Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, August 26, 2015

Servis Ghost Writer Malaysia

Alhamdulillah job dan projek untuk hobi suka-suka as ghost writer ni semakin mendapat sambutan nampaknya. Ramai yang berminat nak hasilkan buku tapi tak pandai nak menulis maka khidmat ghost writer lah yang akan mereka cari. Seronok rasanya kalau mampu hasilkan buku untuk diri sendiri, tapi masalah terbesar sekarang ni ialah ketiadaan idea nak tulis buku pasal apa. Sebab itulah sampai sekarang saya masih belum menghasilkan buku sendiri. 

Projek ghost writer kali ini berkisar tentang permainan golf. Saya tak pernah main golf dan kena tulis pasal golf. Boleh ke? Takde masalah besar pun sebab customer dah sediakan kesemua sumber maklumat. Hanya tinggal untuk dibaca dan dihadamkan kesemua maklumat tersebut. Sedikit masa diperlukan untuk proses pemahaman dan penyusunan isi kandungan. 


Antara projek yang pernah saya buat:
1) Sepeda Tua (Hobi)
2) Air
3) Alternatif rawatan kanser
4) Kebebasan Kewangan (proof read)
5) Panduan Universiti

Ada lagi 2 buku tengah tunggu turn untuk ditulis..Sabar menunggu ye, saya siapkan ni dulu..Ghost Writer Malaysia yang sorang ni lambat sikit tulis sebab buat part time, Harap maklum. Boleh Whatsapp 013-7751357 untuk khidmat ghost writer, editing dan proof read ye.
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno