Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, November 18, 2015

Sai Kee Kopi| Kedai Kopi 434, Muar

Boleh dikatakan bulan lepas adalah misi pencarian kopi bagi Cik Lan yang sekarang ni tengah "menggila" minum kopi. Dari Batu Pahat, Cik Lan sanggup ke Muar semata-mata untuk mencuba Kopi jenama 434 yang dikatakan sedap. Kopi 434 juga dikenali dengan nama Kopi Sai Kee.

Lokasi Kedai Kopi 434 terletak betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Muar.

Bandar Muar agak sesak di waktu siang terutamanya waktu office hour akan menyukarkan pencarian anda sekiranya telah terlajak atau tersilap jalan kerana kebanyakan jalan di bandar Muar menggunakan sistem "one-way". Jadi kalau dah terlepas atau tersilap arah,
anda perlu pusing semula untuk ke lokasi yang sama.

 Kedai Kopi 434 ataupun dikenali sebagai Kedai Kopi Muar atau Sai Kee Kopi

 Kenapa kopi ni diberi nama 434?

Alkisahnya begini: Pada tahun 1960, Sai Kee Kopi Muar beroperasi menggunakan nombor telefon yang berakhir dengan digit 434. Disebabkan tahun tersebut syarikat semakin berkembang dan menerima banyak tempahan, maka mereka membuat keputusan untuk menggunakan 434 sebagai jenama syarikat mereka. Bagi sesetengah masyarkat Cina, angka 4 adalah sangat pantang digunakan kerana nombor 4 (sebutan si) dalam bahasa Cina bermaksud mati. Namun bagi keluarga Kiar, 434 adalah nombor yang sangat bertuah.

  Di sini juga turut menjual pelbagai produk kopi keluaran jenama 434..
ada kopi dalam bentuk biji dan ada pula dalam bentuk serbuk

Sentiasa penuh dan padat dengan pengunjung pelbagai bangsa hampir setiap masa


Suasana dalam kedai Kopi 434 atau Sai Kee Kopi Muar..setiap pelusuk kedai ni beraromakan kopi yang wangi..

Hiasan dalaman yang klasik

Best jugak cium bau kopi ni kan..Harum je. Walaupun saya tak berapa suka akan kopi tapi baunya tetap memikat deria


 Kopi Latte (100% kopi Muar Cap Gajah), Air coklat dan roti bakar menjadi hidangan pembuka selera kami sebelum makan tengahari

Tekun pulak Si Damia ni membelek roti dia..

Jemput makan dulu..


Tadaaa!
Misi pencarian kopi kali ini dilengkapi buah tangan dan cenderahati yang dibeli dari Kedai Kopi 434 atau Sai Kee Kopi Muar. 

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno