Joel's Delight merupakan sebuah restoran makanan barat berkonsepkan kontena. Ya, kontena! Tempat memasak dan penyediaan makanan dilakukan di dalam kontena manakala pelanggan ditempatkan di satu kawasan tanah lapang berbumbungkan khemah kanopi. Emm..kalau korang memang mencari tempat makan best di Kluang, saya rasa korang patut cuba Western Food kat sini. Jom baca komen kitaorang kat bawah ni...
Restoran ini terletak di Jalan Kampung Melayu, Kluang, Johor
Kontena yang digunakan untuk memasak dan penyediaan makanan. Pelanggan pula menjamu selera di bawah payung kanopi yang disediakan
Setakat ni dah dua kali kami makan di sini jika balik kampung di Kluang
Antara menu yang disediakan. Ada Pasta, burger, lamb chop, chicken chop, fish & chip
Burger daging
Burger ayam
Burger yang disediakan di Joel's Delight ni boleh tahan jugak sedapnya. Ianya didatangkan khas beserta fries dan dihidangkan di atas papan pemotong. Papan pemotong? Yela, papan pemotong yang orang buat potong bawang, potong sayur tu..To be honest agak tak selesa sebab makanan letak atas tu sangatlah tak stabil sebab makanan asyik nak terjatuh je dari kayu pemotong tu. Haha. Kena orang makan ganas memangla complaint kan..Tapi kalau jenis makan sopan takde masalah kot. Unik sebenarnya makan atas papan pemotong ni.
Overall, rasanya memang ok. Harga pun berpatutan dalam range RM11 ke RM 17 kalau tak silap. Korang boleh tengok gambar menu yang ada kat atas ye. Ada harga sekali kat situ. Cuma yang tak sedap kat sini ialah roti burger tersebut. Hancur..Ya, rotinya hancur berderai. Maksudnya habuk-habuk roti tu berterabur kalau kita makan dan bila roti tu kena sos and gravy yang lain, dia jadi lunyai. Haha, pandai-pandai korang la nak faham hancur n lunyai tu macam mana. Korang try makan kat Joel's Delight Kluang baru faham apa yang saya maksudkan.