Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, December 12, 2015

Ghost Writer Malaysia| Siap satu buku

Alhamdulillah siap sudah buku customer yang sorang ni. Mudah-mudahan hasrat beliau untuk menjual ebook ni pada bulan Januari akan datang dipermudahkan dan sale meletup-letup. Amin. Satu buku yang sangat bagus sebenarnya (puji diri sendiri). Tahniah diri sendiri sebab menulis sebaik itu. 

Sekali lagi, rasa puas yang teramat lepas dapat siapkan buku. Walaupun tiada siapa yang akan tahu siapa penulis asal buku tersebut, tetapi ilmu dan buah fikiran yang tercatat di dalamnya diharap dapat memberi manfaat kepada orang lain. Mudah-mudahan juga sekiranya ramai yang mendapat manfaat dari penulisan buku tersebut, maka itu juga akan dikira sebagai amal jariah untuk saya di akhirat kelak. Semoga ada pahala yang besar di situ. Amin ya rabbal alamin..



© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno