Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, November 14, 2015

Penubuhan Oleakimili Global Ventures

Akhirnya, tertubuhlah jugak syarikat yang diimpikan selama ini-->Oleakimili Global Ventures. Seronoknya rasa! Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu. Salah satu dari 110 impian telah tercapai. Syoknyer!! Walaupun beroperasi secara online dan tak punya kedai atau ofis sebagai tempat beroperasi, namun tuntutan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) telah berjaya kupenuhi  jua akhirnya..Yahooo!! Excited sikit hari ni..hehe


Mula-mula tu confius jugak, nak letak nama apa ni? Tahu nak letak Oleakimili tapi belakangnya nak letak apa? Confius punye pasal akhirnya comot borang SSM tu sebab asyik cancel je..Haha.

Dah tengah-tengah confius tu sempat gak hantar whatsapp kat Cik Lan, Group Whatsapp Hamdan's Family n Group Whatsapp Cucu Tok Husein. Minta pendapat diaorang..Ramai yang pilih nama yang first tu, so itulah nama yang terpilih akhirnya.


Secara rasminya, Oleakimili Global Ventures memulakan operasinya pada 13/11/2015. Haha..poyo je..Orang lain dah lama daftar company la Nisa!It's ok, at least I've move one step forward! Chaiyok2 Nisa..

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno