Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, January 4, 2016

Tempat Makan Best| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Lokasi | Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Restoran ini terletak di Jalan Jelutong, Pulau Pinang. Ianya berdekatan sahaja dengan Jambatan Pulau Pinang. Kalau nak senang, guna waze je. Taip Restoran Deen Nasi Kandar.

Ini alamat lengkap Restoran Deen Nasi Kandar: 
Jalan Jelutong, 11600 Pulau Pinang

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Terletak di tengah-tengah deretan kedai dengan sign board yang berwarna hijau
 "Restoran Deen Nasi Kandar Istimewa Pulau Pinang"

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Memang pengunjung bersilih ganti makan di sini terutamanya waktu tengahari sehingga anda perlu beratur panjang! Waktu tu kitaorang sampai dalam jam 12.15 tengahhari..kedai penuh seperti dalam gambar dan dah beratur panjang..Tapi servis memang cepat...Paling best ketika pekerja kedai menyedok lauk serta menyimbah nasi dengan kuah kari..ada gaya tersendiri...hehehe

Menu Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Siapa yang tak tahu menu nasi kandar? Pastinya ada nasi beserta lauk sama ada ayam, sotong atau udang. Ya, pastinya semua lauknya berasaskan kuah kari yang pekat dan melekat!...bak kata Cik Lan kalu nak tau masakan kari tu sedap, pastikanya bau kari akan melekat sehari dan semalaman kat jari kita walaupun kita dah mencucinya dengan sabun..itulah kepuasan menikmati nasi kandar katanya...hehe

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

Pelbagai jenis lauk pauk berasaskan kari..ada kari kepala ikan, kari ayam, kari kambing, kari sotong sotong goreng, telur sotong, telur ikan goreng, kari telur ikan, kari telur sotong serta bendi rebus...tapi yang pastinya ada satu kari hitam yang pekat dan melekat akan disimbah pada nasi di kedai nasi kandar di sini...kiranya sebagi pemangkin ler tuh kot...

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
 ~ Nasi kandar Ayam Goreng dan Kari Telur Sotong ~

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
~ Nasi Kandar Kari Ikan dan Bendi Rebus ~

Nasi Kandar Best dan Sedap Pulau Pinang| Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang
Memang sedap dan harga lebih murah berbanding nasi kandar tempat lain (menurut penduduk setempat di sini. Kitaorang sempat borak sambil beratur..hehe)

Selamat mencuba Restoran Deen Nasi Kandar Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno