Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, August 23, 2015

Pusat Jade dan Tembok Besar Cina

Hari ketiga kami berada di bumi Beijing China menyaksikan sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Lawatan hari ini yang tertulis di dalam tentatif perjalanan kami di sini sangat mengujakan. Tidak sabar rasanya mahu melihat keagungan Tembok Besar China, salah satu dari tujuh keajaiban dunia itu.

Seperti kebiasaannya, perut perlu diisi terlebih dahulu bagi memastikan kami mendapat tenaga yang secukupnya untuk mengembara di bumi penduduk bermata sepet ini.


 Sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel yang kebanyakannya berasaskan tauhu dan sayur-sayuran

Pelbagai jenis sayuran
Lagi jenis sayur dan mihun

Nasi goreng cina dan pau

Sup dan soya


 Sambal lada kering ni sebagai pembuka selera...

Jade Center

Sebelum melawat Tembok Besar China, rombongan kami singgah di Jade Center. Jade Center merupakan pusat jualan pelbagai jenis jed yang menjadi lambang kebanggaan masyarakat China. Bagi mereka, jed merupakan lambang kekayaan dan kesihatan seseorang.

Awal-awal lagi si kecik ni dah keluar air mata. Masuk je pusat jed ni Damia berak. Dah berak nangis pulak tu sebab dia geli ada "ada something" kat pampers dia kan..
So, orang lain dengar penerangan mengenai asal usul jed, mama n Mia duduk toilet..

Nampak tak, besar kan pusat jualan jed ni..

Sempat jugak tengok-tengok jed di saat akhir

Kami tak beli apa-apa pun kat sini, bergambar je. Kenapa tak beli?

Pertama, sebab pada saya jed takde nilai pun. Beli emas lagi bagus kan?
Kedua, memang tak minat jed. Rasa macam tak berbaloi beli lepas tu tak pakai

Kat luar ada orang jual strawberi, limau..Besar sangat strawberi kat sini

Sempat pulak la Si Damia n Cik Lan bergaya dengan penyapu "ahli sihir" ni..haha

Tembok Besar China

Seterusnya, tempat yang dinanti-nanti bakal kami jejaki. Perjalanan ke Tembok Besar China dari pusat jed agak jauh, memakan masa lebih kurang satu jam kalau tak silap. Mungkin juga lebih sedikit.

Terletak di kawasan pergunungan, Tembok Besar China lebih sejuk berbanding tempat lain yang kami lawati. Mungkin juga disebabkan angin yang bertiup..

Bergambar di Dataran sebelum "mendaki" Tembok Besar!!

Macam biasalah Eva akan bagi penerangan dan mengingatkan kami waktu untuk berkumpul

Actually kami tak naik sampai atas pun, sebab Damia kecik lagi kan..Hanya bergambar di anak tangga terawal sahaja. Tempat pijak tangga yang kecil dan curam merupakan cabaran utama Tembok Besar China. Menurut Eva, tempat pegang di bahagian kiri, tengah dan kanan tangga dibina atas inisiatif kerajaan setelah terdapat banyak kes pelawat yang terjatuh.

Anak yang kuat semangat ni, dia tetap nak naik. Boleh pulak dia merangkak tiba-tiba naik atas tangga..

Sesiapa yang tak mendaki ke bahagian atas yang lebih tinggi, hanya bergambar di bahagian yang rendah ni je lah..

Damia n Eva

Mengabadikan gambar kenangan sebanyak mungkin di sini

Orang lain tak turun lagi kami dah turun dulu..Explore tempat lain pulak

Entrance Tembok Besar

Bergambar di kawasan lapang sekitar Tembok Besar China. Ada kedai menjual cenderahati di bawah ni..

Satu-satunya cenderahati yang kami beli di sini. Saya punya satu, Cik Lan punya satu..Sebiji printed mug ni harganya 10 yuan je..lebih kurang RM5 (tahun 2014 la ye)

 
Bergambar kenangan dengan ahli rombongan lain sebelum berangkat pulang

Tembok Besar China a.k.a The Great Wall of China is really awesome!

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno