Nasi Lemak
mungkin kedengaran biasa sahaja pada pendengaran kita, namun kelainan
yang sedikit mampu mencetuskan fenomena bagi sesuatu perkara yang biasa.
Begitulah realiti yang sedang melanda "Warung Nasi Lemak Cik Chom" sehingga
pelanggan sanggup beratur panjang serta sanggup menunggu lama untuk merasa menu Nasi Lemak yang dihasilkan
oleh restoran ini. Bagi merasai kelainan Nasi Lemak Cik Chom, baru-baru ini
kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama beratur hampir sejam bagi mendapatkan
Nasi Lemak Cik Chom di Cawangan Batu Pahat yang terletak di Taman Pura Kencana.
Alamat
Restoran Nasi Lemak Cik Chom Cawangan Batu Pahat:
No.
16, Jalan Kencana 1A/A
Taman
Pura Kencana,
83300
Sri Gading, Batu Pahat
Johor
Beroperasi seawal jam 5 petang dan tamat pada jam 10 malam (kecuali hari Isnin), restoran ini benar-benar "meletop kebabooommm" dari segi penyediaan juadahnya...padanlah ramai yang sanggup beratur.
Apa yang menarik di sini? Jom kita intai sedikit..
Bukan setakat beratur je panjang ye, meja tempat nak makan pun penuh, maka terpaksalah tunggu pelanggan lain selesai makan terlebih dahulu, barulah ada peluang untuk makan di sini...

Inilah dia Menu Utama di Warung Nasi Lemak Cik Chom
(Foto kredit to Page FB Warung Nasi Lemak Cik Chom)
Ada pelbagai jenis Nasi Lemak ditawarkan di sini termasuklah Nasi Lemak Siakap,
Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Burung Puyuh dan Nasi Lemak Bujang
Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Burung Puyuh dan Nasi Lemak Bujang
(Foto kredit to Page FB Warung Nasi Lemak Cik Chom)
Pengunjung boleh memilih untuk makan di kedai atau pun bungkus dan bawa balik
Malam tersebut, kami order Nasi Lemak Sotong King 2 set dan Nasi Lemak Siakap 3 set
Nasi Lemak Siakap RM17
Operasi menggunting Sotong King.Haha
Baiklah, antara keunikan Nasi Lemak Cik Chom yang saya boleh senaraikan ialah:
1) Saiz Sotong dan Ikan Siakap yang besar
2) Harga yang berpatutan walaupun bersaiz besar
3) Menggunakan Epal Hijau menggantikan timun
4) Nasi Lemak yang diwarnakan hijau di bahagian atas nasi
Ya, kelainan itulah yang telah meletupkan reputasi Nasi Lemak Cik Chom sehingga menjadi viral dan fenomena di Facebook sekarang ini. Sila layari Facebook page Warung Nasi Lemak Cik Chom untuk sebarang maklumat lanjut dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi lemak special ini.