Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, December 16, 2015

Freeport A'Famosa Outlet Village| Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet

Suatu hari tu Cik Lan bagitahu saya yang Melaka baru membuka Premium Outlet ala-ala Johor Premium Outlet (JPO), jadi dengan excitednya saya cuba Google Search Melaka Premium Outlet atau Malacca Premium Outlet. Tapi tak banyak blog lagi yang cerita tentang kewujudan MPO ataupun Freeport A'Famosa Outlet Village ni. Em...takpelah..Tapi antara gambar yang di"upload" oleh pengunjung terawal ialah kincir angin yang terdapat di situ. Landskap yang sangat menarik!

Baru-baru ni kami berkesempatan berkunjung ke Melaka Premium Outlet or Malacca Premium Outlet atau nama sebenarnya ialah Freeport A'Famosa Outlet Village. Barulah saya tahu bahawasanya tempat yang macam JPO ni bukanlah diberikan nama ala-ala JPO. Mentang-mentanglah konsep lebih kurang sama dengan JPO, sedap-sedap je korang bagi dia nama MPO ea..Haha. So, harap-harap dengan kehadiran entri saya ni dapatlah membantu siapa-siapa yang Google search perkataan MPO atau Melaka Premium Outlet atau Malacca Premium Outlet ye.


Lokasi Freeport A'Famosa Outlet Village| Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet


Lokasi Freeport A'Famosa Outlet Village atau lebih mudah disebut sebagai  "Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet" terletak di Alor Gajah Melaka. Boleh rujuk alamat di bawah:

Freeport A'Famosa Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
Alor Gajah, Melaka

Lokasi Freeport A'Famosa Outlet Village| Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet

Bagi mendapatkan direction yang lebih tepat untuk menuju ke sini, anda boleh merujuk laman web rasmi Freeport A'Famosa Outlet Village--www.freeportafamosa.com

Suasana dan Landskap Freeport A'Famosa Outlet Village| Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet

Konsep rekabentuk Freeport A'Famosa Outlet Village dibina menggunakan tema kolonial Belanda yang mencerminkan identiti bersejarah Melaka. Konsep perkampungan Belanda yang direka ini dijangkakan mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini..boleh dikatakan setiap binaan bangunan dan suasana di sini akan membuatkan anda terasa seperti berada di Belanda.

Jom tengok gambar yang sempat saya rakamkan!



 Kincir angin merupakan tarikan utama seni bina di sini 
Suasana ala-ala di Netherland





Keluar tajuk sekejap ye...Alang-alang dah sampai Melaka, lepas balik dari Melaka Premium Outlet ni, anda juga boleh cuba tempat makan best di Melaka. KLIK SINI UNTUK BACA

Dan jika anda mahukan penginapan yang lain dari yang lain, anda boleh menginap di dalam bas yang telah diubahsuai menjadi hotel--->BUSTEL MELAKA (klik untuk info lanjut)

International Fashion Brand di Freeport A'Famosa Outlet Village| Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet


Menurut Richard Broadhead, Senior Vice President of Freeport Retail Asia Markets, Freeport A'Famosa Outlet Village menyediakan peluang membeli daripada lebih 70 jenama fesyen antarabangsa di bawah harga pasaran sebanyak 30% sehingga 70% (petikan akhbar The Star. Boleh baca lebih lanjut DISINI




Outlet Melinda Looi

Outlet Sacoor


Senarai outlet kasut dan bag

Senarai outlet pakaian dan sukan


Anda boleh rujuk senarai lengkap outlet yang terdapat di Freeport A'Famosa Outlet Village| Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet di laman web rasmi mereka. Boleh klik www.freeportafamosa.com/brands/

Musim cuti sekolah ni, jika anda berpeluang ke Melaka, maka jangan lupa untuk singgah ke salah satu tarikan menarik di Melaka iaitu Freeport A'Famosa Outlet Village| atau lebih senang disebut sebagai Malacca Premium Outlet| Melaka Premium Outlet.

******************************************************************
Selain Melaka, mana lagi tempat menarik di Malaysia yang patut anda kunjungi? Saya cadangkan anda menyaksikan tempat penghasilan labu sayong yang terletak di Kuala Kangsar Perak. Sedikit catatan cerita kami ketika melawat "Tempat Penghasilan Labu Sayong".

Sambil melancong ke Malaysia, anda juga berpeluang mendapatkan cenderahati yang unik berupa labu sayong pelbagai saiz sebagai ole-ole ketika pulang ke negara anda (bagi pelancong). Bacaan lanjut DISINI
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno