Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, January 2, 2016

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang


Nasi kandar sememangnya menjadi menu utama yang patut anda cuba sekiranya datang ke Pulau Pinang. Walaupun terdapat banyak restoran yang menyajikan nasi kandar di kawasan yang berdekatan dengan anda, tetapi nasi kandar Pulau Pinang memang tiada tolok bandingnya.

 Kalau anda nak tahu, Pulau Pinang merupakan tempat asal kewujudan nasi kandar ini!

Asal Usul Nama Nasi Kandar

Nasi Kandar yang berasal dari Pulau Pinang ini pada awal kewujudannya dijual dengan cara menggantung dua buah bekas nasi pada sebatang kayu yang kemudiannya dikandar/digalas. Aksi peniaga yang mengandar nasi tersebut menyebabkan penduduk setempat senang memanggilnya dengan gelaran "Nasi Kandar".

Nama tersebut telah melekat dan diguna pakai sehingga kini di kebanyakan restoran India Muslim atau Mamak Muslim yang terdapat dengan banyaknya di Pulau Pinang.

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang|Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang
Contoh kandar yang pernah digunakan untuk menjual nasi suatu ketika dahulu

Mencuba Nasi Kandar| Dua Restoran Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang

Kunjungan kami ke Pulau Pinang baru-baru ini merupakan percubaan mencari Nasi Kandar yang terbaik dan tersedap di Pulau Pinang. Nampaknya percubaan ini benar-benar berbaloi kerana nasi kandar yang kami cuba ni betul-betul sedap!

Terdapat 4 restoran yang kami cuba iaitu  Restoran Deen Nasi Kandar, Nasi Kandar Hameediyah, Nasi Kandar Line Clear dan Nasi Kandar Beratur. Tetapi, antara keempat-empat restoran nasi kandar ini, pada kami terdapat dua restoran sahaja yang benar-benar sedap iaitu  Restoran Deen Nasi Kandar dan Restoran Hameediyah Nasi Kandar.

1) Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Restoran ini terletak di Jalan Jelutong, Pulau Pinang. Ianya berdekatan sahaja dengan Jambatan Pulau Pinang. Kalau nak senang, guna waze je. Taip Restoran Deen Nasi Kandar.

Ini alamat lengkap Restoran Deen Nasi Kandar: 
Jalan Jelutong, 11600 Pulau Pinang

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
Terletak di tengah-tengah deretan kedai dengan sign board yang berwarna hijau

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
Memang pengunjung bersilih ganti makan di sini terutamanya waktu tengahari sehingga anda perlu beratur!

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
Ayam Goreng dan telur sotong

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
Kari Ikan dan Bendi Rebus

Maklumat lanjut mengenai Restoran Deen Nasi Kandar boleh BACA DISINI

2) Restoran Nasi Kandar Hameediyah Pulau Pinang

Restoran nasi kandar kedua yang best dan sedap di Pulau Pinang yang sempat kami cuba ialah Restoran Nasi Kandar Hameediyah yang terletak di Lebuh Campbell, Georgetown Pulau Pinang.

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang
Jika anda berkereta, sila perlahankan kenderaan anda ya..sebab restoran ni terselit di antara deretan kedai yang lain dan keluasannya agak terhad berbanding kedai yang lain

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang
 Deretan kedai di sepanjang Lebuh Campbell

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang
 Sekali lagi, anda perlu beratur untuk merasai Nasi Kandar Hameediyah

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang
Antara menu lain ialah murtabak

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Hameediyah Nasi Kandar Pulau Pinang

 Kali ini kami mencuba nasi kandar berlauk sotong. Sekali lagi terbaik!

Maklumat lanjut mengenai Restoran Hameediyah Nasi Kandar boleh BACA DISINI

Kami juga sempat mencuba Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Line Clear tetapi tidaklah sesedap Nasi Kandar Deen dan Nasi Kandar Hameediyah. Jika anda tahu restoran nasi kandar yang sedap dan best di Pulau Pinang, jangan segan untuk berkongsi maklumat dengan kami ya. 

Anda hanya perlu tinggalkan komen di post ini dan nyatakan nama restoran nasi kandar yang best dan sedap di Pulau Pinang beserta lokasinya sekali.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno