Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, January 7, 2016

Tempat Makan Best Pulau Pinang|Mee Sotong| Hameed Pata Special Mee

Korang pernah makan mee sotong yang sedap dan best tak waktu pergi Pulau Pinang? Saya? Jangankan makan, dengar nama mee sotong pun tak pernah. Sampailah hari tu kitaorang pergi Pulau Pinang buat kali yang ketiga sebab Cik Lan ada Conference. Tiba-tiba Cik Lan ajak makan tengahari kat Esplanade. 

"Emm..Selama ni pergi Penang tak pernah ajak makan kat sini. Dia ni nak makan apa yang best sangat kat Esplanade ni?" Aku dah start bermonolog sorang-sorang.

"Kat sini ada mee sotong yang best. Tengok kat blog orang lain tu sampai kena beratur panjang", selamba Cik Lan menjawab, mematikan segala persoalan dalam kepala otak aku daripada tadi. Sambil itu, matanya lingas mencari parking kosong di tempat letak kereta Esplanade.

p/s: Ada macam ayat novel tak? Haha. Almaklumlah baru siap tulis 20 page projek ghost writer yang baru ni. Tajuk buku jiwang ala-ala novel gitu. Natijahnya ayat aku tulis kat blog pun dah macam novel. Yeke? Haha

Lokasi Mee Sotong Sedap dan Best Pulau Pinang | Hameed Pata Special Mee

Lokasi mee sotong yang sedap dan best di Pulau Pinang ni terletak di gerai makanan awam di hadapan Padang Kota, Georgetown Pulau Pinang. Lebih mudah lagi kedai makan ni terletak di sebelah Kota Fort Cornwallis, Georgetown Pulau Pinang.

Alamat:
Gerai Makan
Esplanade Park
Padang Kota Lama, 10200 Pulau Pinang

 Peta Lokasi Mee Sotong / Hameed Pata Special Mee...

Inilah dia gerai makan yang dimaksudkan tadi--> The Esplanade Park

Menu| Mee Sotong



Senang je nak cari gerai ni yang mana satu tanpa baca sign board. Korang perhatikan je gerai mana yang ada barisan panjang sebab orang kena beratur untuk mendapatkan mee sotong...Ya, itulah dia kedainya!


Mee sotong dibuat siap-siap banyak-banyak supaya takdelah lama sangat orang kena beratur kan..
 
~ Mee Sotong ~
Inilah dia rupa mee sotong yang saya tak pernah makan tu. Serius memang sedap. Kalau datang Penang lagi nak makan lagi lah..

Sebenarnya, mee sotong ni adalah gabungan mee goreng dengan sambal sotong. Kombinasi rasa sambal sotong yang pedas dan manis ditambah pula dengan mee goreng yang dimasak bersama rempah dan sos cili, membuatkan rasa mee sotong ni agak berlainan dari mee goreng biasa. Warnanya juga sedikit kemerah-merahan

Kami leka memerhatikan gelagat si tukang masak yang memusing kuali besarnya ketika menggoreng sehingga terlupakan barisan yang panjang tadi. Sedar-sedar kami telah berada di hadapan. "Mahu berapa cik?"

Yeay, akhirnya. Ready to eat!

Kuantitinya sotongnya tidaklah terlalu banyak. Tapi oklah, sesuai dengan harganya. Berpatutan.
Sepinggan mee sotong berharga RM 5 hingga RM 7.

Bismillah..jemput makan!


Nak cari dan cuba mee sotong yang sedap di Pulau Pinang? Carilah Hameed Pata Special Mee. Confirm nak makan lagi! Memang tempat makan best dan sedap Pulau Pinang yang korang takkan menyesal untuk mencubanya!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno