Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, August 21, 2015

Bukit Fraser|Fraser Hill

Ini merupakan kali ketiga kami ke Bukit Fraser. Kali pertama dulu Damia baru berusia 3 bulan. Kali kedua pula kitaorang singgah sebentar di Bukit Fraser untuk makan sekembalinya dari Cameron Highlands. Kali ketiga merangkap kali ini pula kitaorang ke Bukit Fraser kerana urusan tugas Cik Lan..tapi memang kitaorang suka tempat ni kerana udara yang nyaman dan segar serta relaks dari kesibukan...

Seronok betul si kecik ni dapat berjalan makan angin dan tidur hotel..Excited gilerr!

Suasana dan cuaca nyaman di Bukit Fraser yang sempat dirakamkan oleh Cik Lan...

Bukit Fraser terletak dalam negeri Pahang dan bersempadanan dengan negeri Selangor. Terletak pada ketinggian 1220m - 1554m dari paras laut. Suhu tahunan antara 17darjah celsius hingga 26 darjah celsius. Kalau ikut ramalan yang kami lihat dari jabatan Meteorlogi Malaysia, pada tarikh yang kitaorang pergi ni suhu antara 19-24 darjah celsius dan tak hujan...memang tepat dengan cuaca yang nyaman tapi agak sedikit panas pada belah tengahhari antara jam 12 tengahhari hingga 2 petang...selepas jam 2 petang  cuaca nyaman kembali dan agak berkabus sikit dengan agin yang perlahan jer..menurut penduduk tetap kat sini, cuaca agak sejuk sedikit serta berkabus sepanjang hari serta berangin diantara bulan Disember hingga ke bulan Februari. Ni disebabkan musim hujan...

Kitaorang bermalam di Puncak Inn, sebuah hotel di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Negeri Pahang. Hotel ni terletak betul-betul di hadapan Menara Jam...


Kitaorang sengaja memilih hotel yang dekat dengan kawasan pusat kerana kunjungan kami pada ketika ini jatuhnya pada hari bekerja, maka Bukit Fraser tidaklah sesibuk mana. Juga beerti, Bukit Fraser agak sunyi ketika ini. boleh dikatakan selepas jam 9 malam kawasan pekan kecil ni agak sunyi dan kebanyakan kedai tutup jam 9.30..tapi ada juga yang tutup seawal jam 6.30 petang...Kecut perut jugak rasanya nak menginap di penginapan yang berbentuk banglo. Haha...

Sekitar bilik Family size kami

Untuk pengetahuan semua, hotel ni tiada lif ye. bagi sesiapa yang rasanya malas nak naik tangga silalah cari hotel lain ye..Haha


Selesai sahaja check in dan mengangkat barang masuk ke hotel, bekalan ayam rendang dan "kepuntat" yang dimasak pada malam sebelumnya menjadi pengisi perut yang dah lama berkeroncong.
Lepas tu, nak buat apa lagi? Jalan-jalan sambil ambil gambar la..


Suka tengok shot Cik Lan yang ni..Cantik jugak
Kawasan di sekitar menara Jam, Bukit Fraser

Damia yang semakin suka berposing sejak besar sikit ni..Haha

Oit cik adik, tidur sambil berjalan ke?

Lengang betul suasana di Bukit Fraser. Kitaorang conquer semua kawasan ambik gambar..

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang. Ayat yang lebih tepat ialah berdekatan dengan sempadan negeri Pahang dan negeri Selangor...korang boleh lar lihat garisan dan batuan sempadan yang memisahkan dua negeri untuk satu tempat...

Argh!! Mia kat negeri Selangor...Mama pula kat negeri Pahang..


Tea Time at Ye Olde Smokehouse

Dah puas berjalan kaki, kita minum petang..Yeay!!

Untuk kali ini kitaorang minum petang ala-ala Inggeris di Smoke House Fraser Hill...memang terasa kelainan suasana kat sini..korang boleh ler cuba untuk minum petang kat sini...
kitaorang order set tea bersama kek dan scone...

Antara kawasan dalam Smoke House

Perkarangan pintu masuk Smoke House

Sesekali dapat stay sini pun ok gak kan..

Chocolate Ice...

 Pie apple, kek oren, kek coklat, scone, butter, jem strawberry, cream and tea

Harga untuk satu set ni ialah RM40

Dah kenyang balik hotel semula dan mandi..!!



Suasana malam di Bukit Fraser..Sunyi je, kedai makan pukul 9.30 malam dah tutup

Mini golf

Esok paginya sebelum bertolak balik kitaorang sempat main mini golf. Disebabkan takde orang waktu hari bekerja ni, makanya tak ada lah sesak sangat...maka dapatlah kitaorang la yang conquer kesemua 9 lubang dengan tahap kesusahan yang tersendiri...Seronok betul main macam ni

Bayaran yang dikenakan ialah RM8 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak) untuk 30 minit

Ececeh pemain cilik ni..

Lagak pemain golf profesional..Haha

Itu sahaja aktiviti kami di Bukit Fraser kali ni, Tempat lain banyak yang tak buka..The Paddock tutup waktu ni sebab under renovation. Kuda-kuda dipindahkan buat sementara waktu ke tempat lain.

Imbau kembali..4 tahun lepas





First time pergi Bukit Fraser Damia kecik lagi..
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno