Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, November 19, 2015

Grand Lexis, Port Dickson

Sudah lama saya memasang angan-angan untuk menginap di Grand Lexis Port Dickson, sebuah hotel yang dibina di atas kawasan laut dan mempunyai bilik yang dilengkapi dengan kolam renang persendirian. Maksudnya apa?

Maksudnya, tiada siapa pun yang akan nampak anda berenang melainkan ahli keluarga anda sendiri! Memang seronok dan tiadalah segan sangat jika anda tidak tahu berenang dan menggunakan pelampung! Haha

Grand Lexis Port Dickson
Grand Lexis menyediakan pelbagai konsep bilik yang menarik iaitu: 
1) Above The Sea
2) Garden Living
3) Sky Living

Setiap satu konsep penginapan ini pula mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk menginap di bilik yang berkonsepkan Above The Sea, maka terdapat 4 pilihan bilik untuk anda iaitu Deluxe Pool Villa, Executive Pool Villa, Premium Pool Villa dan Grand Pool Villa, 

Kami memilih untuk menginap di bilik berkonsepkan Above The Sea-Premium Pool Villa. Harga satu malam menginap disini pula anggaran RM680 ke RM900 untuk 1 malam. Bergantung kepada jenis bilik yang anda pilih. Boleh rujuk senarai harga bilik DISINI.

Lokasi Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Hotel terletak bersebelahan dengan Bayu Beach Resort. Anda boleh rujuk alamat lengkap di bawah:

Grand Lexis Hotel,
Batu 2, Jalan Seremban, 
71000 Port Dickson Negeri Sembilan

ATAU rujuk laman web mereka: www.grandlexispd.com

Grand Lexis Port Dickson
 Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah perkhidmatan Kereta Buggy yang akan membawa anda dari tempat meletak kereta ke water villa pilihan anda..masing-masing sempat gak berposing di atas buggy ni..

Persekitaran & Suasana Bilik

Grand Lexis mempunyai persekitaran yang sangat bersih, juga pemandangan laut yang cantik. Susunan villa di atas laut yang benar-benar unik pastinya akan memberikan anda udara baru berbanding hotel biasa yang selalunya anda diami.

Grand Lexis Port Dickson
Pandangan luar villa

 
 Di hadapan pintu Water Villa 2077. Inilah bilik kami!

Grand Lexis Port Dickson

 Suasana dalam bilik: Dalaman berbentuk ala-ala rumah kampung tradisional dengan tingkap daun..Cuma yang special di bahagian ruang dalam bilik utama terdapat cermin lantai kaca lutsinar  untuk melihat ikan ketika air pasang...


Premium Garden Villa pilihan kami ini dilengkapi dengan 2 buah katil King, dapur beserta peralatan ringkas seperti Microwave, pinggan, cawan & kopi/teh 3 in 1, juga sebuah kolam renang mewah yang dilengkapi dengan 2 buah pelampung khas..

Aktiviti  di Grand Lexis

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh anda lakukan di Grand Lexis Port Dickson ini. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah memanah, sewa basikal, tricycle (basikal 3 roda), memancing dan perkhidmatan spa.

Tapi kami waktu tu takdelah nak berspa bagai..Haha. Aktiviti kami senang dan santai je. Nak tahu apa yang kami buat? Jom baca lagi entri ni sampai habis.

Aktiviti 1: Makan Aiskrim

 Aiskrim beca roda tiga...ting..ting..ting...(bunyi loceng)

Aktiviti pertama yang dilakukan pada hari pertama sampai. Makan ais krim dulu.. Tapi awas! Harganya adalah berganda-ganda dari harga ais krim yang sama di kedai luar. Nasihat saya, jangan beli di sini. Lebih jimat jika anda beli dari kedai luar dan makan di dalam.

Aktiviti 2: Berenang & Berendam

Boleh dikatakan 85% dari masa kami di sini dihabiskan dengan berenang dan berendam di dalam kolam. Private pool yang disediakan sememangnya digunakan semaksimum mungkin! Rugi la kalau ada kolam tapi tak nak mandi kan..Bukan senang dapat peluang ada kolam dalam bilik ni.

Grand Lexis Port Dickson
Aksi-aksi perenang terlampau. Haha

Grand Lexis Port Dickson
Part yang paling best tau waktu bila?

Grand Lexis Port Dickson
Waktu dah kepenatan berenang dan makan di tepi kolam!

Pool Bar....hehehe...berkelah di tepi kolam sambil bermandi manda...syoknyer kat Grand Lexis ni.


Antara makanan yang dibawa dari rumah--> Kek batik cokelat, ayam goreng, nugget, makanan ringan, kerepeks, minuman ringan, nasi lauk ayam kicap

Bergambar Time! Posing sikit..


Grand Lexis Port Dickson

Damia yang penakut air, mula-mula menangis nak masuk kolam. Lama-lama dah pujuk, teman dia barulah dia berani nak duduk atas pelampung sorang-sorang. Siap boleh makan lagi dalam tu..


Waktu malam bila semua orang dah kepenatan berenang pada siang hari, tapi ada lagi 3 orang manusia yang tak puas-puas mandi..Siapalah tu agaknya ea? Haha

Aktiviti 3: Tea Time di Restoran Duyung

Sebelum meninggalkan Grand Lexis, kami sempat mencuba makanan di Restoran Duyung, Grand Lexis. Boleh tahan jugak rasanya. Sedap... Hotel 5 bintang kan, kalau masak tak sedap memang nak kena complaint. Hehe..so far ok..


Antara makanan yang kami order-->
Spageti Carbonara, Aglio Olio, Steak (medium rear-atas permintaan cik Lan)
dan Nasi Goreng Kampung Special

Penerangan lanjut mengenai Restoran Duyong boleh baca DISINI

Aktiviti 4: Memanah

Selepas makan, kami sempat mencuba aktiviti memanah yang disediakan. Harga yang dikenakan untuk aktiviti ini adalah mengikut bilangan anak panah yang kita hendak gunakan. Kalau tak silap, kitaorang sewa 20 anak panah. 20 anak panah bermakna, setiap seorang mempunyai percubaan sebanyak 4 kali.

Grand Lexis Port Dickson

Emak yang sekadar menjadi pemerhati gelagat suami, anak-anak dan anak menantu dia...hehehe
 Damia teman nenek ea..mama nak memanah ni. Haha

Grand Lexis Port Dickson

Itu dia pemanah pasangan anak beranak dari Cina! Opps, Pak Haji ke tu? Bidikan yang sedikit tersasar dari sasaran..Haha

Grand Lexis Port Dickson

Ini pula gaya pemanah wanita dari Korea!. Ala sopannya tarik busur panah..Yang sorang lagi tu pula Arrow versi kurus! Haha.

Itulah dia kisah kami di Grand Lexis Port Dickson. Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat dan gambaran kepada anda yang tercari-cari aktiviti dan hotel mana yang bagus untuk menginap di kala musim cuti sekolah yang akan bermula pada minggu hadapan....Selamat ercuti...

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno