana yang menjadi tempat kediaman Yang DiPertuan Agong Malaysia. Ada banyak bilik kat dalam tu. Serius banyak..tak leh nak tunjuk gambar sebab tak leh amik gambar kan..
Tapi bagus juga dapat melawat bekas istana negara ni. Sekurang-kurangnya kita tahu macam mana suasana tempat tinggal kerabat diraja.
Tapi bagus juga dapat melawat bekas istana negara ni. Sekurang-kurangnya kita tahu macam mana suasana tempat tinggal kerabat diraja.