Lawatan kami ke Restoran Herba Nasuha yang terletak di Pagoh, Muar Johor ini sebenarnya tiada dalam perancangan kami. Tujuan asal kami ke sini hanyalah satu iaitu untuk membeli Teh Garcinia yang dikatakan mampu untuk menguruskan badan. Siapa pulak la yang nak kuruskan badan ni? Haha. Biarlah rahsia...
Pada awalnya kami tidak sedar akan kewujudan restoran ini, walhal restoran inilah bangunan pertama yang akan anda temui selepas masuk di kawasan Nasuha Resort. Dijadikan cerita, terlajaklah kami hingga ke pejabat dan kilang pembuatan herba keluaran Syarikat Nasuha di bawah jenama Mak Siti ini. Bila sebut Mak Siti anda mesti pernah dengar kan? Mereka terkenal dengan jualan rempah segera sup, soto, mee bandung dan macam-macam lagi.Boleh tahan jugak sedapnya rempah segera keluaran Mak Siti.
Berbalik kepada cerita tersalah jalan tadi. Dari situ, staff di Nasuha Resort menunjukkan kami arah ke pusat jualan mereka, iaitu terletak bersambungan dengan Restoran Herba Nasuha. Dah sampai tempat makan, takkan sekadar nak tengok je betul? Maka "terlajaklah" kaki kami untuk makan di situ. Haha.
Lokasi Restoran Herba Nasuha
Restoran Herba Nasuha terletak di dalam kawasan Nasuha Resort iaitu di:-
KM 19, Jalan Muar-Pagoh,
84500 Muar
Johor.
Lokasinya berdekatan sahaja dengan pekan Pagoh dan Exit Tol Pagoh menuju jalan ke bandar Muar. Nasuha Resort merupakan suatu kawasan berkeluasan 3200 ekar dan merupakan kawasan tanaman herba yang terbesar di Asia. Di dalam kawasan seluas ini terdapat pelbagai jenis herba, pokok-pokok dan disediakan juga tempat penginapan bagi pelancong/pencinta alam yang gemar tinggal di kawasan yang tenang.
Suasana Dan Hiasan Dalaman Restoran Herba Nasuha
Inilah dia suasana dalaman Restoran Herba Nasuha yang terletak di Nasuha Resort. Reka bentuk restoran yang sangat semulajadi. Kami seolah-olah berada di kawasan hutan!
Hiasan dalaman restoran juga dilengkapi dengan produk keluaran syarikat mereka

Pelbagai Jenis Makanan Herba di Restoran Herba Nasuha
Kali pertama kami menerima menu dengan wajah yang berkerut. Apa tidaknya, makanan dan minuman mereka kesemuanya berasaskan herba! Otak saya kalau sebut herba memang takde benda lain yang dibayangkan melainkan "rasa pahit". Sedap ke ni?
Antara jenis-jenis minuman teh berasaskan herba yang dijual di sini. Terdapat 4 jenis teh utama yang dihidangkan ialah Nasuha Gora, Nasuha Garcinia, Nasuha Serico dan Nasuha Cinnamon.
Dengar nama minuman tu pun dah berkerut betul tak?Inikan pula nak kena pilih nak minum yang mana satu. Emmm...Lagi berkerutlah jawabnya..
Tapi jangan risau, air jus buah-buahan pun ada juga disediakan.
Jom kita tengok pula apa menu makanan yang ada di sini!
Antara menu utama di Restoran Herba Nasuha ialah:
- Herbal Briyani Chicken/Beef
-Herbal Soup
-Herbal Mee Curry
-Herbal Mee Bandung
-Herbal Mee Rebus
dan pelbagai lagi menu lain.....
Apa Yang Kami Makan di Restoran Herba Nasuha?
Jom tengok apa yang kami order di sini. Manalah tahu dapat inspirasi...
~ Briyani Ayam Herba ~
~ Briyani Kambing Herba ~
Minuman Herba
Teh Nasuha Garcinia Sejuk dan Teh Serico Panas
Itulah dia menu yang kami order di sini. Perasan tak ada daun atas nasi kitaorang? Daun tu merupakan daun asam gelugor (garcinia) dan di Restoran Herba Nasuha, daun tersebut dijadikan sebagai ulam-ulaman. Bukan setakat hiasan je, malah boleh dimakan juga.
Gelagat Damia...Baru lepas gunting rambut..
Pusat Jualan Herba Nasuha
Selepas selesai isi perut, barulah kami menunaikan tujuan asal ke sini iaitu untuk membeli Teh Garcinia Cambogia. Saya dapat tahu mengenai teh ini ketika menghadiri World Halal Conference awal tahun ini. Lepas tu sarankanlah kepada orang yang "sepatutnya" kan...Haha
Harga teh tu kalau tak silap RM 180 dan ada 30 sachet dalam botol tu
Pelbagai aneka rempah ratus keluaran Mak Siti
Pelbagai jenis teh herba dengan pelbagai tujuan untuk menyihat dan mencantikkan tubuh badan
Takkan Cik Lan je ada barang nak beli. Opps! Kantoi pulak tuan punya teh tu. Haha Saya pun nak juga bawa balik ole-ole dari Nasuha Herba. So, belilah seketul sabun yang diperbuat dari herba. Sabun ni RM35.
Macam mana? Seronak tak tengok kitaorang makan dan minum herba-herba? Best...takdelah pahit pun...Kelat sikit je. Lagi sekali, saya sarankan sangat-sangat Nasuha Resort untuk dilawati kalau korang datang ke Pagoh Muar Johor.
Boleh juga lawati laman web Nasuha Resort /www.nasuhaherbsparadise.com untuk melihat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan di sini atau KLIK SINI untuk membaca pengalaman peribadi blogger lain yang pernah berkunjung ke Nasuha Resort.